Autophagy

yang bermain di benakku

Archive for the ‘bolasepak’ Category

Berharap sangat(lambat sebab sibuk)

with one comment

oh. sila baca sampai habis.

bayangkan Selangor FC dikalahkan oleh Pilihan Singapura. aku tak tengok perlawanan haritu. aku sempat tgk slot sukan dalam buletin utama sahaja. Biasalah kawan-kawan aku pun, sebelahkan pemain yang  penat. Tapi aku memang tak setuju pasal masalah penat ni. Dari dulu lagi, kalau kalah sebab penat memang aku tak boleh terima. Satu, baru main dekat singapura bukannya pergi hongkong. Jet lag apa sangat. Dua, kalau penat, apalah salahnya masukkan sahaja pemain-pemain simpanan tu. Macam mana pemain turun padang kalau penat, rasa nak menang pun separuh-separuh sahaja. “Alah, main macam biasa lah, mesti boleh punya”. Adakah itu yang diorang fikirkan dalam otak diorang? Sudahnya kalah tiga kosong. Bukan persahabatan biasa-biasa ni. Piala Sultan Selangor ni. ada standard gak. bukan liga estet. (heh, kalau liga estet kalah, malu woi). Di mata aku, lebih baik kita kalah sebab kita tak dapat nak pakai pemain utama. Maknanya memang betul lah pemain utama tu penat dan terpaksa direhatkan. Ini tidak, dah tau penat, main gak(pemain) dan jurulatih pun suruh gak dia masuk berentap. Tak berapa logik alasan itu.

Tolak tepilah alasan penat. Biasanya alasan ni di mulut penyokong. Nak sedapkan hati sendiri rasanya. Tapi fikirkanlah, tahun depan Selangor terlibat dengan kempen Liga juara-juara Asia. Takkan kita ni penyokong nak datang dah tau dah buta-buta kalah dan dah tau sebab apa. Haha. Eh, esoknya menang besar pulak kan. 4-1 belasah Sabah. Amboi selera besar. Sekaligus mengenepikan alasan penat tu. Kalau kita yang penat boleh kalahkan sabah 4-1, sabah pulak penat buat apa? Pergi memukat ikan kat laut china selatan ke? Liga semi pro. Pagi nelayan petang main bola.

Alasan tiada awang import. Ya. Macam biasalah. Banyak dah pokpek pasal import ni. Yang ni, nak tak nak aku kena lah setuju. Kita memang perlu import. Tapi untuk liga super…. rasanya tak perlu kot. Terfikir satu idea yang menarik plak tengah-tengah malam buta ni. Kalaupun tak dapat nak pakai import, aku rasa Selangor kena tapau la pemain-pemain berkualiti dari persatuan bolasepak lain. Sekurang-kurangnya, kalau Safee lemau kita ada contohnya.. lagi 4 orang penyerang kebangsaan macam er..er.. ah. tak kesahlah. janji pemain yang profil lain la. jangan la same je jenis tunggu bola. Satu je buruknye bende ni. Nanti bila Malaysia ada perlawanan, Selangor pulak terus lemau ataupun Malaysia jadi lagi lemau. Duit bukan masalah bagi Selangor, tapi aku pasti ini takkan terjadi.

Yang kat atas ni mungkin merepek. Tapi aku berharap sangat, jurang kekuatan antara pemain simpanan dan pemain utama  dirapatkan. Buatla macam mana pun. Beli pemain baru ke, latih pemain simpanan lebih ke, serapkan banyak pemain simpanan dalam perlawanan getir ke.. supaya peminat yakin, coach yakin dan tertanam dalam fikiran. tak kisah kita tukar posisi mana pun, kekuatan kita masih sama. Ini mungkin satu kunci untuk kejayaan bukan satu kejohanan, tapi bermusim-musim. Kita takkan goyah dengan masalah kecederaan dsb. Buat apa kita ada satu skuad yang hebat melampau, tapi bila penat, tak ada pengganti yang kalau tak sama pun, 80 peratus sama prestasi. Masa nak penat tu, masa yang penting plak tu. Haih. Tapi tu lah yang selalu terjadi.

Aku bising bukan apa. Tak seronok kena titik.

remark:

Pada aku, Selangor sebenarnya bermain di tahap sendiri. Kalau betul la menang Piala Malaysia tahun ni, maka Selangor patutnya tak layak bertanding dalam liga Super lagi dah. Selangor sebenarnya terhebat di Malaysia dan rasanya belum ada lagi pasukan di Malaysia yang boleh hampir rapat untuk bersaing, tapi di kejohanan luar masih tidak seberapa. Atas pagar. Tapi itu pandangan sementara akulah. Kalau kita kalah Piala Malaysia ni, bagus juga. Setidak-tidaknya kita sedar yang kita ni taklah gah sangat di Malaysia ni. Peringatan juga kepada penyokong selangor jangan taksub sangat. Bukan apa, aku tengok sampai kalah teruk ni pun boleh maafkan pemain sebab alasan penat. Pemain tak ada pulak mintak maaf kata prestasi diorang tak setanding dengan pihak lawan.

Akhir kata, sokong-sokong juga. Masa nak bambu pemain, kita kena bambu. Masa nak bambu jurulatih pun kita bambu.

Written by syarat

Oktober 10, 2009 at 1:42 am

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with ,

Piala Malaysia 2009

without comments

sudah bermula. dah berapa lama pemain cuti? 2 bulan lebih rasanya. Tak apa lah. Latih elok bagi kecergasan di tahap tertinggi. Encik Torres yang dah jaringkan 3 gol malam semalam pun mengaku tahap kecergasan beliau belum 100%, apatah lagi la encik Safee yang baru menjaringkan satu gol masa lawan Sabah kelmarin.

Esok, pertemuan antara Selangor dan Polis DRM. Jumpa anda di sana.

Written by syarat

September 29, 2009 at 12:20 am

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with ,

Menghampiri penghujung Liga Super 2009

with 3 comments

Macam-macam yang berlaku dengan bolasepak tanahair kita untuk tempoh seminggu yang lepas. Apa yang paling seronok bagi aku ialah setelah beberapa lama akhirnya berita sukan bolasepak terpampang dimuka depan. Itu sahaja. Lain-lain rasanya ramai orang dah tau. Aku tak boleh pergi, alasan biasa la, aku mana ada duit.

Ingatkan kerja doktor sahaja ada on-call. Pemain bolasepak pun ada on-call. Tak cukup satu perlawanan, tambah lagi satu. Habis semua keringat pemain kita. :D

Ok. kembali pada tajuk… Lagi 2 perlawanan, Liga Super 2009 akan tamat. Selangor dihadapan dengan hanya perlu menang sekali lagi menentang PDRM. Pencabar terdekat Perlis masih lagi boleh menyentap kejuaraan seandainya Selangor gagal menyempurnakan tugasnya. Kecergasan pemain-pemain di bangku simpanan semua pasukan akan diuji esok, memandangkan ramai pemain yang bertugas menyarung jersi kebangsaan pasti tak boleh beraksi 100% esok.

Aku tak berapa perhati sangat senarai penjaring Liga Super tahun ni. Tapi Safee Sali masih ada peluang untuk dapatkan penjaring terbanyak aku rasa. Kot? Kalau tak salah Nizaruddin Yusuf tengah mendahului. Amri Yahyah mungkin boleh dapat pemain terbaik sebab sepanjang musim ni, kalau ada siaran langsung, kerap kali dia dapat title pemain terbaik perlawanan. Tambah2 lagi dua gol untuk Malaysia, memang susah la nak menafikan kehebatan beliau.

Tak dapat menghadirkan diri ke perlawanan hari ini di stadium MPS, aku tekad nk berada di Stadium Shah Alam pada 25hb ini untuk meraikan kemenangan Liga Super buat pertama kali oleh Selangor.

27hb aku nak pergi tengok Selangor berlatih di SMK Taman Selayang untuk persiapan menentang Persib Bandung 31hb Julai ini.

Written by syarat

Julai 21, 2009 at 2:51 am

Dikirim dalam bolasepak

terkilan sedikit di Paroi.

without comments

pedulikan dahulu apa nak jadi dengan liga malaysia. Sekejap pro, semi-pro, amateur.

Persembahan di Paroi hujung minggu lalu mengukuhkan lagi pandangan aku terhadap Selangor yang kekurangan pemain berkebolehan. Baik senior mahupun yang muda. Perlu diingatkan Selangor bukanlah sebuah pasukan yang ada masalah kewangan, tetapi apa yang dipamerkan sebijik macam kelab yang tak ada duit nak menggaji pemain. Malah pasukan yang ada masalah kewangan pun boleh main lebih baik.  Musim dah hampir ke penghujung, dengan berbaki 7 perlawanan kalau tak salah. Silap satu langkah, memang tak cium kejuaraan liga.

Untuk musim hadapan, seperti biasa kita tak boleh nak jangka apa format FAM nak ubah. Tapi apa yang pasti, skuad perlu ada lebih ramai pemain U21 yang boleh main 90 minit. C. Premnath tu ada masanya dia ok, tapi ada masa off jugak. Selangor sangat perlu carik pemain yang mantap. Kalau kita menang liga tahun ni, insya Allah tahun depan kita akan ke Liga Juara-Juara AFC. Dengan barisan pemain sekarang, aku tak yakin akan lepas peringkat kumpulan. Berikutan dengan nak cari pemain ni, betul-betul susah kat negara kita ni. Kenapa? Biar aku terangkan. Baca baki entri ini »

Written by syarat

Jun 23, 2009 at 12:59 am

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with ,