10 panduan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki
Disember 11, 2010 2 Komen
Masa kita belasah Laos tempohari aku terus demam. Terkejut dengan keputusan itu kah? Haha. Apapun aku xmengulas sebab coverage blogosphere dah meluas. Kecewa sket sebab dalam banyak media kita berterima kasih kepada Bambang.
Sebelum ke stadium bukit jalil untuk perlawanan separuh akhir ni, bolehlah baca panduan ini.
1. Dapatkan tiket awal? -xperlu..tiket takkan habis.
2. Kalau tak ada jersi Malaysia,belilah satu. Kalau xnak beli, pakailah kuning ataupun biru sudah mencukupi. Jangan pakai jersi kelab2 Eropah pula. Macam takda tempat lain kau orang nak pakai.
3. Cuba ambil tahu sikit barisan kesebelasan utama negara kita. Tak adalah kebuntuan nk berborak dengan brader sebelah.
4. Hendaklah dimaklumkan,waktu solat paling kelam kabut. Ambil wuduk awal.
5. Tak perlu kaler2 muka kecuali nak lepak ngan geng Harimau Muda supporters.hehe.bukan apa.. leceh korang nk basuh nanti.
6. Jangan cuba mengulas merapu dengan orang tak dikenali. Anda mungkin menyinggung seseorang dan mendedahkan diri anda dalam bahaya.
7. Sila biasakan diri dengan stail bolasepak tanah air. Kenyataan seperti ‘lambat,xmacam Drogba’ atau ‘rambut macam orang putih,main same je macam orang kite’ bakal menaikkan marah sekeliling.
8. Akan tetapi komen seperti ‘pandai gila berlakon,mcm Ronaldo’ dibolehkan sebab dianggap humor.
9. Sila makan awal, kalau tak anda hanyalah membantu perniagaan makanan sekeliling stadium yang belum tentu sedap,tapi dah tentu mahal.
10. Kalau menang, tolonglah jangan berarak di jalanraya. Kitorang pun sama menonton,penat dan nk pulang lekas. Janganlah bagi jam pulak jalan.
Sukar untuk menjangkakan kebanjiran Vietnam ke Bukit Jalil, tapi buat yang ada masa, marilah sama-sama memeriahkan Stadium. Stadium betul la,apa barang stadium astro. Jangan sampai kita tuanrumah,kita lagi sikit datang. Buat malu saja.
Posted from WordPress for Android


mintak tiket dikurangkan..tambah2 kat grappers yg nk tengok mane de duit..huhu
Ntahla apa nak jadi,tiket mahal2 pun xkemana