Archive for the ‘Rencam’ Category
Ironi kepada “Main mercun samalah macam bakar duit”
Apa salahnya bakar duit? ( baca dulu sebelum bakar. ok? jangan jadi lurus sangat )
biasa dengar ayat di atas? Masa kecil dulu, memanglah pemikiran kita ni dangkal. Tak mampu nak bertegang urat dengan mak bapak bila minta duit nak beli mercun. Dah la mintak tak dapat, duit kumpul sendiri hasil ikat perut selama beberapa hari pun tak boleh dibelanjakan untuk mercun. Bila dah besar ni, rasanya dah tak perlu main mercun lagi. Nak tengok mercun, tunggulah sambutan-sambutan tahun baru ke, merdeka ke. haha. Maaf, terlajak pulak. Cerita pasal bakar duit ni, rasa-rasanya banyak sangat lah benda yang dibeli dibakar. Petrol, dibakar juga untuk menghasilkan tenaga. Makanan, memanglah tak dibakar secara lahiriah tapi bila nak ditukar menjadi tenaga untuk badan mestilah melalui mekanisma pembakaran oleh badan juga. Huh, sedangkan askar israel tu pun membakar duit jugak pergi berperang. Pak cik Bakar, seorang pemandu teksi pula bagaimanapun tidak terlibat dalam cerita kali ini.
Semalam pergi membeli barang-barang dapur, dah lama tolak troli tu baru aku terperasan. Semua yang ada dalam troli ni, beli untuk disalurkan ke dalam longkang. Sabun basuh pinggan, sabun basuh baju, sabun mandi dan juga syampu. Tengok benda ni yang menyebabkan aku terkenang kembali zaman kecil ku. Alangkah bangganya kalau aku semasa kecil boleh balas kembali dengan ayat lebih kurang begini… “Mak beli sabun itu, sabun ini banyak-banyak semuanya habis ke longkang, lepas tu sampai loji jugak. Membazir je.”
Yang penting bukan dihujung, tapi sebelum sampai ke hujung tu. Sebelum duit itu terbakar menjadi api.. dia berjaya membuatkan hati kanak-kanak gembira. Sebelum sabun tu sampai ke longkang, dah boleh membersih apa yang patut. Boleh juga aku selitkan pasal boikot produk israel di sini. Yang penting bukannya nak tengok kesan boikot kita tu, tapi usaha kita memboikot tu. Ada ke tak. Semalam masa aku lalu sebelah restoran M tu nampak beratur panjang jugak orang. Mungkin tak boleh tahan kot. Hehe. Sedangkan masa buka puasa pun kena mengadap burger dan kentang M, inikan pula masa tak payah puasa. Sarapan, tengahari, malam semua datang ke restoran M.
Budak-budak. Korang nak beli apa yang korang suka, beli lah. janji pandai menabung untuk masa depan. Mercun ke, helikoter mainan ke, kasut bola ke lantaklah. Janji guna dengan sebaiknya. Barulah yang dibeli tu tak terbakar dengan sia-sia.
The Express (2008)
http://www.imdb.com/title/tt0469903/
Walaupun aku suka tengok cerita komedi, tapi bila kena pada masanya cerita yang agak serius pun boleh masuk kepala juga. Dan memang meninggalkan kesan yang mendalam. Sampaikan aku rasa berbaloi untuk dikongsi bersama.. Kisah benar ini menceritakan watak Ernie Davis, seorang budak kulit hitam dari Elmira, New York yang mempunyai bakat dalam sukan American Football. Beliau merupakan orang kulit hitam pertama yang mendapat anugerah Heissman. Baca baki entri ini »
Ini Pro Evolution Soccer 2009
Tengok betul-betul. Kat atas ni, gambar PES2009 yang dikeluarkan oleh Konami. Kalau versi lain, mungkin gambar yang berbeza, tapi perkataan PES 2009 takkan hilang ataupun diganti dengan apa sahaja perkataan lain. Mungkin ini satu entri untuk melepaskan geram terhadap pertandingan yang aku baru masuk. Haha. Kalah teruk. Rasa macam nak maki sana, nak maki sini. Tapi apakan daya, daripada aku menyalak lebih-lebih, baik simpan saja. Kalau bising-bising orang pun tak suka. Jadi, kesudahannya aku dah takkan masuk lagi pertandingan-pertandingan PES. Kalau masuk percuma, mungkin boleh la kot. mungkin.
Banyak sangat masa yang dihabiskan, bukan untuk perlawanan tapi lebih kepada mengatur jadual itu ini. Dan yang paling aku bengang, atur punya lama lepas tu suka-suka potong nama orang. Alasan, takut nak jumpa member. Sedap-sedap engkau je. Apasal tak aturkan Malaysia terus masuk final untuk World Cup akan datang? Tak adil la. Isu masa ni, memang tak boleh nak dikomen dengan banyak. sebab utama masa dibazirkan ialah peserta-peserta yang main lebih dari satu slot. Mane taknye, dah main lebih satu penyertaan mestilah tanak jumpa dalam satu kumpulan. Pastu kena la dibahagikan kepada kumpulan lain. Perlawanan kat kumpulan lain perlu ditangguhkan sebab peserta ni tengah main untuk kumpulan lain. Lepas main, nak rehat sekejap pulak. Tapi macam aku cakap la, nak komen banyak-banyak tak boleh. Penganjur mesti lah nak belahkan dorang. Duit punya pasal beb.
Salah aku jugak la tak tengok T & C. Tapi nak buat macam mana. Kalau ada syarat dalam T & C yang berbunyi “sebarang keputusan penganjur adalah muktamad” tak guna juga.
Member aku cakap, PES2009 mana ada keluar kat PS2. Tapi aku cek kat internet ada. Tapi yang masa pertandingan haritu bukan PES2009 ye. itu pun bukan PES2008. Rasa aku, PES6. Tapi ditampal dengan bermacam-macam imej nk jadikan ianya konon-konon baru. Jahanam, perpindahan pemain buat ikut suka hati. Mana yang ada, adalah. ubah statistik pun, tak adil.
Teruk betul kesan kekalahan di pertandingan hari itu. Tak sama macam masa aku masuk pertandingan bulan 8 tahun lepas. Aku sampaikan rasa nak main kat komputer sendiri pun tak sedap. Terbayang-bayang lagi. Mungkin dah sampai masa aku berhenti bermain. kat bawah ni senarai keputusan yang aku dapat daripada 3 perlawanan.
Syarat 0-6 Yuhaifizan
Syarat 0-6 Khairil
(Dengar cerita Khairil ni dapat tempat 4 teratas. Tahniah la kat lu bro),
Syarat 2-2 Hafiz.
Nak makan ayam goreng, nak isi minyak
gambar oleh sendiri
“Orang selalu cakap saintifik,” berkata ala-ala penyanyi Alleycat dalam iklan proton saga dan bilangan buah durian yang boleh diisi dalam but berisipadu 413liter. Tulisan dibawah, adalah sekadar merepek. Boleh dibaca sambil lewa ataupun dianggap sebagai hiburan ringan mengisi kebosanan di internet. Alah korang bukannya buat apa pun kat internet kan.
pagi tadi ayah aku bertanyakan kepada aku, berapa ringgit harga satu barel ayam? Aku jawab entahlah dalam RM40 macam tu lah kot. Tanpa rasa puas hati, ayah aku yang dah pandai main internet, terus cek sendiri harga dalam internet. memang salah aku la, harga sebetulnya ialah RM 57.25. Tak berapa lama lepas tu, teringat beberapa hari sebelum ni aku isi minyak penuh.. kelisa kecik tu pun pelahap minyak juga. satu tong penuh, rm55.xx. Cuba bayangkan, satu barel ayam baru ada 21 ketul. Kalau ayam dia tu potong 6 bahagian, baru 4 ekor untuk satu barel.
Banyak sangat nombor, susah nak dianalisa. Lagipun nak cakap merepek, buat apa tafsir data sangat. Baca baki entri ini »





