teratas
April 19, 2010 Tinggalkan komen
masih lagi bercerita tentang bolasepak tempatan. Dominasi Selangor masih diteruskan lagi dengan kegagalan Terengganu untuk merapatkan jurang mata. Selangor yang masih lagi dirundung kekecewaan untuk meraih piala FA, terus memantapkan lagi cengkaman di tangga teratas selepas menewaskan Perak 4- 1 di Shah Alam pada Jumaat lalu.
Amri Yahyah masih cedera dan seharusnya pada masa ini, peluang cukup terbuka untuk pasukan lain cuba mengekang asakan dari Selangor. Aksi menarik yang ditonjolkan oleh Fitri Syazwan dan Safiq Rahim antara punca Selangor masih mampu menyerang dengan baik. Semoga kita dapat meneruskan kemenangan dan jika rentak ini berterusan, kita tak perlu gusar siapa pun yang cuba menghampiri persada liga.
Perlawanan Piala AFC seterusnya aku nantikan.
Inter Milan, semakin bersedia untuk dinobatkan johan Serie A, selepas menewaskan Juventus minggu lalu. Juventus masih lagi menantikan kehadiran Rafa Benitez yang diharapkan sanggup berdepan dengan cabaran di Serie A. Baik sekali kalau kehadirannya dapat meraih minat Fernando Torres, yang nyata dapat membangkitkan kembali semangat The Old Lady, setidak-tidaknya untuk musim depan. Tolonglah encik Rafa, datanglah ke Juventus.


Yang suka mencelah