#3 Liga Super 2012

Syabas dan tahniah buat semua. Selangor berjaya mengakhiri kempen Liga Super Malaysia 2012 di tangga ketiga. Kejayaan yang tidak mencerminkan perjuangan Selangor sebenar. Kalau ikutkan, aku menjangkakan Gergasi Merah di Lembah Klang ni hanya mampu menduduki tangga kelima selepas Terengganu dan T-team. Tapi kerana mereka flop selepas pusingan kedua, kita dapat tempat ketiga, sikit lagi nak dikejar oleh Perak. Boleh kata tuah juga. Apapun bila kita nak pecahkan penguasaan skuad Kijang? Semua diorang tapau sekarang ni.

Beberapa episod ribut berlaku musim ni, antara yang ketara ialah dengan kehadiran Lions XII. Statistik perlawanan jadi kacau bilau. Mana pernah dalam liga domestik kita sampai satu perlawanan ada lebih 5 gol dengan  kekerapan yang tinggi. Lama aku tinggalkan dunia bolasepak tanah air, aku pun tak pasti samada tahun depan Lions XII ni ada lagi atau tak. Kalau tak ada pun bagus. Terima kasih banyak atas “perkongsian” yang telah mereka terapkan. Rasanya FAM sendiri boleh menilai apa yang berlaku dengan Liga Super kita setelah kita benarkan mereka bertanding.

Mungkinkah tiket RM15 lagi musim depan? Atau tiket RM10 kembali? Persembahan hambar menyebabkan rasa ekstra RM5 itu berat untuk aku keluarkan. Selalu kalau makan sedap bayar lebih takpe, makan tak sedap bayar lebih menyirap betul rasa.

Seterusnya, Piala Malaysia, Misi 33.

Syabas juga diucapkan kepada pengurusan Selangor kerana berjaya mendapatkan Rozaimi untuk Piala Malaysia. Peluang untuk membuktikan kemampuan memang ada di Selangor, kerana kehadiran anda memberikan satu lagi opsyen barisan hadapan kepada Irfan Bakti.

Jadi semoga kem Selangor bekerja keras untuk mengotakan Misi 33 yang terbantut tahun lepas. Masa masih ada untuk membangunkan strategi terbaik. Selamat berjaya!

 

Selangor berdepan jadual padat Mac 2012

Hanya tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Liga Super bermula semula. Selangor akan berkunjung ke Stadium Darulaman untuk menyambung misi kejuaraan liga. Sudah tiada lagi alasan ‘tiada penyerang berbisa’ sesudah Bosko Balaban disahkan milik Selangor. Untuk menambahkan lagi rasa selesa penyokong, Bosko telah membuktikan kemampuan beliau menyudahkan gol kemenangan tempohari sekaligus menamatkan dominasi Kelantan ke atas Selangor dua musim kebelakangan ini.

Bulan Mac, kesibukan menanti skuad Selangor. Selepas Kedah, kemudian dituruti dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Sabah. Jadi kepada penyokong Selangor, jangan dilupa kita semua bakal turun ke Singapura beramai-ramai pada 20hb ini. Siapkan cuti awal-awal. Kesibukan Liga Super juga disulami dengan perlawanan Piala FA dalam bulan Mac. Diharap encik meneje kita dapat mempersiapkan semua pemain sebagai persediaan jika berlaku sebarang masalah kecederaan. Kita mesti nak menang semua tahun ni.

Jarang untuk aku menulis tanpa memberikan sebarang komen tentang pemain. Fitri Shazwan tampak semakin matang setelah diberikan peluang beraksi. Saiz beliau mungkin menjadi masalah jika diawasi oleh pemain berpengalaman namun disiplin kerja dia bagus.  Masalah tipikal Selangor, Safiq Rahim masih tidak berubah tapi kerap pula menjaringkan gol disaat penting. Penjaga gol Norazlan masih belum membuktikan dia layak untuk diharapkan. Amri, terus terang sedikit kecewa dengan prestasi beliau. Tapi banyak magis kapten kita ni(Rujuk v Perak). Solihin aka K Soley juga masih tercungap cungap untuk mencapai tahap tertinggi. Secara kolektif, kegagalan skuad Selangor untuk mendapat tiga mata penuh pada perlawanan mudah menyebabkan kesangsian terhadap individu menebal dalam jiwa.

Bulan terakhir beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. April nanti kita pulang semula ke kandang rasmi Stadium Shah Alam. Mampukah Selangor mendahului liga Super sebelum separuh musim tamat?

Selangor #10 : Bosko Balaban

Optimis.

Sejarah beliau agak panjang, namun yang menyerlah ialah ketika beraksi sebagai penyerang di Club Brugge dan Dinamo Zagreb. Berusia 33 tahun, setinggi 180sm dan kelibatnya nampak cukup tangkas untuk Liga Super. Beliau harus membuktikan kemampuan beliau dalam perlawanan kompetitif pertama beliau menentang Lions XII, di Bukit Jalil Rabu depan.

Pesimis.

Tidak pasti apa impian beliau untuk beraksi di rantau ini. Di pihak Selangor, memang mengharapkan beliau menjaringkan gol, namun terus terang cakap gaji beliau tidaklah setinggi mana. Selangor juga bukanlah prospek untuk beraksi di peringkat Asia. Takkan masuk Selangor kerana sudah tidak mampu/berpeluang main di liga lain?

Neutral.

Kalau tak salah Rabu depan perlawanan Selangor v Lions XII ada ditunjukkan secara langsung. Tak sabar rasanya nak menonton gandingan Amri dan Bosko Balaban. Sama-sama la kita menilai kualiti yang ada pada Bosko yang berpengalaman beraksi di Piala Dunia 2002 dan 2006 ini.

Misi kembalikan maruah yang tercalar

Selepas empat perlawanan di dalam Liga Super, Selangor sekadar mampu menang sekali. Perlawanan menentang Negeri Sembilan dan Perak sahaja yang memberikan sedikit harapan kepada penyokong. Namun kekalahan dengan Felda United ditambah lagi kegagalan untuk mengutip 3 mata ketika berhadapan dengan Sarawak Sabtu lalu seolah-olah memberi gambaran yang Selangor masih lagi tidak mampu untuk memberi saingan dalam Liga Super.

Memang nampak panas juga kalau nak mintak menang tiap tiap perlawanan. Tapi bukan itu yang aku minta. Tak menang tak apa, yang penting percubaan untuk mengejar kemenangan itu terlihat. Selebihnya kita percaya pada takdir kekalahan itu telahpun tertulis. Ini baru main 50,60 minit dah nampak macam menyerah…come on Selangor.

Tiada komen taktikal sebab Irfan sudah persembahkan kemampuan beliau dengan skuad Terengganu musim lepas, tahun ni beliau datang nak tolong kita kembalikan maruah kita. Terpulang kepada skuad kita untuk buktikan kepada peminat, samada layak atau tidak untuk berada di dalam panji Merah Kuning. Kalau dah tak layak, harap segeralah beredar. Tunjukkan taring, genggam semula setiap piala yang terhidang tahun ni. Takkan tanak pecahkan dominasi kuasa pantai timur.

Perlawanan seterusnya T-Team v Selangor.

Kegagalan Misi 33 Selangor

Cukup yakin dengan pelbagai komen dari pelbagai peminat bolasepak tanah air, mesti ramai yang rasa pandangan mereka lebih penting daripada yang lain. Mari kita tengok kembali apa faktor faktor lain yang menyumbang kepada kegagalan Misi 33.

Tak adil untuk meletakkan status gagal sedangkan perlawanan masih berbaki, untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Namun apa yang bakal berlaku selepas ini sudah tidak penting kalau nasib yang menyebelahi kita. Takkan juara nak harap pasukan lain menang supaya kita layak ke pusingan seterusnya?

bahagian diatas ditulis sebelum berita perletakan jawatan/pemecatan K Devan

Baru petang tadi keluar berita pasal P Maniam mengambil alih kerusi panas Selangor. Jadi secara automatik skop penulisan aku bakal terarah kepada yang lain. Memang mula mula aku nak salahkan Devan dalam banyak hal, tapi dah dia blah apa guna aku masih menuding jari kat dia.

Tanggungjawab P Maniam besar, bukan sahaja menimbulkan satu piala yang dah tenggelam tu tapi bagi aku yang sepatutnya ditimbulkan ialah semangat ingin meneruskan perjuangan dan malu untuk kalah. “Winning is not important, its the only concern” Macam mana nak buat tu?

1. Kalau ada pemain yang dah tak bercita-cita tinggi untuk kekal di Selangor, boleh sahaja tinggalkan. Siapkan kertas kerja apa yang patut untuk memudahkan mereka ini pergi dari Selangor.
2. Pengurusan haruslah bekerja keras mencari bakat baru bukan dari skuad Harimau Muda. Carilah, bersepah! Kalau aku tulis nanti nampak benar bias aku.
3. Siapkan satu laporan lengkap tentang persiapan liga super 2012 antaranya pemain import, dan sasaran yang sempurna bukan macam misi 33 ni. Ini cakap misi 33, kita dah aim piala, tapi bagaimana kita menilai skuad kita? bersedia ke tak?nak lepas pusingan kumpulan pun payah. Nak menang di Shah Alam pun payah!!!
4. Taktikal – ini ahh, kalau tang ni semua orang nak komen. Dialah master tactician maklumlah semua tengok liga eropah. Bagi aku ni terserahlah pada P Maniam. Jangan pincang sangat sudah.

Sekian dahulu buat kali ni. Apapun aku mengucapkan selamat berjaya kepada Selangor untuk mengharungi baki dua perlawanan peringkat kumpulan. Kalau lepas syukur.

Mari kita betulkan yang salah

Ramai antara kita sudah menjadi saksi betapa hebatnya skuad Harimau Malaya. 100k bilangan penonton, apa tak hebat kan? Berkobar kobar semangat penonton dibakar oleh media suruh turun beramai ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Tinggi betul harapan yang kita taruh untuk skuad kebangsaan, untuk mengubah defisit 2 gol di kandang sendiri. Kalau kita tak boleh tukarkan statistik kepada peluang, memang kita percaya kita boleh menang. Tapi secara jujur, aku tak percaya Malaysia layak pergi. Persembahan masih kotor, terburu buru semasa tenang, mencari ketenangan semasa perlukan tindakan tangkas.

Apa senjata kita? Pakai baju biru?🙂 sepatutnya kita perbaik barisan pertahanan. Bukan sibuk baju apa pakai. Sedih gila.

16 gol diboloskan dalam tempoh 2 minggu. sila ambil tindakan!

Betulkan yang salah. Hitam kuning di Bukit Jalil, Biru di negeri orang. Lupakan kepercayaan baju biru membawa tuah. Abaikan perlawanan persahatan, tumpukan perlawanan kompetitif. Sudahlah FAM, jangan bawak lagi kelab antarabangsa datang sini main kosong. Kalau nak main kosong dengan negara aku terima.

Jangan sedih, Piala Dunia masih jauh dari jangkauan kita. Jangan lunturkan semangat juang, satu masa kita bakal ke sana.

Tak Lama Dulu

Berapa ramai orang ambil tahu tentang bolasepak tanah air kita, ketika ini? Jawapannya, memang ramai. Taksub juga aku mengingatkan beberapa mulut mulut yang tak pernah kagum, malahan tak lama dulu mencaci hina pemain tanah air kita tapi sekarang memuja.

Aku? Masih mencaci hina, namun sokongan aku kau semua tak boleh pandang ringan. Sampai sekarang aku hina siapa yang menyarung jersi kebangsaan tapi main macam tu juga. Tak ada peningkatan prestasi kendiri. Secara kolektif ya memang aku tak nafikan kita sudah mengibar bendera Malaysia gah sana sini tapi cuba renungkan adakah kita sebagai pemain sudah buat yang terbaik untuk negara kita.

Sedar tak masalah stamina masih menghantui skuad kebangsaan kita? Asal sampai minit 65 mentaliti pemain kita sudah mahu rehat, dapat sampai 70 prestasi semakin merudum. Disiplin ini yang sukar untuk kita lengkapkan. Syukur kita boleh bertahan sampai minit 90. Sekarang yang paling nampak, Malaysia atau Harimau Malaya sangat kreatif dalam mencipta peluang, rembatan semakin deras.

Dulu bolasepak merupakan satu hiburan yang aku boleh wartakan sebagai persendirian, namun sekarang bolasepak tempatan bukan lagi hiburan aku sahaja. Ia sudah menjadi milik awam. Seluruh pelusuk Malaysia dahagakan kemenangan. Jadi harapan kami buat skuad Harimau Malaya pulang dengan berita gembira dari Taiwan. Selamat Berjaya!

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.