Riwayat Enermax Tomahawk 500w berakhir

Secara rasminya aku mengumumkan persaraan Power Supply Unit sesudah lebih 3 tahun berkhidmat. Masa berlalu begitu cepat sehinggakan tak perasan sudah 3 tahun berlalu sejak aku mula guna. Dan memang bagus betul orang yang mewartakan waranti ke atas barang ni. Januari 2008-Januari 2011 tempoh waranti, sekarang bulan 23 May 2011 bermakna aku hanya terlewat 4 bulan.

Masa aku dapat tau yang komputer tak boleh hidup pagi tadi, berat rasa nak membelek belek. Namun bila aku terenjat elektrik, rasa terkejut dan semangat aku untuk menyiasat punca masalah semakin memuncak. Tak sempat buang masa, aku terus tanggalkan PSU, cium-cium sikit. Tak ade pulak bau terbakar. Cari lampu suluh, terus nampak beberapa kapasitor yang sudah cair.

Ada beberapa komponen yang aku boleh selamatkan dari PSU Enermax ni. Antara yang menarik minat aku ialah heatsink dan kipasnya yang sangat senyap.

Esok mungkin akan menulis apa yang bakal menjadi pengganti kepada Encik Enermax. (pelik kan? bila dah rosak itu ini baru semangat menulis kembali)

PS3 Blu Ray Lens Cleaner

image

Setelah sekian lama aku menghadapi masalah dengan ps3 aku, kejap boleh baca blu ray,kejap tak.. dah macam2 cara aku buat untuk perbaik. Tapi inilah yang paling mahal. Harga disc bodoh ini RM37 sekali dengan kos penghantaran.

Nak dijadikan cerita, benda ni tak ada effect pun kepada pemacu blu ray ps3 aku.

Firasat aku ialah, kalau korang ada benda ni dari awal, mungkin sangat berguna. Tapi kalau korang dah menghadapi masalah, tak payah la pakai benda ni. Benda ni bukan untuk membaiki, dia hanya boleh membantu mencegah lensa blu ray tu jadi ultra kotor je. Kalau dah asyik masalah loading tu, maksudnya lensa anda sudah kotor. Jawapannya aku cadangkan cuci lensa korang secara manual.

Alah jangan la takut sangat. Ia hanyalah….20+ skru sahaja. Dalam masa setengah jam dah boleh buka.

Playstation Move, Nintendo Wii & Xbox Kinect

Sila cari di Youtube untuk paparan video PSMove dan Xbox Kinect. (atau Wii untuk sesiapa yang tak pernah tengok)

http://us.playstation.com/ps3/playstation-move/

http://www.xbox.com/en-US/kinect

Nintendo Wii sudah keluar dekat dua tahun lebih, siap ada modchip yang membenarkan kita beli game tak tulen, dan keseronokan Wii, mencetuskan idea yang lebih menarik untuk kedua-dua pesaing besar industri, Microsoft dan Sony turut serta. Semangat tak nak kalah. Kita ketepikan Nintendo Wii, kerana kualiti gambar yang tak HD memang sangat memadamkan api semangat sesiapa pun.

Playstation bakal melancarkan Move pertengahan September ini, manakala Xbox pula sudah membariskan Kinect dan pelbagai jenis tajuk untuk dipasarkan November nanti. Move secara asasnya adalah sama seperti WiiMote, cuma deria external itu digantikan dengan EyePet untuk mengesan pergerakan kita dengan lebih jitu. Selebihnya seperti PS3 biasa. Bateri terbina dalam? terpulang pada individu. Mungkin ada yang terbeban, mungkin tidak. Xbox Kinect pula adalah idea genius mana tak tahulah, tapi mengamalkan prinsip yang hampir sama dengan deria external Wii, cuma tanpa memerlukan WiiMote. Yang paling tak tahan ada pula mod arahan suara.

Bayangkan kau tengah sedap-sedap main, orang lalu…. “Xbox, Pause!” saja nak kacau. Kalau sekali ok gak, buatnye banyak kali, mau kene pause die tu..

1. Harga

-PS Move RM300 lebih kurang. Xbox Kinect RM 600. Tapi untuk setiap pertambahan pemain, PS Move kene tambah lagi RM180. Xbox Kinect xyah, pun aku taktau berapa limit dia. Kalau tengok promo video dia, baru dua orang.

2. Kualiti

-Kalau tak cuba, semua company leh cakap dienye produk lagi best. Tapi aku rasa Xbox Kinect lebih selesa sebab tak perlu pegang apa-apa kot + tak perlu nak caj bateri apa-apa.  Tapi, sepatutnya PS Move lebih baik. Sepatutnyalah. Alasannya, yelah kalau kita wat perbandingan dulu-dulu pun memang pemproses dan segala komponen dalam dia dah kalahkan Xbox. Sayangnya negara kita tak ada Games Fair untuk kita try benda-benda camni sebelum beli.

3. Output

-Ikut selera dan bajet masing-masing nak pakai output apa. Tapi kalau boleh dah xpakai tv definisi biasa dah la.

4. Tajuk yang sedia ada

-PS Move dah ada tajuk yang tinggal update sahaja untuk main (Heavy Rain) dan ada lagi 15 yang korang boleh main. Aku tengok senarai untuk Xbox Kinect lebih kepada menari dan senaman sahaja. Apa pun, bergantung kepada kolaborasi diorang dengan studio yang buat tajuk tu jugak di masa akan datang.

Dalam benak aku, sebenarnya Sony dengan Microsoft ni hanya nak korek poket kita sahaja. Jual pakej-pakej tambahan ni. Kan bagus kalau R&D mereka terus letak je ni semua dalam PS4 dan Xbox 720? Selagi kita tak kacau market dia, selagi tu la x keluar generasi baru konsol ni. ( atau dengan kata lain, selagi industri penggodam gagal tutup periuk nasi diorang. )

Muse – The Resistance

muse-resistance-album-art

1. The Uprising
2. Resistance
3. Undisclosed desires
4. United States of Eurasia (+ Collateral Damage)
5. Guiding Light
6. Unnatural Selection
7. MK Ultra
8. I Belong to You (+Mon Coeur S’ouvre A Toi)
9. Exogenesis- Symphony Part 1 (Overture)
10. Exogenesis- Symphony Part 2 (Cross-Pollination)
11. Exogenesis- Symphony Part 3 (Redemption)

******

Pelik ke kali ni aku tulis pasal lagu? Sebenarnya inilah kali pertama aku dapat lagu format FLAC. Sebelum ni aku hanya pernah dengar mp3 sahaja. FLAC ternyata berbeza. Dengan speaker daif ni pun dapat rasakan keluasan pentas bunyi. Bayangkanlah satu album ni bersaiz 400MB. Kalau mp3 dengan bitrate 320kbps pun mungkin hanya 100MB sahaja.. Nak dengar kat kereta pulak, belum tahu pemain audio kereta aku boleh main ke tak. Tapi yang pasti aku akan cuba gak la.

Nak cuba? Muat turun dari mininova.org

Lepas tu, korang perlu habiskan masa sedikit mencari software untuk memainkan FLAC ni. pakai Windows Media Player @ Itunes memang tak dapat la.  Aku pakai software cikai je dari vsevensoft.com

Korang tau tak apa itu Dynamic Contrast?

Sebelum aku pakai monitor aku ni, aku tak pernah pulak amek peduli pasal spesifikasi ni.

Pernah tak tengok tv/monitor, kemudian kita rasa tak cukup terang? Tapi bila kita setkan terang, bila tertukar gambar lain ianya akan menjadi terang sampai sakit mata…  Takkan kita nak tukar setiap kali gambar itu berubah kan.. kalau korang ada setting ini pada monitor atau LCD TV korang, aku rasa pakailah. Cukup melegakan. Bila masa scene terang dia akan menyala cerah, bila sampai scene malap pandai la dia mengurangkan contrastnya. Itulah kot maksud Dynamic Contrast.

****

Ayah aku beli Sony Ericsson W995. Warna Hitam Perspektif. Dia baru belajar main smartphone semalam.

GPS ada, tapi dalam SE W995 ni dia pakai aGPS. a kecik ni menandakan “assisted” dan kalau guna GPS kat telefon ini, memang la melambung bil telefon kau orang semua. Tak boleh masuk Garmin ye. Garmin hanya boleh dipasang dalam Symbian Smartphone sahaja. Mungkin kalau ada orang boleh paksa .sis diinstall dalam w995 ni, baru lah kita boleh pakai garmin mobile XT.

Ada wifi, boleh lah bapak aku senang lenang surf Malaysia Kini kat rumah, sambil kadang-kadang dengar lagu-lagu lama daripada Youtube. Cek harga kat kedai, RM17xx paling murah set tulen. Bapak aku dapat harga model reviu. Tak boleh bagitau, nanti Sony Ericsson marah. Siapa nak tau datang la raya, nanti aku tunjuk resit.

p/s: aku dapat model reviu, tapi aku reviu cam hampeh. ahaha. Sony Ericsson memang la tak bagus. Jujur aku cakap, harga dia jual memang mahal berbanding dengan spesifikasi. Setakat ada wifi, N80 member aku yang buruk pun ada.

Tali pinggang keledar di belakang. Siap!

Akhirnya sesudah 5 bulan menunggu. Semalam aku pergi tengok kembali waktu dan tarikh temujanji di Perodua Batu Caves. Memang tak salah. Hari ini pukul 1430. Tapi entah kenapa hari ni jalan sesak teruk. Aku keluar rumah pukul 2. Sesak punya pasal, dekat pukul 3 baru sampai. Pemasangan tak sampai setengah jam. Lepas tu aku berarak balik, masih jugak sesak.

Kelakar jugak. kereta ni kecil sahaja, tapi Perodua pasangkan talipinggang yang ada 3 sauh. Untuk kegunaan 3 orang. Bayangkanlah kalau 3 orang naik kat belakang, siapa yang duduk tengah tu menahan sakit la gamaknye. Punggung bertemu dengan sauh dari kiri dan kanan. Kalau kecik takpe jugak. Haha.

Apapun, untuk keselamatan. harap semua orang patuh. Nyawa lebih berharga daripada kesakitan yang sedikit tu kan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers