Tips : Persediaan sebelum membuka PS3
Januari 4, 2011 1 Komen


Mula-mula sekali haruslah diingatkan, membuka PS3 anda bakal membatalkan waranti oleh Sony. Jadi, kalau kecut perut tak perlu susah hati. Aku tak pernah paksa.
Waranti anda adalah selama setahun. Ada juga yang bertuah, dapat ‘extended waranty’ 90 hari. Sila periksa di laman web Sony dan jika anda x pernah mendaftar, jangan risau. Anda memang ada satu tahun waranti.
****
Ok. Terus kepada peralatan yang perlu kau semua ada. Sila lihat gambar. Aku susun dari kiri bermula dengan pemutar skru phillips sederhana kecil, pemutar skru Torx, cecair pencuci lensa, putik kapas dan akhir sekali, pemutar skru mata rata saiz paling kecil. Fuh! siapa yang tak lulus Kemahiran Hidup memang tak boleh tulis senarai ni dalam BM.
Abaikan putik kapas dan cecair pencuci lensa itu kerana itu hanyalah untuk mencuci lensa blu ray. Pemutar skru mata rata juga hanyalah untuk membuka pemacu blu ray PS3 korang.
Untuk Torx, kita perlukan saiz T9. Aku ada ambil satu lagi gambar macro nak tunjukkan T9 kat situ.(Maaf la kalau x jelas. Telefon aku mod makro) Yang ini korang memang susah sikit nak cari sbb berdasarkan pengalaman aku, kedai hardware biasa pun x paham bila kau mintak pemutar skru Torx. Jadi bijak dengan pergi ke kedai DIY,ataupun google dulu gambarajah skema dan banyakkan bertanya ok?
Apapun pemutar skru torx ni memang banyak berguna dalam perkakasan elektronik. Tak rugi beli satu set. Tapi aku ada dua. Haha. Sebab aku tak jumpa yang lama.
Kalau da ada semua ni, apa lagi jangan risau korang boleh godek ps3 korang untuk segala tujuan. Sila cari panduan di youtube. Aku xde rakam tapi ada la snap gambar satu dua buat rujukan.
Posted from WordPress for Android


Pingback: Tips : macam mana aku cuci lens PS3 « Autophagy