Bebelan 3 : Boleh terbakar macam ni punya panas
Disember 25, 2010 Tinggalkan komen
Yang ni mungkin bebelan terakhir, sebelum perlawanan dimulakan esok.
Semalam di dalam berita ada dengar ura-ura pasal orang Malaysia yang sanggup jual tiket kepada warga Indonesia semata-mata nak dapatkan duit cara mudah. Silalah faham kita dah hadkan tiket untuk penyokong pelawat hanya boleh didapati di Kedutaan sahaja dan jumlah bilangan terhad kepada 15k keping sahaja. Abis kalau kau buat freelance jual tiket tu kat pelawat, tak ke kehadiran diorang jadi lebih daripada yang sepatutnya? Bangang!
Ah sudahlah, benda dah lepas. Sementara aku cakap ni pun ada yang tengah menjual tiket final Piala AFF tu.
Sementara aku tgh ada mood ni, nak memuji lah sikit. Terus terang, aku sangat suka liputan berita untuk beberapa hari kebelakangan ini. Memang asal bahagian sukan sahaja, mesti ada sikit-sikit input dari skuad kebangsaan kita. Radio pun sama, baik hitz.fm ataupun hotfm, masing masing tanak ketinggalan tunjukkan sokongan yang padu pada skuad negara. Ini semua macam satu kesan domino juga. Sikit sikit.
Apa lagi yang boleh kita perbaik sekarang ni? Pasukan polis baik dari segi keselamatan, ataupun kawalan trafik. Polis trafik boleh terus buat pengumuman kat tv, pasal jalan mana akan ditutup, atau sebagainya. Contoh info yang paling best ialah bagi terus layout parking. Kalau nak pulang menghala ke selatan, sila parking kereta di lot sekian sekian. Camni baru la nak keluar teratur. Scotland Yard ada signboard “road closed, football match in progress” kalau ada kat sini memang mantap!
Selepas ini, sembang formasi pulak ah. Tak nak bebel2 lagi.
Posted from WordPress for Android


Yang suka mencelah