Malaysia 3 – 0 Indonesia

image

image

image

image

Tiga bebelan yang aku tulis sebelum perlawanan semalam. Tiga bai. Tiga bijik gol jugak Malaysia kenduri semalam. Syabas Malaysia.

Siapa kata bolasepak tidak romantis? Memang benar jerit pekik sepanjang dua gol, namun untuk gol ketiga, air mata aku mengalir. Seolah-olah klimaks sebuah kisah cinta bolasepak dan aku. Cukup indah, aku tersandar di kerusi. Sekeliling menjadi rakan. Semua bangsa seperti bersatu dibawah satu sumpahan tanah tumpah darah mereka.

Cukuplah bercereka.

Sejumlah 85 000 penyokong di stadium + seberapa ramai penonton di rumah, menjadi saksi formasi malam td. Pandangan belakang gol, aku sukar nak tafsirkan, tapi hampir 100% menyerupai apa yang aku dah bincangkan. Namun Idlan seperti diberi ruang yang luas untuk menyerang. Semua sektor kanan dan kiri pernah diterjah oleh beliau. Ketepatan meletakkan Kunanlan di sebelah kanan(separuh masa 2) dapat mengeksploitasikan pertahanan Indonesia.

Perhatikan ketiga-tiga gol yang dijaringkan. Semuanya bermula disebelah kiri. Sebenarnya aku ada sedikit musykil kenapa Rajagopal masih mengekalkan permainan ‘wide’ selepas rehat. Indonesia sangat sukar untuk ditembusi dari sisi. Tanpa kebijaksanaan Norshahrul Idlan Talaha(9) mengelilingi Rachmad, penembusan itu sukar berlaku. Sudahlah melepasi, membantu Safee pula. Boleh perhatikan beza bagaimana Kunanlan(16) begitu sukar sekali bergerak kerana diasak di sebelah kanan.

Pada firasat aku Indonesia sebenarnya paling lemah di bahagian tengah. Ini dibuktikan apabila Mahali(18) boleh melepasi 4 pemain sebelum melepaskan rembatan. Sayang, beliau tidak mampu jadi penjaring. Sedikit latihan teknik menjaring, mungkin? Hehe. Apapun, isi penting kat sini ialah, mereka sukar mengagak permainan dari tengah. Ini biasa terjadi apabila pendedahan kepada gaya liga Inggeris yang gemarkan serangan sisi. Akibatnya pertahanan juga terbiasa untuk disaratkan ke sisi. Sebab itu mereka kental di kiri dan kanan.

Contoh yang kedua terbaik ialah dominasi Safee(10) dan Idlan(9)  membuat rantaian 1-2 yang berkesudahan dengan sepakan sudut.

Namun permainan sisi ke tengah ke, tak penting lagi sebab sesudah gol pertama, pemain Indonesia dah sentap. Jadi segala yang dikawal sebelumnya mula longgar kerana ingin membuat serangan balas.

Satu lagi kelemahan utama Indonesia ialah b ola di atas udara. Kecemerlangan pertahanan Malaysia di bahagian udara banyak mengagalkan serangan Indonesia. Syabas Fadly(27) dan Muslim(24). Kekurangan mereka di udara juga punca Safee Sali(10) berjaya menanduk masuk gol ketiga.

Permainan silang, kepantasan, ketangkasan, kejituan, semangat kerjasama, perjuangan udara adalah faktor kepada kemenangan malam tadi. Penyokong? Faktor ekstrinsik. Apapun terima kasih semua penyokong kerana bersama dengan pemain malam tadi.

Kalau tengok gambar tu ada penyokong Indonesia kan? Ya anda x salah pandang, saya peneroka kawasan tu sebelum ada penyokong Malaysia. Lepas gol ketiga sektor ini sudah penuh penyokong Malaysia.

Tunggu piala balik Malaysia 29hb ni. ;)

Posted from WordPress for Android

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

3 Responses to Malaysia 3 – 0 Indonesia

  1. gantang berkata:

    malaysia terbaek…
    sangat puas hati dengan kemenangan smlm…
    letih gle sorak tp puas sgt3…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers