Selangor 3 – 1 Kedah
Sampai ke stadium agak lewat kerana secara sengajanya bermain Top Spin 3 di rumah Che Azhari. Ketagihan!
Mutu pengadilan. Agak sukar dipercayai hanya satu sahaja kad kuning yang dilayangkan sedangkan begitu banyak kekasaran yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kedah mendahului pada minit terakhir separuh masa pertama dengan sepakan leret oleh Ahmad Fauzi Shaari. Separuh masa kedua, kapten pasukan berjaya menyamakan kedudukan. Aku tak tengok gol ni. Tengah mengelamun agaknya. Apapun aku tak lepas gol ke dua dan ketiga. Safee Sali adalah punca kepada gol kedua itu. Sepanjang beberapa minit sebelum terbitnya gol itu, memang jelaslah dia menggandakan usaha dia. Larian, gelecek, tapi bukanlah untuk hantar bola pada Rudie pun. Dia memang nakkan penyudah yang cantik, tapi kali ini dia tak jadik penyudah. Dia tolong sahaja. Pada aku nampak sangat dia memang nakkan gol itu, tapi sepakan dia tersasar dan nasib baik ada Rudie dekat tiang satu lagi. Selangor mendahului.
Satu lagi serangan balas oleh Selangor hampir berjaya disudahkan oleh Amri Yahyah dari jarak dekat. Entah pasal apa boleh tersasar pula. Gol taik tu. Mudah je kot. Mungkin R Surendran yang hantar terlebih kuat kot? Hehe. Gol terakhir malam itu dijaringkan oleh Amirul Hadi pada minit pertama dia masuk padang. Tak ada apa yang boleh dipuji daripada gol tu. Hardi Jaafar pun setuju dengan aku. Dia yang angkat sepakan sudut untuk gol tu. Dia rilek je jalan buat tak tahu pun. Perlawanan ini tamat dengan baiknya. Kekalahan Perlis meletakkan Selangor sebagai pendahulu liga super dengan kelebihan 2 mata.
Oh. perjumpaan yang dikatakan tu. Takjadi la. tak ada rezeki kot. Aku call syahid petang sebelum match tu, dia tak call aku balik pun nak confirmkan.. Lagipun penyokong Kedah dah mula kosongkan stadium pada minit ke 80 lagi..Ye lah siapa nak tengok liga Malaysia. Tengok BPL lagi best kan.




