Selangor #10 : Bosko Balaban
Februari 5, 2012 Tinggalkan komen
Optimis.
Sejarah beliau agak panjang, namun yang menyerlah ialah ketika beraksi sebagai penyerang di Club Brugge dan Dinamo Zagreb. Berusia 33 tahun, setinggi 180sm dan kelibatnya nampak cukup tangkas untuk Liga Super. Beliau harus membuktikan kemampuan beliau dalam perlawanan kompetitif pertama beliau menentang Lions XII, di Bukit Jalil Rabu depan.
Pesimis.
Tidak pasti apa impian beliau untuk beraksi di rantau ini. Di pihak Selangor, memang mengharapkan beliau menjaringkan gol, namun terus terang cakap gaji beliau tidaklah setinggi mana. Selangor juga bukanlah prospek untuk beraksi di peringkat Asia. Takkan masuk Selangor kerana sudah tidak mampu/berpeluang main di liga lain?
Neutral.
Kalau tak salah Rabu depan perlawanan Selangor v Lions XII ada ditunjukkan secara langsung. Tak sabar rasanya nak menonton gandingan Amri dan Bosko Balaban. Sama-sama la kita menilai kualiti yang ada pada Bosko yang berpengalaman beraksi di Piala Dunia 2002 dan 2006 ini.


Yang suka mencelah