Bukan Piala Sumbangsih 2011
Februari 1, 2011 Tinggalkan komen
Beberapa perenggan di atas sudah disunting kerana didapati tidak menarik.
- Kempen Liga Super 2011 sudah bermula pada Sabtu 29.1.2011 yang lalu. Logo baru MSL sudah dilancarkan beberapa hari sebelum itu, tetapi masih lagi gagal dicetak di atas tiket berwarna merah jambu. Alasan?
- KAFA minta pembahagian 50-50, FAS patuh tapi masih gagal memenuhkan stadium. Kalau penuh takde sapa nak bising, sebab sekurang-kurangnya FAS beroleh sumber kewangan.
- Datang sokong Selangor, tapi menyarung jersi Liverpool,Man United, dan lain-lain yang berwarna merah. Sakit mata.
- Suntikan RM220 juta untuk MSL masih belum cukup lagi rupanya, dan ketamakan ini diterjemahkan kepada kenaikan tiket sebanyak rm5 sepanjang musim ini.
- 10 minit masa permainan yang dihentikan tidak akan sama dengan 10 minit tambahan masa kecederaan. Harap FAM ambil tindakan supaya tidak lagi berulang situasi seperti ini.
Oh! Jika masih belum perasan, suka untuk aku mengingatkan entri ini bertajuk “bukan piala sumbangsih 2011″.


Yang suka mencelah