Tips : macam mana aku cuci lens PS3

Mula-mula kena ada idea untuk bukak ps3 slim dulu. Sila baca ini sebelum cuba untuk buka ps3 anda. Sebenarnya ada banyak video tentang cara-cara nak membuka ps3 korang dalam youtube, tapi dalam banyak-banyak tu aku rekemen korang ikut yang ini sebab ianya sangat lurus. tgk sampai 4:05″ je. lepas tu korang xyah pedulik dah. sebab mamat yang video atas ni hanya dismantle sahaja.

Sambung tgk video ini pula tapi tengok mula pada 2:06″ sampai 3:28″.

Aku punya cecair pencuci lens tu, datang bersama dengan ini. Jangan tanya aku apa penggantinya. Mungkin alkohol tapi bukan alkohol 70%,80% mahupun 100%. Nak pasti kena ada HPLC la kat umah aku baru boleh tahu apa komposisi cecair tu. Yang penting, jangan guna perfume!!! Walaupun ada alkohol dalam minyak wangi, tapi dia ada mcm2 ekstrak dan bahan tambah yang tak diketahui. Bukan apa takut mencacatkan lens tu pula.

Selamat mencuba!

*credits to both video makers from youtube. You guys just saved me my PS3.*

Tips : Persediaan sebelum membuka PS3

image

image

Mula-mula sekali haruslah diingatkan, membuka PS3 anda bakal membatalkan waranti oleh Sony. Jadi, kalau kecut perut tak perlu susah hati. Aku tak pernah paksa. :)

Waranti anda adalah selama setahun. Ada juga yang bertuah, dapat ‘extended waranty’ 90 hari. Sila periksa di laman web Sony dan jika anda x pernah mendaftar, jangan risau. Anda memang ada satu tahun waranti.

****

Ok. Terus kepada peralatan yang perlu kau semua ada. Sila lihat gambar. Aku susun dari kiri bermula dengan pemutar skru phillips sederhana kecil, pemutar skru Torx, cecair pencuci lensa, putik kapas dan akhir sekali, pemutar skru mata rata saiz paling kecil. Fuh! siapa yang tak lulus Kemahiran Hidup memang tak boleh tulis senarai ni dalam BM.

Abaikan putik kapas dan cecair pencuci lensa itu kerana itu hanyalah untuk mencuci lensa blu ray. Pemutar skru mata rata juga hanyalah untuk membuka pemacu blu ray PS3 korang.

Untuk Torx, kita perlukan saiz T9. Aku ada ambil satu lagi gambar macro nak tunjukkan T9 kat situ.(Maaf la kalau x jelas. Telefon aku mod makro) Yang ini korang memang susah sikit nak cari sbb berdasarkan pengalaman aku, kedai hardware biasa pun x paham bila kau mintak pemutar skru Torx. Jadi bijak dengan pergi ke kedai DIY,ataupun google dulu gambarajah skema dan banyakkan bertanya ok?

Apapun pemutar skru torx ni memang banyak berguna dalam perkakasan elektronik. Tak rugi beli satu set. Tapi aku ada dua. Haha. Sebab aku tak jumpa yang lama.

Kalau da ada semua ni, apa lagi jangan risau korang boleh godek ps3 korang untuk segala tujuan. Sila cari panduan di youtube. Aku xde rakam tapi ada la snap gambar satu dua buat rujukan.

Posted from WordPress for Android

Malaysia 3 – 0 Indonesia

image

image

image

image

Tiga bebelan yang aku tulis sebelum perlawanan semalam. Tiga bai. Tiga bijik gol jugak Malaysia kenduri semalam. Syabas Malaysia.

Siapa kata bolasepak tidak romantis? Memang benar jerit pekik sepanjang dua gol, namun untuk gol ketiga, air mata aku mengalir. Seolah-olah klimaks sebuah kisah cinta bolasepak dan aku. Cukup indah, aku tersandar di kerusi. Sekeliling menjadi rakan. Semua bangsa seperti bersatu dibawah satu sumpahan tanah tumpah darah mereka.

Cukuplah bercereka.

Sejumlah 85 000 penyokong di stadium + seberapa ramai penonton di rumah, menjadi saksi formasi malam td. Pandangan belakang gol, aku sukar nak tafsirkan, tapi hampir 100% menyerupai apa yang aku dah bincangkan. Namun Idlan seperti diberi ruang yang luas untuk menyerang. Semua sektor kanan dan kiri pernah diterjah oleh beliau. Ketepatan meletakkan Kunanlan di sebelah kanan(separuh masa 2) dapat mengeksploitasikan pertahanan Indonesia.

Perhatikan ketiga-tiga gol yang dijaringkan. Semuanya bermula disebelah kiri. Sebenarnya aku ada sedikit musykil kenapa Rajagopal masih mengekalkan permainan ‘wide’ selepas rehat. Indonesia sangat sukar untuk ditembusi dari sisi. Tanpa kebijaksanaan Norshahrul Idlan Talaha(9) mengelilingi Rachmad, penembusan itu sukar berlaku. Sudahlah melepasi, membantu Safee pula. Boleh perhatikan beza bagaimana Kunanlan(16) begitu sukar sekali bergerak kerana diasak di sebelah kanan.

Pada firasat aku Indonesia sebenarnya paling lemah di bahagian tengah. Ini dibuktikan apabila Mahali(18) boleh melepasi 4 pemain sebelum melepaskan rembatan. Sayang, beliau tidak mampu jadi penjaring. Sedikit latihan teknik menjaring, mungkin? Hehe. Apapun, isi penting kat sini ialah, mereka sukar mengagak permainan dari tengah. Ini biasa terjadi apabila pendedahan kepada gaya liga Inggeris yang gemarkan serangan sisi. Akibatnya pertahanan juga terbiasa untuk disaratkan ke sisi. Sebab itu mereka kental di kiri dan kanan.

Contoh yang kedua terbaik ialah dominasi Safee(10) dan Idlan(9)  membuat rantaian 1-2 yang berkesudahan dengan sepakan sudut.

Namun permainan sisi ke tengah ke, tak penting lagi sebab sesudah gol pertama, pemain Indonesia dah sentap. Jadi segala yang dikawal sebelumnya mula longgar kerana ingin membuat serangan balas.

Satu lagi kelemahan utama Indonesia ialah b ola di atas udara. Kecemerlangan pertahanan Malaysia di bahagian udara banyak mengagalkan serangan Indonesia. Syabas Fadly(27) dan Muslim(24). Kekurangan mereka di udara juga punca Safee Sali(10) berjaya menanduk masuk gol ketiga.

Permainan silang, kepantasan, ketangkasan, kejituan, semangat kerjasama, perjuangan udara adalah faktor kepada kemenangan malam tadi. Penyokong? Faktor ekstrinsik. Apapun terima kasih semua penyokong kerana bersama dengan pemain malam tadi.

Kalau tengok gambar tu ada penyokong Indonesia kan? Ya anda x salah pandang, saya peneroka kawasan tu sebelum ada penyokong Malaysia. Lepas gol ketiga sektor ini sudah penuh penyokong Malaysia.

Tunggu piala balik Malaysia 29hb ni. ;)

Posted from WordPress for Android

Bebelan 1 : Menjelang Final AFF Suzuki 2010.

Maaf kalau tak suka, tapi alang-alang nak buang masa silalah baca.

Punyalah aku dok bising-bising pasal tanggungjawab sosial syarikat-syarikat swasta, sampailah hari ni aku baru perasan aku yang myeg dok elok sponsor liga inggeris tayang kat astro dan aku tak bising langsung.

Kenapa Myeg boleh belanja besar nak menaja siaran langsung liga Inggeris tu? Pelik aku. Kalau mereka dah mampu untuk itu, aku rasa tak ada masalah untuk myeg taja liga super Malaysia kan?

“Marketing din. Marketing…liga inggeris ramai orang tengok.” Marketing jadah service dia bukan ada apa sangat, setakat nak perbaharu insurans dan cukai jalan serta segala-gala permit tu, takyah pakai astro pun tak ape. Nak penembusan maklumat serata pelusuk Malaysia? Pakai tv3 pun dah cukup. Buat kempen kat jomheboh pun xmahal. Malah,boleh sponsor astro arena, untuk ada astro arena 2, untuk tunjuk game liga super yang mula serentak.

