Selangor berdepan jadual padat Mac 2012
Februari 27, 2012 Tinggalkan komen
Hanya tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Liga Super bermula semula. Selangor akan berkunjung ke Stadium Darulaman untuk menyambung misi kejuaraan liga. Sudah tiada lagi alasan ‘tiada penyerang berbisa’ sesudah Bosko Balaban disahkan milik Selangor. Untuk menambahkan lagi rasa selesa penyokong, Bosko telah membuktikan kemampuan beliau menyudahkan gol kemenangan tempohari sekaligus menamatkan dominasi Kelantan ke atas Selangor dua musim kebelakangan ini.
Bulan Mac, kesibukan menanti skuad Selangor. Selepas Kedah, kemudian dituruti dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Sabah. Jadi kepada penyokong Selangor, jangan dilupa kita semua bakal turun ke Singapura beramai-ramai pada 20hb ini. Siapkan cuti awal-awal. Kesibukan Liga Super juga disulami dengan perlawanan Piala FA dalam bulan Mac. Diharap encik meneje kita dapat mempersiapkan semua pemain sebagai persediaan jika berlaku sebarang masalah kecederaan. Kita mesti nak menang semua tahun ni.
Jarang untuk aku menulis tanpa memberikan sebarang komen tentang pemain. Fitri Shazwan tampak semakin matang setelah diberikan peluang beraksi. Saiz beliau mungkin menjadi masalah jika diawasi oleh pemain berpengalaman namun disiplin kerja dia bagus. Masalah tipikal Selangor, Safiq Rahim masih tidak berubah tapi kerap pula menjaringkan gol disaat penting. Penjaga gol Norazlan masih belum membuktikan dia layak untuk diharapkan. Amri, terus terang sedikit kecewa dengan prestasi beliau. Tapi banyak magis kapten kita ni(Rujuk v Perak). Solihin aka K Soley juga masih tercungap cungap untuk mencapai tahap tertinggi. Secara kolektif, kegagalan skuad Selangor untuk mendapat tiga mata penuh pada perlawanan mudah menyebabkan kesangsian terhadap individu menebal dalam jiwa.
Bulan terakhir beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil. April nanti kita pulang semula ke kandang rasmi Stadium Shah Alam. Mampukah Selangor mendahului liga Super sebelum separuh musim tamat?


Yang suka mencelah