Riwayat Enermax Tomahawk 500w berakhir

Secara rasminya aku mengumumkan persaraan Power Supply Unit sesudah lebih 3 tahun berkhidmat. Masa berlalu begitu cepat sehinggakan tak perasan sudah 3 tahun berlalu sejak aku mula guna. Dan memang bagus betul orang yang mewartakan waranti ke atas barang ni. Januari 2008-Januari 2011 tempoh waranti, sekarang bulan 23 May 2011 bermakna aku hanya terlewat 4 bulan.

Masa aku dapat tau yang komputer tak boleh hidup pagi tadi, berat rasa nak membelek belek. Namun bila aku terenjat elektrik, rasa terkejut dan semangat aku untuk menyiasat punca masalah semakin memuncak. Tak sempat buang masa, aku terus tanggalkan PSU, cium-cium sikit. Tak ade pulak bau terbakar. Cari lampu suluh, terus nampak beberapa kapasitor yang sudah cair.

Ada beberapa komponen yang aku boleh selamatkan dari PSU Enermax ni. Antara yang menarik minat aku ialah heatsink dan kipasnya yang sangat senyap.

Esok mungkin akan menulis apa yang bakal menjadi pengganti kepada Encik Enermax. (pelik kan? bila dah rosak itu ini baru semangat menulis kembali)

komputer baru paling murah

setelah sekian lama tak mengarang mengenai komputer, akhirnya aku ada satu idea yang boleh menyebabkan aku menulis sekurang-kurangnya satu entri setiap bulan. Ya, aku hanya akan tulis pasal harga sahaja. OK tipu. mungkin akan ada sedikit reviu pasal barang-barang baru yang masuk. Ini merupakan salah satu cara untuk aku mengikuti perkembangan semasa hardware komputer. Semua harga adalah diambil daripada pricelist di Lowyat, dan aku campurkan sahaja mana yang murah supaya jadi satu komputer boleh hidup. Kalau korang nk jugak harga macam aku tunjuk kat bawah ni, berterabur korang nanti. Survey dulu, pastu tekad pilih satu kedai, korang tawarla sampai dapat harga yang boleh.

AMD Sempron ( LE 140 ) AM3 2.70-RM98
MSI 7597 GF615M-P33-RM165
KINGSTON DDR3 1333MHz CL9-RM55
WD 500GB (32MB)-RM114
monitor ikut selera-<RM400
PSU + casing paling murah-<RM100
tetikus + papan kekunci-RM40
speaker tanpa woofer-RM50
JUMLAH  =RM 1022

dalam belanja 1k anda sudah mampu memiliki sebuah komputer baru, yang boleh tahan jugak. Terutama sekali dengan AMD AM3, teknologi baru. Tak perlu graphic card sebab papan induk tu dah tersedia. RAM DDR3 pun dah jadik mainstream sekarang ni, sampaikan lagi murah daripada DDR2. mesti pelik kenapa aku letak 500GB dalam senarai ini? Sebab kalau beli 160GB pun harga RM108, baik angkat 500GB ni RM114.

RM1k untuk komputer baru…satu perbelanjaan yang baik bukan? Daripada beli komputer second hand dalam rm500 untuk pentium 3, pentium4, baik timbang timbangkan dahulu senarai yang aku dah buatkan ni. Memandangkan hari natal pun dah dekat mesti ade offer menarik pasal lcd ke, speaker ke, ha.. yang itu lagi berbaloi la nak sambar. selamat membeli!

Tiba-tiba aku terfikir nak merasa processor AM3 dan juga DDR3 :)

Tips : Sambung dua monitor (bergambar)

Ingat Die Hard 4.0 yang mana komputer dalam cerita tu ada banyak monitor? Kebetulan aku ada monitor lebih sebab adik aku dah tak pakai, aku pun sambungkan kedua-dua sekali. Dan aku rasa macam bagus jugak kalau berkongsi tips ini, walaupun rasanya korang semua boleh cari tips ini dalam bahasa inggeris. Walaupun bahasa aku kali ni macam rojak, harap dapat membantu sesiapa yang teringin sangat nak pakai setting ni. Teruskan membaca kiriman ini

mencari tetikus yang baru

Aku beli ini. tapi soket ps2.

kehidupan sukar beberapa ketika dahulu selepas tetikus lama aku rosak. terpaksa pinjam2 dari mana2 membe yang tak pakai. kebetulan tadi aku singgah di Plaza Lowyat sebab Zul kawan serumah Napek nak beli RAM dan Cakera Keras. (Napek ko beli apa? “Belia” )…aku pun bazirkan masa sedikit mencari tetikus idaman aku. Tidaklah sampai nak berbelanja sesuka hati. Kalau dapat yang sama macam yang rosak tu pun aku dah cukup puas hati. Niat di hati.. Papan kekunci dan tetikus tanpa wayar, apakan daya.. jodoh tiada. Dan aku jumpa! Sama seperti yang rosak dulu. Aku pun tak tahu kenapa, aku rasa tak nak beli tetikus itu sebab soket USB. Agaknya sakit mental kot? Yang tak suka kepada perubahan tu. Lama juga aku membuang masa untuk dapatkan soket PS2. Murah seringgit walaupun bukan itu matlamat aku. Heh. Dah dapat tu, lekas2 lah aku pulang.

Laju. Dan tak de sangkut2. Satu fungsi tambahan yang membezakan tetikus baru aku dan yang lama. Skrol melintang. Dan aku tak cuba lagi dan rasa-rasanya tak akan memerlukannya. Maklumlah sejak pakai skrin lebar ni mana ada lagi tetingkap yang tak terbuka habis. Hmm. pelik, kenapa macam tak berfungsi. Tak apa lah. Nanti aku cuba pakai dekat komputer lain. Gembira sedikit, dan tekanan di tangan kanan rasa kurang. Kejap lagi aku nak cuba main FM2009 dan DOTA.

terima kasih buat zul sebab kau belanja aku makan nasi ayam dan teh o ais tadi. kau memang faham orang menganggur ni. Alamak, Napek sori la sebab aku tak perjelas lagi hutang duit pendaftaran tournament PES hari tu.

jangka hayat kipas

sesudah 3 tahun berpusing tanpa henti. akhirnya kipas 120mm yang disertakan sekali semasa aku membeli Cooler Master Centurion 5, berhenti daripada berpusing. Kesannya? Casing komputer aku jadi panas melampau. Itupun aku tak perasan lagi sehinggalah komputer aku sangkut masa aku tengah main PES 2009. Terbantut jugalah masa aku nak berseronok. Nak buat macam mana. Aku kena carik duit lebih untuk beli kipas baru. Dalam pautan ini Cooler Master menjangkakan jangka hayat kipas aku ialah selama 30 000 jam. Ditukarkan kepada unit tahun, adalah lebih kurang 3 tahun lebih. Memang dah dekat sampai masa pun.

Apa kriteria yang perlu diperhatikan semasa memilih sesebuah kipas?

1. tahap kebisingan – diukur dengan unit desibel (dB)
2. halaju udara – diukur dengan unit cubic feet per min ( cfm )
3. warna? lantak la. aku suka hitam.
4. led? tak payah la.
5. anggaran jangka hayat – tak berapa tepat, tapi boleh la jadi panduan.

Aku pun belum ada idea nak beli kipas apa. Tunggulah dahulu. Apa pun, kriteria di atas juga boleh digunakan sebagai panduan nak beli kipas komputer riba anda.

Apa itu CPU-Z

website : http://www.cpuid.com/cpuz.php

CPU-Z ialah satu perisian mudah (tak sampai 1mb) yang memaparkan beberapa informasi penting untuk pengguna komputer biasa, dan juga pengguna yang ekstrim. Ada banyak perisian yang lain yang popular digunakan untuk tengok detail-detail tertentu, tapi yang penting kebanyakannya sudah dipaparkan dalam perisian CPU-Z. Hanya perlu unzip dan boleh terus klik. Untuk pengguna ekstrim, rasanya semua dah tahu apa ertinya semua nilai-nilai yang dipaparkan, tetapi pengguna biasa mungkin masih perlukan panduan. Berikut aku bagi sedikit situasi yang mungkin boleh dibantu dengan perisian ni.

1. Anda baru beli komputer dari pembekal/orang lain yang menyatakan kelajuan pemproses anda sebanyak sekian-sekian GHz. Untuk lebih memastikan yang anda tidak ditipu, anda muat turun perisian ini dan lihat sendiri kelajuan pemproses anda secara terperinci.

2. Anda  memiliki komputer riba yang agak ketinggalan dari segi prestasinya. Anda dapat tahu, kalau anda menambahkan kapasiti RAM akan mempercepatkan lagi komputer riba anda. Tapi, RAM yang mana satu patut anda beli? nak bukak dahulu pun satu tugas yang leceh. Perisian ini akan memaparkan jenama, kelajuan dan jenis RAM yang sesuai dengan komputer riba anda.

3. Anda ada papan induk yang berkualiti, dan ingin mencuba-cuba bermain dengan pekali pemproses anda untuk lebih prestasi. Gunakan perisian ini untuk paparan kelajuan yang agak tepat. Selamat datang ke dunia “overclocking”.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers