separuh akhir piala FA 2010
Mac 22, 2010 Tinggalkan komen
pertama, kesibukan yang melampau menghalang aku daripada menulis. kedua, ketiadaan isu-isu getir dalam bolasepak menyebabkan aku lagi rasa malas nak menulis. isu skuad harimau muda di Slovakia bukanlah satu yang patut digembar-gemburkan sangat.
Selangor ditemukan lagi dengan Negeri Sembilan. Kali ini bukan lagi saingan Liga Super, tapi dalam separuh akhir Piala FA. Perlawanan kali ini, mungkin menjanjikan sesuatu untuk peminat kedua-dua pasukan. Selangor ingin mengorak langkah ke final, namun Negeri Sembilan pasti bakal menggugat Selangor akibat dibayangi dendam tewas di awal musim ini.
Selangor boleh dikatakan bertuah kerana diberikan bye untuk pusingan pertama, dan untuk pusingan kedua hanya bertemu dengan pasukan Pos Malaysia. Kemenangan memang dijangka setelah K Devan hanya membariskan pasukan simpanan semasa perlawanan di Shah Alam minggu lalu.
Negeri Sembilan juga tidak terkecuali daripada tuah yang memihak kepada mereka. Ketinggalan 0-1 di tangan KL Plus dan berjaya mendahului 2-1 di tempat sendiri masih belum cukup untuk mereka meletakkan kaki untuk melangkah ke separuh akhir. Hantaran cantik dan tandukan kemas oleh Shukor Adan, membolehkan anak buah Wan Jamak senyum lega.
Pertemuan kali ini, boleh kita saksikan tuah siapa yang lebih kuat.
p/s: Piala Dunia semakin dekat.


Yang suka mencelah