Rumusan : Selangor sekitar LSM 2010 dan Piala AFC 2010 – I
Ogos 24, 2010 Tinggalkan komen
Dalam kesebelasan utama Selangor, sepuluh tempat sentiasa diolah disepanjang musim oleh Devan kerana pelbagai alasan, antara yang utama ialah tindakan displin. Malah, K Devan sendiri juga pernah mengalami penggantungan daripada menghadiri perlawanan. Tengok, bukan dia sahaja mengolah pasukan, dengan dia sekali jadi mangsa olahan. Hamsani Ahmad, sebagai penjaga gawang Selangor jarang digantikan oleh Iqbal Suhaimi, cuma beberapa perlawanan akibat dari kecederaan kecil. Dan aksi Iqbal juga tidak mengecewakan, sudah dibincangkan dalam entri lepas. Jadi di entri ini, aku ingin menyingkap kembali kenangan semusim di Stadium Shah Alam dengan fokus pemain ‘outfield‘ Selangor.
Pertahanan
Di sepanjang musim, kita pasti disajikan dengan kelibat Khairul Anuar Baharom dan Mohd Nasriq Baharom yang akan diapit oleh Mohd Razman Roslan di sebelah kanan dan P Gunalan di bahagian kiri. Seringkali dengan barisan ini, mereka berjaya menangkis serangan daripada pencabar-pencabar utama dalam Liga Super. Kegagalan mereka dapat diperhatikan apabila menentang lawan daripada luar ( AFC Cup ). Memang benar, kita berlawan dengan pemain import, namun bukan ketangkasan mereka yang aku bandingkan, komunikasi antara barisan bawah sangat kurang sehingga menampakkan kelonggaran yang dieksploitasi mudah oleh lawan dari Piala AFC. Selangor kalah mudah 0-4 kepada Sriwijaya, 0-0 dengan Binh Doung dan menang 5-0 dengan Victory SC. 1 menang, 1 seri dan 1 kalah. Rekod ini tampak bagus, malah dengan beberapa mata lagi sudah cukup untuk melayakkan Selangor ke pusingan kalah mati. Namun apa yang berlaku? Di kandang lawan, Selangor memboloskan 12 lagi gol. Sedikit pertukaran dapat merancakkan pertahanan, mungkin? Asrarudin, dan Zaiza serta D Surendran merupakan baki pertahanan yang sering dibangkukan. Rata-rata peminat Selangor pun tidak akan bersetuju, namun ketiga-tiga mereka ada masa yang boleh dibanggakan. Lewat usia beliau, D Surendran bukan lagi faveret untuk bermain di sisi. Namun kelibat beliau yang bertugas sebagai WB di kiri atau kanan perlu juga apabila hantaran-hantaran oleh pemain sayap Selangor gagal mencari sasaran ( Safee atau penyerang X ). Ketangkasan kini bukan lagi satu sifat beliau, namun hantaran beliau mampu sampai jauh ke seberang sana dengan er.. >75% tepat. Asrarudin di sebelah kiri, pemerhatian beliau terhadap permainan sukar untuk aku tafsirkan. Impak beliau mungkin dalam menghantar bola ke bahagian tengah dengan cepat. Zaiza? Jarang diturunkan, senang untuk dilabel sebagai pertahanan Selangor yang paling lemah sekarang, tapi siapa tahu saban tahun perkembangan beliau akan ternampak jua. Apalagi dengan kelibat Nasriq Baharom dan Bunyamin Umar bakal ditagih oleh Malaysia, maka kelesuan oleh Nasriq bakal membuka ruang baru untuk Selangor kalah Zaiza membentuk peribadi pertahanan yang lebih baik.
Saat terbaik. Selangor 4 – 1 N9. Saat terhancur. Terengganu 4-0 Selangor. lawan tempatan yang berjaya membuli Selangor.
Tengah


Yang suka mencelah