Archive for the ‘Computer’ Category
tulisan pantas-enermax tomahawk 500w
antara tulisan aku yang banyak mendapat perhatian ialah enermax tomahawk 500w. Dalam entri yang sama aku ada ceritakan tentang kebolehan kotak unit kuasa ini untuk tujuan overclock. Dan jelas sekali aku tak ada kesempatan untuk buat semua benda macam tu. Sekarang aku rasa dah lapang sedikit, dan memang memerlukan lebih kuasa daripada pemproses AMD Athlon X2 3600+ Brisbane aku, jadi aku rasa nak berkongsi sedikit keupayaan enermax tomahawk 500w.
Sebelum menulis dengan lebih panjang, nak maklum terlebih dahulu entri kali ni adalah entri yang lebih pendek daripada biasa. Menaip daripada rumah memang tak selesa. Tak ergonomik.
Pada masa ini, Enermax Tomahawk 500W aku sedang membekalkan kuasa kepada Radeon 4650, 3 cakera keras, 2 cakera optik, dan 2 buah kipas yang berkuasa tinggi selain pemproses yang sedang ditingkatkan. Sejauh mana peningkatan yang boleh aku capai, ha… itu yang aku tak tau tu.. tunggu la dalam dua tiga tulisan lagi. Akan aku letakkan beberapa paparan skrin aku sebagai bantuan visual. Cukuplah aku katakan segala keperluan kuasa dalam satu komputer aku melepasi tahap ambang (threshold). Untuk pengetahuan semua, Radeon 4650 memang panas, aku rasa kalau nak beli.. pegi carik geforce 9 series la ataupun bersedia untuk keluarkan duit lebih sikit untuk beli kipas yang lebih berkualiti.
tunggu untuk maklumat lebih lanjut.
Sebatian Terma
Untuk siapa sahaja yang mempunyai komputer dan rasa haba merupakan satu masalah besar kepada mereka. Biasanya haba tidak menjadi masalah, sehinggalah kipas CPU kita meraung-raung akibat berpusing pada kelajuan 5000 putaran seminit. Sesiapa yang memiliki komputer berasaskan Pentium 4 dan menggunakan komputer tanpa menghidupkan pendingin hawa, memang lazim dengan masalah ni. Tapi anda yang menggunakan AMD juga tak terkecuali.

Sebatian terma ini diaplikasikan di atas permukaan CPU anda sebelum ditindih dengan blok sinki haba. Apa yang signifikan tentang sebatian ini ialah, dalam peringkat masa tertentu ia akan menjadi kering. (menyejat atau menyerap ke dalam besi? Tak dapat aku pastikan) Dan apabila sebatian ini kering, perpindahan haba dari CPU ke blok sinki haba semakin kurang efisien dan menyebabkan CPU anda menjadi panas melampau.
Tak. Bukan gamers ataupun Overclockers sahaja. Walaupun anda pengguna biasa, anda masih memerlukan sebatian ini. Sebab komputer akan sentiasa mengeluarkan haba tak kira siapa anda. Untuk pengguna biasa, sila rujuk manual atau kawan-kawan untuk periksa keadaan sebatian terma pada komputer anda. Biasanya kalau tak pernah tukar, lepas enam bulan sebatian yang murah ni akan mengeras.
Dan, kalau dah keras tu, silalah bersihkan permukaan tu dan ganti dengan yang baru. Yang murah boleh dapat dalam RM4, yang sederhana dalam RM20 dan yang paling mahal untuk prestasi mutlak rasanya tak sampai RM40. Kalau rasa nak murah juga boleh buat sendiri, iaitu dengan ambil jadual berkala unsur dan cari elemen yang rasa-rasanya paling bagus untuk mengkonduksi haba kemudian beli dan leburkan dan …. panjang ceritanya. Baik beli sahaja yang dah siap.
Cadangan terbaik ialah Arctic Silver 5 sebab senang nak dapat. Nak bajet sikit, beli Cooler Master. Untuk makluman aku guna Zalman Super Thermal Grease STG-1 sebab dapat percuma dengan Zalman CNPS 9700.
Sekian dahulu buat kali ini. Selamat mencuba.
ZTE MF600 aku telah ditukar, tetapi..
Maxis broadband buat sesuatu yang tak disangka-sangka. Selama empat hari aku tak boleh bersambung ke internet, aku suruh sulihin sahaja telefon buat repot. Macam biasa la, bole teka apa yang dia nak suruh kite kat sini buat. Nak kene tutup suis, tunggu sepuluh minit, pastu hidupkan balik. Dah sampai hari keempat, terpaksa la aku buat repot. Aku pun bertegas juga dalam nada perlahan, sambil berkata “saya rasa modem ni memang dah rosak, bukan saya tak pernah troubleshoot, tapi memang tak menunjukkan apa-apa efek pun, takkan cik nak saya bukak pulak, nanti waranti tak sah.” Dan tanpa banyak bercakap, talian ditangguhkan sementara kemudian disambut dengan nada perlahan menyetujui pendapat aku. “Esok technician kita akan call, dan buat appointment untuk cek modem tu. Kalau betul rosak, kita akan tukar baru.”
Memang aku gembira mendengar jawapan itu. Baca baki entri ini »
Ergonomik untuk komputer riba
Untuk entri komputer ergonomik, aku lebih tekankan tip-tip ergonomik untuk sebuah komputer peribadi meja. Tak boleh tidak aku harus akui komuniti pemilik komputer riba juga merupakan salah satu golongan yang acapkali tertekan dengan komputer riba milik mereka. Apa tidaknya, memang aku sendiri kurang gemar menggunakan komputer riba, atas alasan yang sama. Walaupun komputer riba ini mudah alih, namun ada banyak aspek yang menunjukkan betapa komputer riba juga ada kelemahannya.
Umum melihat sebuah laptop sebagai keperluan, dan sebagai seorang rakyat Malaysia memang menjadi tabiat kita untuk mencari sebuah laptop mampu milik. Tak salah untuk memilih sebuah laptop sederhana. Dalam lingkungan RM2000, sebuah laptop mampu dimiliki. Dan memang antara laptop terlaris, adalah laptop dikalangan harga RM2000. Dan dalam entri aku ini juga aku akan ulas kelemahan laptop sederhana ini. Baca baki entri ini »




