Rumusan : Selangor sekitar LSM 2010 dan Piala AFC 2010 – II

Tengah
Kalau kita dok perati dengan teliti, secara amnya, pemain-pemain tengah kita nampak kurang bermasalah. Secara amnya jugak, Amri Yahyah yang memimpin barisan tengah Selangor menggalas tugas dengan baik. Membantu dari segi jaringan, hantaran kemas, ‘positioning‘ memang cukup. Tapi benarkah Amri mempersembahkan permainan beliau yang terbaik di barisan tengah? Tentang ini, kita kena tengok dahulu samada keempat-empat barisan tengah (ketika menyerang) cukup serasi. Satu terminologi menarik untuk aku ceritakan iaitu “bola secondhand“. Mungkin tak berapa tepat, tapi berlaku apabila pemain sayap Selangor tak kira kiri atau kanan terlalu lama memegang bola. Kesudahannya, hantaran pendek ke Amri untuk melepaskan tanggungjawab. Kualiti bola ini seringkali tak menjadi apa-apa sebab Amri yang dah sebatu ke hadapan dan terpaksa patah balik untuk ambil.

Kehadiran Safiq Rahim pada mulanya aku ragui, namun pertengahan sampai penghujung musim liga beliau berjaya mengambil alih tugas Amri jika sekiranya tugas Amri diperlukan di bahagian atas (4-3-3). Safiq dan Hardi Jaafar beserta Bunyamin di barisan pertahanan merupakan satu rantai pendorong yang baik. Tak tahu kenapa, tapi setiap perlawanan, keberkesanan hantaran mereka di tengah lebih baik dalam serangan berbanding dengan serangan di sayap. Hardi yang sering dinamik, cukup berselera merembat daripada jauh, tetapi Safiq lebih selesa mencipta ruang dengan hantaran satu dua dengan sesiapa yang bersedia. Malah Gunalan dari bawah banyak membantu beliau untuk mencapai matlamat kreatif beliau. Liew Kit Kong? Gol separuh lipat yang satu tu untuk beliau kenangkan musim ini. Selebihnya, beliau hanyalah sekadar menampung kekosongan akibat kecederaan. Tangkas juga, cuma tak berapa efektif. Perlukan lebih persefahaman. Tolong!

Lihat, di mana Amri? Dimana-mana! Jelas sekali peranan bebas yang diberikan oleh Devan, menyebabkan aku tak dapat nak letakkan beliau di satu pos tetap. Memang beliau sering memegang bola, dan tak ada masalah pulak tu. Bagus permainan beliau sehingga dapat tutup cacat cela posisi pemain lain. Beberapa perlawanan penghujung liga, kita dapat lihat prestasi beliau merosot sedikit, tak mahulah kelemahan ini diekstrapolasikan dalam Piala Malaysia nanti.

Selangor mempunyai definisi asas barisan tengah yang terbaik dalam LSM 2010. Syabas! Kita hanya boleh harap yang asas tu dinaiktarafkan kepada bijak, dan ketika itu kita boleh gah dengan lawan dari luar walaupun tiada pemain import.

Penyerang
62 gol dalam liga yang hanya ada 26 perlawanan? Hebat!  Tapi pada aku biasa-biasa sahaja. Tahun lepas pun lebih kurang tu. Safee Sali, R Surendren, Rudie Ramli dan Farderin Kader. Safee ‘maintain’ pos dia. Yang lagi tiga gilir-gilir rebut tempat baki. Takpun tunggu Safee keluar baru masuk. Masuk lambat, lambat la nak ‘adapt‘. Lambat la jugak nak mintak bola. Nasib baik kalau lawan dah lauk, boleh la nak tambah satu dua jaringan. Tak payahla panggil orang tu orang ni supersub, tak super mana pun. Biasa-biasa je.

Boleh tak pertingkatkan ketepatan dan bilangan percubaan gol? First touch aku tengok dah improve sikit, larian pantas dah ada, keyakinan untuk menjaring tu nampak lambat sangat. Kalau dah 1 by 1 tu balun sahaja. Jangan sebab takut tak masuk korang bertindak bijak buat yang bukan-bukan. Last-last tak masuk jugak. Haisy. Kepada penyokong juga, janganlah tahu nak maki hamun sahaja. Moral pemain jatuh kot. Tengok sahaja bekas-bekas penyerang Selangor, mantap-mantap, rembat letup-letup. Padahal masa lawan Selangor pulak tu. Berdendam dengan fan agaknya. Hahaha.

Diskusi dengan beberapa rakan mendebatkan perlukah Selangor bermain dengan 2 penyerang. Atau lebih? Secara peribadi, dengan barisan tengah kita sekarang, satu penyerang saja sudah mencukupi. Mungkin aku terkesan dengan persembahan Spain di WC 2010. Haha, tak lah. Apa yang aku perhati, lebihan satu penyerang kita ada selalu mengacau tempo Selangor. Dialah yang ofsaid, dialah yang yang buat ‘bola secondhand’. Kalau main satu penyerang, dalam minda dia dah tau dah. Aku dapat bola ni, aku kena jaringkan gol. Tak dapat, aku yang salah. Kawan-kawan dah buat kerja, aku kena buat kerja.

Sekian, seterusnya di bulan Oktober. Piala Malaysia 2010.

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers