Autophagy

yang bermain di benakku

Piala kita satu Malaysia.

with 4 comments

Salam.

Memang lama aku menyenyap. maklumlah setelah Selangor tak berjaya masuk ke akhir Piala Malaysia, aku takkan nak riuh lebih. Desas desus kedengaran aku macam dah tak ambil peduli dengan bolasepak tanahair.

Beberapa perkembangan positif aku perasan bila Negeri Sembilan ditemukan dengan Kelantan untuk final. Yang nyata, iklan-iklan di radio membangkitkan semangat orang untuk ke stadium. Sekaligus memadamkan sedikit rasa kecewa aku terhadap orang kita yang tak sayangkan bolasepak tanahair. Ini kan sangat bagus. Sekarang tunggu sahajalah syarikat-syarikat yang sudi menaja kempen bolasepak musim depan. Ada aku terbaca kat akhbar, FAM nak mintak tajaan dari syarikat rokok. Isk, tak berapa molek lah cadangan tu.

Satu saja yang terpacul dalam fikiran aku sekarang ni. Air Asia. Datuk Tony dah sanggup untuk menaja pasukan 1Malaysia F1. Besar belanja tu. Apalah sangat kalau dibandingkan dengan Piala Malaysia.. Tak sanggupkah Datuk bantu sama bolasepak tanahair kita?

Tak sabar rasanya menunggu musim depan, kalau sokongan daripada rakyat tempatan seperti malam perlawanan akhir haritu. Tak rugi rasanya kita ada stadium besar. Kalau tak selama ni aku asyik merungut pasal stadium je besar, yang datang tak ramai… tapi lepas penutup musim bolasepak tahun ini… memang terbukti kita semua mampu memberi sokongan padu.

Apapun perlu tunggu khabar daripada pasukan-pasukan yang mungkin menarik diri daripada kejohanan musim depan. Perak, alahai sayangnya. Walaupun mereka tak berapa mencengkam kebelakangan ni, tapi kehadiran mereka memang amat membantu dalam melengkapkan saingan Liga Super. Kelantan, dengar cerita dapat meyakinkan FAM untuk terus kekal.

Semoga bertemu lagi musim depan. Dan tahun depan jangan lupa Selangor ada cabaran baru. Liga Juara-juara AFC. Macam biasa kita lihat bila masuk Liga Juara-juara ni, prestasi domestik akan menurun sikit. Tapi harap taklah sampai teruk sangat.

Habis.

Written by syarat

November 10, 2009 pada 2:52 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. x pe la kalo syarikat rokok nk taja liga malaysia…dl time dunhill taja liga malaysia,x de prob kewangan pn…stadium pn penuh je time 2…

    gantang

    November 13, 2009 at 12:41 am

    • tak boleh la iklan rokok. banyak lagi kompeni besar bole taja. orang FAM je tak kerja keras cari.

      syarat

      Disember 1, 2009 at 2:52 am

  2. Siapa pun taja bola sepak negara kita ia tidak menjadi isu.

    Sepatutnya dato tony boleh support bola sepak negara.

    Mungkin kerana terlalu ramai yang rasuah so pelaburan ke bola sepak negara adalah tidak berbaloi.

    Nabieel

    November 27, 2009 at 10:52 pm

    • tetap menjadi isu. selagi masalah hutang persatuan bolasepak tak selesai isu penajaan ini takkan habis. siapa dan berapa banyak jumlahnya.

      syarat

      Disember 1, 2009 at 2:55 am


Tinggalkan jawapan