Bebelan 2 : Senarai kemungkinan kesebelasan utama di Bukit Jalil

Khairul Fahmi (GK), Fadly, Muslim, Mahali/Sabre, Asrarudin, Safiq (KP), Amar/Amri, Kunanlan/Muhymeen, Amirulhadi, Safee, Shahrul Idlan.

Tak sangka aku boleh ingat semua. Haha. Ini mungkin adalah yang terbaik untuk kita pada perlawanan akhir pertama. Walaupun masalah kecederaan melanda Amirulhadi, tapi aku rasa beliau sempat sembuh. Sungguhpun aku tak berapa gemar dengan aksi beliau, namun apa yang ditunjukkan semasa pertandingan ini memuaskan. Dan aku tak rasa ada orang lain boleh galas tugas sayap kanan selain dia..setakat ni la.

Disamping Amirulhadi, Khyrel Muhymeen juga cedera. Walaupun Muhymeen lebih stylo, Raja lebih suka Kunanlan main peranan sebelah kiri. Mungkin Kunalan boleh bertahan dan pantas terlibat dalam asakan semasa menyerang. Muhymeen pula lebih tenang dalam asakan, kurang menggerunkan pihak lawan, mungkin?

Nak selit di sini ialah masalah bola mati. Sepakan sudut adalah sangat hambar. Perlu difahamkan, sepakan sudut pendek sepatutnya jadi satu alternatif kepada serangan. Tapi apa yang skuad kebangsaan kita buat, jadikan ianya sebagai rutin. Bosan! Tak ada taktik? Safiq dan Amri sudah membuktikan keberkesanan mereka dalam kempen Liga Super. Angkat bola ‘near post’ lepas tu hayun kasi geletar lutut keeper. Ada rezeki masuk, tak ada cuba lagi.

Tak boleh bebel panjang. Tiket pun aku tak ambil lagi.

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers