Penggulungan : Piala Dunia 2010

Juara : Sepanyol

Pemain Terbaik : Diego Forlan (Uruguay)

Penjaring Terbanyak : Thomas Mueller (Jerman)

temasya yang indah dimulakan dengan persembahan pembukaan yang mencerminkan wajah Afrika kepada dunia. Satu salam perkenalan yang pada ketika yang sama, dapat menggerakkan sedikit ekonomi Afrika. habis sahaja temasya, kita dihiburkan dengan persembahan tuan rumah yang pada ketika itu seri dengan Mexico. bibit demi bibit aku perhatikan dengan teman serumah. Masih memuji kehandalan mereka membaca gerakan lawan walaupun diasak kuat.

Memang astro menjanjikan 64 perlawanan. tapi aku x mampu menonton semua. Jadi, nukilan aku disini lebih kepada pasukan yang aku suka. Itali. Permulaannya nampak goyah, dengan kehadiran Fabio Cannavaro untuk mengemudi pertahanan. Kecekapan Buffon di gawang juga turut aku persoalkan. Namun, aku terpaksa akur dengan kehebatan Buffon setelah beliau diisytiharkan tidak dapat bermain untuk perlawanan kedua. Marchetti gagal menyempurnakan tugas beliau dengan baik walaupun barisan serangan Itali sudah semakin tajam. Akhirnya Itali terpaksa akur menduduki tangga terakhir kumpulan, walaupun jangkaan awal mengatakan agak mudah untuk mereka melepasi kumpulan itu.

Bukan sahaja Digi, tapi di Piala Dunia juga konsisten adalah sangat penting. Portugal mungkin dilihat gagah setelah membelasah Korea Utara 7 berbalas kosong. Namun, kecundang di tangan Sepanyol satu gol berbalas kosong. Jerman, pasukan yang cukup kuat kerana serangan balasnya yang cukup menjadi. Sejumlah 14 gol berjaya disumbat. Sedangkan kita semua sedar corak jaringan yang dilakukan oleh mereka, apatah lagi Del Bosque. Patahkan serangan balas itu, dan Sepanyol hanya perlu menjaringkan satu gol untuk mengesahkan tiket mereka ke perlawanan akhir.

Kenapa Brazil boleh tumpas? Ini aku tak sempat tengok penuh. Tapi 20 minit awal permainan Brazil agak gelabah tanpa punca. Mengapa perlu gelabah sedangkan mereka sudah 5 kali menjulang Piala Dunia? Hilang konsentrasi untuk permainan, menyebabkan mereka mendapat foul mudah, dan juga kad-kad mudah dilayangkan. Seolah-olah menggali kubur sendiri. Dan Felipe Melo, pemain yang menjaringkan gol sendiri malam itu, seperti paku terakhir untuk keranda Brazil.

Penguasaan Sepanyol semakin menyerlah. Selepas ditabalkan juara Eropah 2008, kini Piala Dunia 2010, generasi muda dan senior diibaratkan serasi. Corak permainan mereka juga semakin mantap. Tak usah bicara gol. Saksikan sahaja Sepanyol bermain, anda seperti tak sedar masa permainan semakin tamat. Pasukan lain harus lebih mantap lain kali, dan pastikan tiki taka ini berakhir dengan satu corak permainan baru.

Argentina? Satu soalan aku kenapa Diego Milito dan Aguero kurang beraksi? kalau tak mahu mereka beraksi, kan lebih baik hantar pulang sahaja. Terlampau banyak penyerang berwibawa kau bawak untuk letak dekat bangku simpanan. Sudahnya, Messi juga yang buat cubaan gol. Man marking sahaja mungkin tak mencukupi untuk mengunci Messi, namun sekatan terhadap pemain yang akan menyuap Messi cukup untuk mematahkan serangan dari Argentina.

Paul si sotong memeriahkan lagi Piala Dunia 2010.  Tahniah buat Sepanyol.

Pemain harapan untuk menyinar di Piala Dunia 2014 :- Mesut Ozil (Jerman), Pedro Rodriguez Ledesma(Sepanyol), Eljero Elia (Belanda), Alexandre Pato (Brazil).

Masih belum puas? tontoni siaran ulangan, sehingga 20 julai.

Perihal syarat
watching from a different perspective. the perfect vantage point. Well who invented perspex glass anyway?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 132 other followers