Final Piala Malaysia 2010
November 1, 2010 Tinggalkan komen
Luarbiasa bagi aku untuk menulis tentang isu bolasepak negeri lain,tapi suka hati aku untuk mengiktiraf perlawanan akhir semalam sebagai berjaya. Inilah martabat bolasepak kita yang harus kita junjung.
Bagi yang berpeluang menyaksikannya secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, syabas!! Anda telah menyaksikan sejarah tercipta, bukan hanya kerana Kelantan menjulang PM 2010 tetapi anda sendiri dapat merasakan betapa agungnya perlawanan itu. Dengan kapasiti stadium yang penuh anda semualah punca prestasi permainan yahg sangat menarik.
N9 menerunkan barisan terbaik daripada apa yang tinggal setelah masalah kecederaan menghantui skuad Wan Jamak dari awal musim. Manakala skuad Sathianathan, memang mengatasi jangkaan aku. Tak ku sangka mereka dapat menewaskan Selangor dan sekaligus merangkul piala berprestij di tanah air kita ni.
N9 bermain dengan baik di separuh masa pertama. Peluang untuk sepakan penalti disempurnakan dengan baik walau terpaksa untuk diambil dua kali. Prestasi hambar mereka di separuh masa kedua bukanlah salah skuad mereka. Pujian harus diberikan untjk barisan tengah skuad Kelantan. Pada hemat aku, barisan tengah ini cukup matang.
Memang barisan tengah inilah juga yang menghancurkan harapan skuad merah kuning. Pressing.yang cukup cemerlang menyebabkan hantaran pendek sukar untuk sampai kepada penyerang. Kepantasan dalam membuat keputusan yang diterapkan oleh Sathianathan juga membantu mereka menghasilkan counterattack yang berkesan.
Skuad hoben pun mantap, dan walaupun aku memuji melimpah kepada kelantan, sebenarnya masalah utama mereka di barisan belakang. Terlalu aktif menyerang memungkinkan serangan daripada penyerang muda skuad hoben. Jika Zaquan tidak direhatkan, aku rasa mungkin keputusannya berbeza.
Tempo perlawanan harus juga dipuji, terima kasih kepada pengadil Suhkhidin yang berjaya mengikut rentak malam semalam. Beberapa insiden buang masa masih berlaku namun ketegasan beliau tampak mengawal suasana.
Kelantan sangat berkesan main wide…dan aku rasa itu sesuatu yang K Devan perlu fikirkan sebelum takhta juara liga super jua dirampas Kelantan tahun depan. Harap2 masa sumbangsih nanti Selangor sudah bersedia.
Tahniah Kelantan, jumpa lagi tahun hadapan.


Yang suka mencelah