Playstation Move, Nintendo Wii & Xbox Kinect

Sila cari di Youtube untuk paparan video PSMove dan Xbox Kinect. (atau Wii untuk sesiapa yang tak pernah tengok)

http://us.playstation.com/ps3/playstation-move/

http://www.xbox.com/en-US/kinect

Nintendo Wii sudah keluar dekat dua tahun lebih, siap ada modchip yang membenarkan kita beli game tak tulen, dan keseronokan Wii, mencetuskan idea yang lebih menarik untuk kedua-dua pesaing besar industri, Microsoft dan Sony turut serta. Semangat tak nak kalah. Kita ketepikan Nintendo Wii, kerana kualiti gambar yang tak HD memang sangat memadamkan api semangat sesiapa pun.

Playstation bakal melancarkan Move pertengahan September ini, manakala Xbox pula sudah membariskan Kinect dan pelbagai jenis tajuk untuk dipasarkan November nanti. Move secara asasnya adalah sama seperti WiiMote, cuma deria external itu digantikan dengan EyePet untuk mengesan pergerakan kita dengan lebih jitu. Selebihnya seperti PS3 biasa. Bateri terbina dalam? terpulang pada individu. Mungkin ada yang terbeban, mungkin tidak. Xbox Kinect pula adalah idea genius mana tak tahulah, tapi mengamalkan prinsip yang hampir sama dengan deria external Wii, cuma tanpa memerlukan WiiMote. Yang paling tak tahan ada pula mod arahan suara.

Bayangkan kau tengah sedap-sedap main, orang lalu…. “Xbox, Pause!” saja nak kacau. Kalau sekali ok gak, buatnye banyak kali, mau kene pause die tu..

1. Harga

-PS Move RM300 lebih kurang. Xbox Kinect RM 600. Tapi untuk setiap pertambahan pemain, PS Move kene tambah lagi RM180. Xbox Kinect xyah, pun aku taktau berapa limit dia. Kalau tengok promo video dia, baru dua orang.

2. Kualiti

-Kalau tak cuba, semua company leh cakap dienye produk lagi best. Tapi aku rasa Xbox Kinect lebih selesa sebab tak perlu pegang apa-apa kot + tak perlu nak caj bateri apa-apa.  Tapi, sepatutnya PS Move lebih baik. Sepatutnyalah. Alasannya, yelah kalau kita wat perbandingan dulu-dulu pun memang pemproses dan segala komponen dalam dia dah kalahkan Xbox. Sayangnya negara kita tak ada Games Fair untuk kita try benda-benda camni sebelum beli.

3. Output

-Ikut selera dan bajet masing-masing nak pakai output apa. Tapi kalau boleh dah xpakai tv definisi biasa dah la.

4. Tajuk yang sedia ada

-PS Move dah ada tajuk yang tinggal update sahaja untuk main (Heavy Rain) dan ada lagi 15 yang korang boleh main. Aku tengok senarai untuk Xbox Kinect lebih kepada menari dan senaman sahaja. Apa pun, bergantung kepada kolaborasi diorang dengan studio yang buat tajuk tu jugak di masa akan datang.

Dalam benak aku, sebenarnya Sony dengan Microsoft ni hanya nak korek poket kita sahaja. Jual pakej-pakej tambahan ni. Kan bagus kalau R&D mereka terus letak je ni semua dalam PS4 dan Xbox 720? Selagi kita tak kacau market dia, selagi tu la x keluar generasi baru konsol ni. ( atau dengan kata lain, selagi industri penggodam gagal tutup periuk nasi diorang. )

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers