Malaysia 2-0 Vietnam

Satu perlawanan yang cukup meriah. Satu perubahan sikap datang menonton di stadium oleh penyokong-penyokong bolasepak tanahair. Sebelum ini,kehadiran purata hanyalah sebahagian stadium, tetapi malam semalam sekeliling penuh. kita kene berterima kasih kepada penyokong skuad pantai timur kita.

Sistem barkod pada tiket berfungsi! Nak masuk kena scan tiket. Walaupun aku tak kagum dengan teknologi ini, tapi aku puji usaha yang dilakukan untuk menampakkan keseriusan pembangunan bolasepak tanahair. Pemeriksaan badan juga dilakukan sebelum kita boleh lepas masuk.

Beralih ke cerita perlawanan. Satu malaysia dah menonton gol Safee Sali. Barangkali dah muak kot tengok ulang tayang? Haha. Disebalik keghairahan menang semalam, secara realitinya ada beberapa kelemahan yang tidak dimanfaatkan oleh Vietnam.

Vietnam bermain luas,dari hujung kiri hingga hujung kanan hanyalah satu hantaran panjang yang hampir 100% tepat. Malaysia nampak seperti koyak di tengah apabila berhadapan dengan serangan dari Vietnam. Disini masalah utama aku perasan ialah pressure terhadap penyerang amatlah lemah. Kalau memang tak buat, kita bolehlah kata kita memang xrancang nk pressure. Tapi nampak jelas kita x mampu nk buat. Mungkin pertahanan perlukan bantuan seorang lagi pemain tengah.

Malaysia kuat mengasak, tapi lambat turun untuk bertahan. Nampak lompang kat tengah makin rabak. Ini terjadi dari awal. Kuna, Safee, Idlan, Amirulhadi. 424 semasa menyerang, 4 yang atas tu kekal samapai la diorang puas. Walaupun defend terkedek-kedek main kat bawah ni. Chain of supply nampak putus sudah.

Satu lagi yang utama. Masalah passing kita. Keypasses semua kena pancung. Punca kena pancung? sebab dua perkara atas nilah. Kita tak punya kederat atau teknik nak main long ball sepanjang game. Apakata kita perbaiki dengan main simple play. Mintak,pass,pass,pass,shoot. Ni tidak, kita mintak,selagi x kena asak sampai nak terlepas, jatuh minta freekick@ terlepas dan menyusahkan pemain lain.

Puji Safee untuk 3 gol beliau,walaupun satu tak diterima. Usaha tu nampak. Khairul digawang juga mantap. Fokus beliau membantu menyelamatkan semua percubaan Vietnam. Puji kehadiran penyokong.

Harap kita bermain dengan baik Sabtu ini. Barisan pertahanan muda kita bakal diuji dengan serangan mental. Kalau terganggu, kat sinilah kita boleh buat silap bodoh dan membantu penyerang Vietnam. Semoga langkah kita yang ke akhir mudah.

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

One Response to Malaysia 2-0 Vietnam

  1. huhalalala berkata:

    saya angkat tangan setuju.. heheh anyway gud luck malaysia di vietnam pula…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers