Indonesia 5 – 1 Malaysia

Ketika Malaysia kalah 5-0  dengan UAE semasa di bawah kendalian B Sathianathan, aku faham reaksi semua orang. Berang bukan? Apa bezanya dengan kekalahan kita di tanah seberang? Mula-mula sekali aku harap semua yang lepak sini bukan tempat kutuk2 negaraku. Lebih2 lagi orang dari negaraku sendiri.

Pada hemat aku, permainan dimulakan dengan rentak yang begitu pantas. Malaysia tidak mengambil masa yang panjang untuk mengadaptasi terhadap rentak itu. Masa ini aku dapat perhatikan semuanya berkesan. Walaupun kita diserang, namun barisan pertahanan kita bersedia dengan cukup baik.

Teknik dan kepantasan Safee Sali telah membantu beliau melepasi penanda beliau, dan hasil lorongan kemas terhadap Norshahrul Idlan Talaha, disambung dengan volley. Gol yang cukup cantik untuk dikenang.

Sekarang, ini semua tidak akan berlaku tanpa keberkesanan di bahagian pertahanan dan tengah. Yelah, macammana nk counter attack kalau kat bawah berterabur. Tanpa ragu ragu aku dah boleh mengagak keputusan akhir. Samada menang 2-0 atau seri 1-1.

Ketiadaan Aidil Zafuan, membolehkan kebanyakan pemain Indonesia yang pantas dan lincah bergerak bebas. Sebab Fadly dan Muslim tu belum cukup mantap. Memang boleh, tapi sampai bila? Minit ke 22 hukuman terhadap defend kita dah sampai. Gol sendiri oleh Asrarudin. Aku bela Asrarudin, kita boleh lihat dalam awal permainan beliau mengasak sayap kanan dengan cukup baik, sehinggakan serangan oleh Indonesia di tukar ke sebelah kiri. Dan mereka berjaya. Ofto betul-betul mengajar Razman Roslan bermain di peringkat antarabangsa.

Amri, aku rasa dia dah semakin sukar untuk menyesuaikan diri. Bukan aku menafikan kehebatan beliau, tapi serius bai, ni dah macam bukan Amri. Yeke? Haha. Taklah..Dia main tengah sebab itu kau orang tak nampak peranan dia. Kau orang nak midfield lari dari tengah sampai dekat dengan gol, pastu terus skor, tak dapat la. Malam ni amri macam ‘the Makelele role’ dalam ZonalMarking. Tapi aku tak rasa la Rajagopal suh dia wat camtu. Cuma dia punya inisiatif la kot. Kot.

Masa permainan dah dekat menjangkau 70minit, kedudukan dah 3-1. Dan aku rasa emosi,mental dan fizikal kita sampai ditahap itu sahaja. Memang terbukti. Walaupun suntikan tenaga oleh Amar Rohidan dan Ashaari menggantikan Amri dan Razman, namun itu hanyalah 20% sahaja tenaga baru. Yang lain da bersabung nyawa. Kecuali Safee la, sebab beliau mana turun bawah. Minit 76 bolos dan minit 92 bolos lagi satu menyudahkan Malaysia dengan keputusan akhir 5-1.

Pertemuan dengan Thailand lagi 2 hari. Segala post mortem daripada perlawanan hari ini, aku rasa dapat membantu kita. Dengan prestasi serangan malam td, bolehlah kiranya kita eksperimen sket dengan formasi baru. 4-3-3 ke? Haha memang tak dapatla. Ini pertandingan bukan persahabatan. Apapun tunggu dan lihat.

Posted from WordPress for Android

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

2 Responses to Indonesia 5 – 1 Malaysia

  1. kokon berkata:

    huhh..xsangka result sebegini jdnye..defender kurang mkn zat besi ke mcm lembik je nak beat striker indon..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers