PS3 Blu Ray Lens Cleaner
Disember 18, 2010 1 Komen

Setelah sekian lama aku menghadapi masalah dengan ps3 aku, kejap boleh baca blu ray,kejap tak.. dah macam2 cara aku buat untuk perbaik. Tapi inilah yang paling mahal. Harga disc bodoh ini RM37 sekali dengan kos penghantaran.
Nak dijadikan cerita, benda ni tak ada effect pun kepada pemacu blu ray ps3 aku.
Firasat aku ialah, kalau korang ada benda ni dari awal, mungkin sangat berguna. Tapi kalau korang dah menghadapi masalah, tak payah la pakai benda ni. Benda ni bukan untuk membaiki, dia hanya boleh membantu mencegah lensa blu ray tu jadi ultra kotor je. Kalau dah asyik masalah loading tu, maksudnya lensa anda sudah kotor. Jawapannya aku cadangkan cuci lensa korang secara manual.
Alah jangan la takut sangat. Ia hanyalah….20+ skru sahaja. Dalam masa setengah jam dah boleh buka.


Pingback: Tips : macam mana aku cuci lens PS3 « Autophagy