Bebel sebelum final Piala AFF Suzuki Ahad ini. Tiket boleh didapati esok ye.

10 panduan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki

Masa kita belasah Laos tempohari aku terus demam. Terkejut dengan keputusan itu kah? Haha. Apapun aku xmengulas sebab coverage blogosphere dah meluas. Kecewa sket sebab dalam banyak media kita berterima kasih kepada Bambang.

Sebelum ke stadium bukit jalil untuk perlawanan separuh akhir ni, bolehlah baca panduan ini.

1. Dapatkan tiket awal? -xperlu..tiket takkan habis.
2. Kalau tak ada jersi Malaysia,belilah satu. Kalau xnak beli, pakailah kuning ataupun biru sudah mencukupi. Jangan pakai jersi kelab2 Eropah pula. Macam takda tempat lain kau orang nak pakai.
3. Cuba ambil tahu sikit barisan kesebelasan utama negara kita. Tak adalah kebuntuan nk berborak dengan brader sebelah.
4. Hendaklah dimaklumkan,waktu solat paling kelam kabut. Ambil wuduk awal.
5. Tak perlu kaler2 muka kecuali nak lepak ngan geng Harimau Muda supporters.hehe.bukan apa.. leceh korang nk basuh nanti.
6. Jangan cuba mengulas merapu dengan orang tak dikenali. Anda mungkin menyinggung seseorang dan mendedahkan diri anda dalam bahaya.
7. Sila biasakan diri dengan stail bolasepak tanah air. Kenyataan seperti ‘lambat,xmacam Drogba’ atau ‘rambut macam orang putih,main same je macam orang kite’ bakal menaikkan marah sekeliling.
8. Akan tetapi komen seperti ‘pandai gila berlakon,mcm Ronaldo’ dibolehkan sebab dianggap humor.
9. Sila makan awal, kalau tak anda hanyalah membantu perniagaan makanan sekeliling stadium yang belum tentu sedap,tapi dah tentu mahal.
10. Kalau menang, tolonglah jangan berarak di jalanraya. Kitorang pun sama menonton,penat dan nk pulang lekas. Janganlah bagi jam pulak jalan.

Sukar untuk menjangkakan kebanjiran Vietnam ke Bukit Jalil, tapi buat yang ada masa, marilah sama-sama memeriahkan Stadium. Stadium betul la,apa barang stadium astro. Jangan sampai kita tuanrumah,kita lagi sikit datang. Buat malu saja.

Posted from WordPress for Android

teratas

masih lagi bercerita tentang bolasepak tempatan. Dominasi Selangor masih diteruskan lagi dengan kegagalan Terengganu untuk merapatkan jurang mata. Selangor yang masih lagi dirundung kekecewaan untuk meraih piala FA, terus memantapkan lagi cengkaman di tangga teratas selepas menewaskan Perak 4- 1 di Shah Alam pada Jumaat lalu.

Amri Yahyah masih cedera dan seharusnya pada masa ini, peluang cukup terbuka untuk pasukan lain cuba mengekang asakan dari Selangor. Aksi menarik yang ditonjolkan oleh Fitri Syazwan dan Safiq Rahim antara punca Selangor masih mampu menyerang dengan baik. Semoga kita dapat meneruskan kemenangan dan jika rentak ini berterusan, kita tak perlu gusar siapa pun yang cuba menghampiri persada liga.

Perlawanan Piala AFC seterusnya aku nantikan.

Inter Milan, semakin bersedia untuk dinobatkan johan Serie A, selepas menewaskan Juventus minggu lalu. Juventus masih lagi menantikan kehadiran Rafa Benitez yang diharapkan sanggup berdepan dengan cabaran di Serie A. Baik sekali kalau kehadirannya dapat meraih minat Fernando Torres, yang nyata dapat membangkitkan kembali semangat The Old Lady, setidak-tidaknya untuk musim depan. Tolonglah encik Rafa, datanglah ke Juventus.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers