Selangor 3 – 0 Pulau Pinang – LSM 2010
Julai 20, 2010 Tinggalkan komen
Selangor memulakan perlawanan dengan tempo yang agak tinggi. Kehadiran semula Hardi Jaafar selepas penggantungan beliau dalam beberapa perlawanan kebelakangan ni, nyata memainkan peranan besar dalam membentuk semula barisan tengah pasukan Selangor. Pulau Pinang berjaya mengasak Selangor untuk bertahan, dan menafikan beberapa serangan Selangor. Barisan pertahanan P.Pinang harus dipuji kerana acapkali menunjukkan disiplin yang baik dalam memerangkap Amri dan Safee offside. Tidak lupa juga pemain sayap mereka yang saya rasa agak laju di awal permainan, rancak mengatur gerak satu dua.
Nasriq, Amri dan Safee menyumbang gol untuk pasukan Selangor malam ini, dan semua ini bermula pada minit ke 70. Seperti mana mana pasukan yang cuba bertahan, kederat mereka akan berkurangan dan semasa jaringan oleh Nasriq ini, moral mereka diragut sama sekali. Sudah tenggelam kelibat pemain sayap P.Pinang menjelang lewat separuh masa kedua. Kemasukan D. Surendren yang perlahan juga dapat dirasai, bermakna memang tiada daya lagi mereka nak menentang Selangor. Satu dua percubaan, namun tiada yang berbahaya. Hamsani seolah-olah bercuti malam itu.
Selain daripada 3 gol yang dijaringkan, babak menarik yang diperhatikan ialah kelibat Safiq Rahim yang semakin bijak mencari ruang dan meloloskan diri. Permainan juga adalah seperti terancang, nampak kemas dari atas kerusi stadium yang aku perhatikan. Kita perlu pertingkatkan kemahiran dengan hantaran pendek untuk lebih berbisa.
Semakin menghampiri kejuaraan liga dengan berbaki 3 perlawanan dan mendahului 5 mata di atas Kelantan.


Yang suka mencelah