Tips : macam mana aku cuci lens PS3

Mula-mula kena ada idea untuk bukak ps3 slim dulu. Sila baca ini sebelum cuba untuk buka ps3 anda. Sebenarnya ada banyak video tentang cara-cara nak membuka ps3 korang dalam youtube, tapi dalam banyak-banyak tu aku rekemen korang ikut yang ini sebab ianya sangat lurus. tgk sampai 4:05″ je. lepas tu korang xyah pedulik dah. sebab mamat yang video atas ni hanya dismantle sahaja.

Sambung tgk video ini pula tapi tengok mula pada 2:06″ sampai 3:28″.

Aku punya cecair pencuci lens tu, datang bersama dengan ini. Jangan tanya aku apa penggantinya. Mungkin alkohol tapi bukan alkohol 70%,80% mahupun 100%. Nak pasti kena ada HPLC la kat umah aku baru boleh tahu apa komposisi cecair tu. Yang penting, jangan guna perfume!!! Walaupun ada alkohol dalam minyak wangi, tapi dia ada mcm2 ekstrak dan bahan tambah yang tak diketahui. Bukan apa takut mencacatkan lens tu pula.

Selamat mencuba!

*credits to both video makers from youtube. You guys just saved me my PS3.*

Tips : Persediaan sebelum membuka PS3

image

image

Mula-mula sekali haruslah diingatkan, membuka PS3 anda bakal membatalkan waranti oleh Sony. Jadi, kalau kecut perut tak perlu susah hati. Aku tak pernah paksa. :)

Waranti anda adalah selama setahun. Ada juga yang bertuah, dapat ‘extended waranty’ 90 hari. Sila periksa di laman web Sony dan jika anda x pernah mendaftar, jangan risau. Anda memang ada satu tahun waranti.

****

Ok. Terus kepada peralatan yang perlu kau semua ada. Sila lihat gambar. Aku susun dari kiri bermula dengan pemutar skru phillips sederhana kecil, pemutar skru Torx, cecair pencuci lensa, putik kapas dan akhir sekali, pemutar skru mata rata saiz paling kecil. Fuh! siapa yang tak lulus Kemahiran Hidup memang tak boleh tulis senarai ni dalam BM.

Abaikan putik kapas dan cecair pencuci lensa itu kerana itu hanyalah untuk mencuci lensa blu ray. Pemutar skru mata rata juga hanyalah untuk membuka pemacu blu ray PS3 korang.

Untuk Torx, kita perlukan saiz T9. Aku ada ambil satu lagi gambar macro nak tunjukkan T9 kat situ.(Maaf la kalau x jelas. Telefon aku mod makro) Yang ini korang memang susah sikit nak cari sbb berdasarkan pengalaman aku, kedai hardware biasa pun x paham bila kau mintak pemutar skru Torx. Jadi bijak dengan pergi ke kedai DIY,ataupun google dulu gambarajah skema dan banyakkan bertanya ok?

Apapun pemutar skru torx ni memang banyak berguna dalam perkakasan elektronik. Tak rugi beli satu set. Tapi aku ada dua. Haha. Sebab aku tak jumpa yang lama.

Kalau da ada semua ni, apa lagi jangan risau korang boleh godek ps3 korang untuk segala tujuan. Sila cari panduan di youtube. Aku xde rakam tapi ada la snap gambar satu dua buat rujukan.

Posted from WordPress for Android

Playstation Move, Nintendo Wii & Xbox Kinect

Sila cari di Youtube untuk paparan video PSMove dan Xbox Kinect. (atau Wii untuk sesiapa yang tak pernah tengok)

http://us.playstation.com/ps3/playstation-move/

http://www.xbox.com/en-US/kinect

Nintendo Wii sudah keluar dekat dua tahun lebih, siap ada modchip yang membenarkan kita beli game tak tulen, dan keseronokan Wii, mencetuskan idea yang lebih menarik untuk kedua-dua pesaing besar industri, Microsoft dan Sony turut serta. Semangat tak nak kalah. Kita ketepikan Nintendo Wii, kerana kualiti gambar yang tak HD memang sangat memadamkan api semangat sesiapa pun.

Playstation bakal melancarkan Move pertengahan September ini, manakala Xbox pula sudah membariskan Kinect dan pelbagai jenis tajuk untuk dipasarkan November nanti. Move secara asasnya adalah sama seperti WiiMote, cuma deria external itu digantikan dengan EyePet untuk mengesan pergerakan kita dengan lebih jitu. Selebihnya seperti PS3 biasa. Bateri terbina dalam? terpulang pada individu. Mungkin ada yang terbeban, mungkin tidak. Xbox Kinect pula adalah idea genius mana tak tahulah, tapi mengamalkan prinsip yang hampir sama dengan deria external Wii, cuma tanpa memerlukan WiiMote. Yang paling tak tahan ada pula mod arahan suara.

Bayangkan kau tengah sedap-sedap main, orang lalu…. “Xbox, Pause!” saja nak kacau. Kalau sekali ok gak, buatnye banyak kali, mau kene pause die tu..

1. Harga

-PS Move RM300 lebih kurang. Xbox Kinect RM 600. Tapi untuk setiap pertambahan pemain, PS Move kene tambah lagi RM180. Xbox Kinect xyah, pun aku taktau berapa limit dia. Kalau tengok promo video dia, baru dua orang.

2. Kualiti

-Kalau tak cuba, semua company leh cakap dienye produk lagi best. Tapi aku rasa Xbox Kinect lebih selesa sebab tak perlu pegang apa-apa kot + tak perlu nak caj bateri apa-apa.  Tapi, sepatutnya PS Move lebih baik. Sepatutnyalah. Alasannya, yelah kalau kita wat perbandingan dulu-dulu pun memang pemproses dan segala komponen dalam dia dah kalahkan Xbox. Sayangnya negara kita tak ada Games Fair untuk kita try benda-benda camni sebelum beli.

3. Output

-Ikut selera dan bajet masing-masing nak pakai output apa. Tapi kalau boleh dah xpakai tv definisi biasa dah la.

4. Tajuk yang sedia ada

-PS Move dah ada tajuk yang tinggal update sahaja untuk main (Heavy Rain) dan ada lagi 15 yang korang boleh main. Aku tengok senarai untuk Xbox Kinect lebih kepada menari dan senaman sahaja. Apa pun, bergantung kepada kolaborasi diorang dengan studio yang buat tajuk tu jugak di masa akan datang.

Dalam benak aku, sebenarnya Sony dengan Microsoft ni hanya nak korek poket kita sahaja. Jual pakej-pakej tambahan ni. Kan bagus kalau R&D mereka terus letak je ni semua dalam PS4 dan Xbox 720? Selagi kita tak kacau market dia, selagi tu la x keluar generasi baru konsol ni. ( atau dengan kata lain, selagi industri penggodam gagal tutup periuk nasi diorang. )

tripod patah dan piring astro

tripod murahku patah tak tertampung Fuji s9500

tripod murahku patah tak tertampung Fuji s9500

dari balkoni rumah

bilakah HD di Malaysia?

di atas: tripod aku telah mengalami kegagalan fizikalnya apabila aku sibuk berlatih shoot gambar malam dengan FUJI S95000 aku.. itu tripod untuk kamera kompak. aku zalim pada tripod itu.

di bawah: tanpa Astro, bagaimana ya? kualiti astro masih seperti dulu. bila nak masuk HD ni?? rugi la siapa yang ada televisyen HD. gambar pecah-pecah. btw, CL separuh akhir awal pagi ini.

posting blog ala-ala jarri. :D

sepanduk blog ‘penyokong selangor’

Selangor berjaya menewaskan KL Plus terima kasih kepada gol sendiri. Rentak perlawanan masih belum berupa rentak juara, tapi mungkin cuaca memainkan peranan. Tahniah kepada Selangor.

aku dah lama bercita-cita nak buat sepanduk untuk blog penyokong Selangor. Dah lama jugak aku tak mengasah kemahiran menggunakan Adobe Photoshop. Apapun, aku kongsikan kepada pembaca yang mana suka boleh lah ambil. Kalau dapat tengok ramai orang pakai mesti seronok. Lain kali ada masa aku buat lagi.

banner

hanya perlu klik kanan, save/save as.. Ada permintaan untuk penyokong negeri lain?  Tinggalkan komen dibawah.

sekian. Maju Selangor.

modifikasi mudah tapi ekstrim untuk main “Guitar Hero”

1074510

Logitech Wireless Guitar Controller Premier Edition

Logitech dah bawak keluar controller yang terbaik dan termahal untuk memberikan kepuasan kepada peminat siri Guitar Hero dan Rock Legend. Kenapa aku cakap termahal, korang boleh tengok sendiri la harga dia kat internet. Pada masa yang sama, kalau main kat Malaysia ni, boleh dapat controller gitar dalam RM 1xx. Cuma kurangnya, kalau main ganas-ganas sikit mulalah rosak butang-butang. Makin susahlah nak dapat skor yang terbaik. Aku pernah pakai Meor punya controller sekejap dahulu. Dan aku dapat rasa sendiri bagaimana controller tu dalam usia yang pendek hilang kesensitifannya.

Ah. Dah lama aku tak bermain ‘Guitar Hero’. Pulak lepas aku dah semakin tak pandai main PES 2009, aku jadi ketagih pula nak main. Aku pun tanya la Meor boleh bagi pinjam ke tak controller lama dia tu. Dia cakap ok, tapi masa tak mengizinkan kerana beliau pun sibuk dengan urusan pengajian dan Permadari, Pendidik, Sukda, dan segala jenis aktiviti di UKM tu. Masa-masa aku tak ada duit ni, masa ni lah rasanya nak beli controller gitar tu. Aduh. Tensen aku. Teruskan membaca kiriman ini

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers