Tak Lama Dulu
Julai 1, 2011 1 Komen
Berapa ramai orang ambil tahu tentang bolasepak tanah air kita, ketika ini? Jawapannya, memang ramai. Taksub juga aku mengingatkan beberapa mulut mulut yang tak pernah kagum, malahan tak lama dulu mencaci hina pemain tanah air kita tapi sekarang memuja.
Aku? Masih mencaci hina, namun sokongan aku kau semua tak boleh pandang ringan. Sampai sekarang aku hina siapa yang menyarung jersi kebangsaan tapi main macam tu juga. Tak ada peningkatan prestasi kendiri. Secara kolektif ya memang aku tak nafikan kita sudah mengibar bendera Malaysia gah sana sini tapi cuba renungkan adakah kita sebagai pemain sudah buat yang terbaik untuk negara kita.
Sedar tak masalah stamina masih menghantui skuad kebangsaan kita? Asal sampai minit 65 mentaliti pemain kita sudah mahu rehat, dapat sampai 70 prestasi semakin merudum. Disiplin ini yang sukar untuk kita lengkapkan. Syukur kita boleh bertahan sampai minit 90. Sekarang yang paling nampak, Malaysia atau Harimau Malaya sangat kreatif dalam mencipta peluang, rembatan semakin deras.
Dulu bolasepak merupakan satu hiburan yang aku boleh wartakan sebagai persendirian, namun sekarang bolasepak tempatan bukan lagi hiburan aku sahaja. Ia sudah menjadi milik awam. Seluruh pelusuk Malaysia dahagakan kemenangan. Jadi harapan kami buat skuad Harimau Malaya pulang dengan berita gembira dari Taiwan. Selamat Berjaya!


agreed.