Astro & Maxis taja RM220juta kepada MSL dan MPL
Januari 3, 2011 Tinggalkan komen
Selamat Tahun Baru 2011.
Tak sampai seminggu skuad kebangsaan membawa Piala AFF Suzuki pulang ke tanah air, cerita pasal bolasepak dah cukup rancak di kalangan mulut rakyat. Masa ini la semua nak bukak mata, terutamanya dapat cuti kan. Mesti diorang sekurang-kurangnya tertanya-tanya dapat cuti apa ni? Dan semasa orang menjawab tu terpublisiti sikit lah kemenangan skuad Harimau Malaya. Harimau Malaya janganlah ditukarkan kepada Harimau Malaysia, dulu kita tak pernah peduli pasal nama, semua orang bersatu je. Kalau tukar jugak nampak sangat la benda ini nak dipolitikkan jugak. Adui.
1. Cerita pasal Safee yang akan berpindah ke Indonesia
2. Senarai peserta MSL dan MPL. Liga Super menyaksikan tiga pendatang baru iaitu Harimau Muda A, Sabah dan ah cari sendiri.
3. Selangor pergi berlatih di Australia, yang menyebabkan berita perpindahan Safee hanya akan disahkan jadi atau tidak selepas mereka pulang ke sini pada 9hb Januari.
4. Perlawanan Piala Sumbangsih ditunda ke 29hb Januari (sebelum ini 8hb).
5. ASTRO dan Maxis menandatangani penajaan sebanyak RM30 juta setahun selama 4 tahun ditambah dengan RM100 juta lagi untuk pemasaran.
Rancak bukan?
Mungkin ini permulaan yang baik untuk dekad ini. Mungkin juga aku dan rakan-rakan tak boleh lagi tukar tempat duduk untuk separuh masa kedua sebab kehadiran penyokong yang bakal bertambah.


Yang suka mencelah