Selangor Penat? versi 2010

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 bakal berlangsung di stadium Shah Alam, namun tanpa kelibat tuan rumahnya sendiri.  Salah siapa?

Menjuarai kumpulan dengan mata penuh, tetapi kecundang mudah 3-0 di Kota Bharu, malah kemarau gol di Shah Alam cukup untuk menundukkan Selangor daripada melayakkan diri ke final tahun ini. Banyak faktor; atau boleh dikatakan alasan untuk perkara ini… namun mengapa cari alasan? Tiada maaf sebenarnya untuk Selangor tak layak ke final PM tahun ini.

Penat? Memang penat. kami penyokong pun penat apatah lagi pemain. betul tak? Selasa main, Khamis pegi Kelantan, Jumaat lawan Kelantan, pastu balik Selangor, tak sempat rehat, mengadap pilihan Singapura. Pergghhhhh!

Squad rotation. Satu aspek yang dipandang enteng oleh K Devan. Semua penyokong Selangor harus setuju dengan ini. Kesemua pemain yang sama akan kekal sebagai ‘starting lineup’ jika tiada masalah kecederaan @ displin, atau panggilan oleh skuad negara. Hardi Jaafar, Safee Sali, Amirul Hadi, Khairul Anuar Baharom hanya berehat ketika mereka digantung perlawanan.  Amri Yahyah, cedera di Stadium Paroi membolehkan beliau melepaskan tanggungjawab kapten kepada P Gunalan. Safiq Rahim, walaupun dalam minggu yang sama beliau bermain untuk negara, beliau tetap beraksi untuk liga domestik mewakili Selangor. Nah, mana bakat-bakat pemain simpanan? Takkan K Devan tak rasa mereka boleh menggalas sedikit beban pemain utama? Didiklah, kasi motivasi ke apa yang patut untuk beri semangat kepada pemain simpanan baru mereka boleh cemerlang…kan itu tugas jurulatih…. pemain-pemain yang dibawa masuk tahun ini… dah bawa masuk tak pakai plak.

Jangan salahkan jadual perlawanan yang ketat. Kalau kita amalkan squad rotation yang berkesan, aku rasa tak ada masalah.. Kalau sebab pemain simpanan kita tak mantap, tahun depan buang. ambil yang bagus.  Memang pengadil itu salah bagi kad merah kepada P Gunalan, tapi kita lagi salah sebab kita yang benarkan Kelantan ratah kita  masa di Shah Alam. Kelantan pun main sepuluh orang, namun mentaliti mereka diterjemahkan dalam bentuk permainan, cantik dan berkesan.  Kenapa? Psikologi? Sudahlah, kita punya penyokong lagi ramai dari Kelantan malam itu, buat malu saja tengok pemain kita segan di depan pintu gol lawan.

Jauh dalam sudut hati aku, aku pasti ada sesuatu yang hilang dalam diri juara ini. Menang liga, namun gagal kedua-dua piala? kalau tambah AFC, 3 piala.. Adakah… mentaliti pemain Selangor tak bersedia untuk beraksi secara kalah mati? atau x berani berhadapan dengan penyokong sendiri? Adakah kita sebagai penyokong secara tidak sedar menjadi penyumbang kepada “attribute assassination” pemain Selangor? Lihat saja bagaimana Akmal Rizal Rakhli. Mantap gila sekarang…cemerlang, jauh panggang dari api kalau dibandingkan dengan penghujung karier beliau di Selangor.

ps: aku x bersedia untuk Selangor kalah awal. terkedu sekejap aku masa tengok Selangor kalah di suku akhir. bendera dan topi masih lagi terlipat dalam kereta tak bawak masuk rumah. kecewa punya pasal. taktik jangan tanyalah. aku tengok sepuluh minit terakhir.

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

One Response to Selangor Penat? versi 2010

  1. gantang berkata:

    kecewa gler kot…selangor x amek peluang time men kt s.alam…kelantan bertuah sbb time men kt kb,1 stadium penuh ngn fan drng je…mmng semangat abes drng main n dpt jaring 3 gol…time seri 0-0 kt s.alam,ak dh kecewa dh sbb leh rse yg selangor akan kandas…pegi jgk la tgk lwn sngpore utk mengubat kekecewaan piala malaysia,tp sayang,dikecewakan sekali ag…mmng penghujung yang mengecewakan…full stop…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers