Autophagy

yang bermain di benakku

Tips : Sambung dua monitor (bergambar)

with one comment

Ingat Die Hard 4.0 yang mana komputer dalam cerita tu ada banyak monitor? Kebetulan aku ada monitor lebih sebab adik aku dah tak pakai, aku pun sambungkan kedua-dua sekali. Dan aku rasa macam bagus jugak kalau berkongsi tips ini, walaupun rasanya korang semua boleh cari tips ini dalam bahasa inggeris. Walaupun bahasa aku kali ni macam rojak, harap dapat membantu sesiapa yang teringin sangat nak pakai setting ni. Apa yang perlu ada?

* Dua monitor – tak perlu sama saiz atau jenama. Aku guna 22″ lebar dan 17″ biasa
* Kad paparan grafik – tak kesah apa brand janji mesti ada dua slot, dvi+vga atau vga+vga atau dvi-dvi.. pastikan sesuai dengan monitor.
* Kabel-kabel – pastikan jenis kabel (vga @ dvi) dan panjang yang sesuai (mengelakkan tekanan pada kabel). Jangan lupa kabel kuasa.
* Driver – update driver kad grafik.
* Ruang – tak ada ruang,tak payah la mimpi.
* Lebih daripada 2 monitor, perlu dua kad grafik.

Pemasangan mekanikal

sebelum mula menyambung sila padamkan komputer anda. Sila pastikan kedua-dua monitor dihubungkan dengan betul kepada kad grafik. Lazimnya monitor yang kita beli ada dua port sahaja. DVI atau VGA.  (HDMI? owh itu lain. biasanya ada pada LCD TV ) Cek dalam kotak-kotak monitor untuk carik kabel-kabel ini. Biasanya ada. Monitor baru seperti Samsung 2233SW aku ni, ada kedua-duanya sekali..Kalau monitor lama, macam LG 1718s aku ni, ada port VGA sahaja. Kad grafik aku ada DVI +VGA. Mudah. DVI ke Samsung, dan VGA ke LG. Yang menjadi masalah bila kita tak ada kabel yang sesuai. Jangan risau, anda boleh dapatkan converter hujung kabel tu sama ada dari DVI ke VGA atau sebaliknya. Harga aku tak pasti tapi berbeza ikut kualiti. Dah siap semua, pergi ke langkah berikut.

Cara nak aktifkan monitor kedua

Pada yang bernasib baik, mungkin selepas anda boot komputer kedua-dua monitor akan beroperasi dengan baik tanpa perlu set satu benda pun.Selalunya tidak. Jadi aku tunjukkan sekali bagaimana nak aktifkan monitor kedua anda. Aku pakai vista, untuk XP pun lebih kurang sama. Mula-mula klik kanan pada desktop anda. Klik pada personalize kemudian pada display setting.1seterusnya akan terpapar skrin seperti berikut.

2

kemudian klik pada 2, korang akan nampak dia tulis ‘not active .tandakan pada tempat yang aku dah bulatkan.

3

klik apply dan kompemkan ape yang patut lepas tu ok. Sepatutnya selepas ini monitor kedua anda dah mula aktif. Tapi proses ini belum habis setakat ini. Anda perlu tetapkan resolusi yang sesuai, supaya lebih kemas. Yang itu, tak payah lah aku buatkan tip kot. :D

Jangan bataskan kreativiti anda menyusun monitor ini. Kalau korang tengok ilustrasi yang aku bagi, monitor utama aku ialah di sebelah kiri, manakala monitor kedua di sebelah kanan. Sebenarnya monitor kedua korang tu boleh ditetapkan disebelah kiri, kanan, atas ataupun bawah. Cara nak buat, korang hanya perlu tarik sahaja monitor kedua itu ke tempat yang korang nak. Contohnya macam gambar kat bawah ni. Dua monitor, dua kali seronok. :D

4

6

5

7

Oh, sebelum apa, aku tak bertanggungjawab atas kecederaan ataupun kerugian yang ditanggung semasa mengikut tips yang aku bagi ni. Sekian dahulu, selamat mencuba!

Written by syarat

Jun 26, 2009 pada 1:33 am

Dikirim dalam Computer

Tagged with ,

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. ok pening tak paham.

    zs

    Jun 29, 2009 at 10:16 pm


Tinggalkan jawapan