Autophagy adalah..
Autophagy- aku ambil nama ini sempena dengan nama blog aku dulu tu la. Maksudnya organel dalam sel itu diprogramkan untuk dicernakan oleh sel sendiri, untuk penghasilan organel-organel baru.
macam mana nak mula ye. Dulu aku dah pernah menulis blog kat server blogsentral.com. Tapi server tu dah kene spam dengan sangat teruk, dan tak dapat nak dihidupkan semula. Selama ini aku menanti-nanti kalau-kalau admin server tu dapat buat sesuatu untuk recover post lama aku. Dah lama dah tunggu, tangan pon dah gatal nak menaip, itulah sebabnya lahir blog ini.
Penulis sudah menamatkan pengajian dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Program Mikrobiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, akhirnya. Walaupun terlambat sedikit tapi syukurlah semuanya selesai. Menunggu konvokesyen Ogos ini. Masih belum mempunyai pekerjaan. Memilih? Haha.. Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam perkakasan komputer,permainan komputer, muzik dan yang terutama sekali, bolasepak. Nampaknya sesudah setahun aku tulis blog, aku masih tak penat-penat jugak. Makin perlahan, tapi masih bertahan.





salam ziarah..
saya betul berharap dapat kenali anda smsa ambil subjek microbe…=p
nisreen
November 20, 2007 at 11:09 am
sy sungguh tertarik dengan cerita sang penulis ini..oleh itu akan saya ambil sebagai satu model utk sy cernakan pada blog sy akan dtg..terima kasih penulis..=p
schlotzsky
Januari 31, 2008 at 9:50 pm
penulis ada parut di dahi..
shafiq
Julai 5, 2008 at 5:36 pm
parut itu adalah akibat daripada pukulan kayu hoki semasa penulis bermain hoki pd waktu riadah..
kesannya penulis tidak lagi bermain hoki selepas itu..
tp ini membuktikan dahinya amat keras kerana dpt menanggung pukulan itu walaupun terluka sdikit..yeahh
toby
Julai 5, 2008 at 8:59 pm