Kelantan martabatkan kembali bolasepak tanah air
Beberapa tahun kebelakangan ini, isu sukan nombor satu tanah air ini hanya akan berada di muka belakang suratkhabar. Namun insiden yang berlaku baru-baru ini telah berjaya memartabatkan kembali berita bola sepak tanah air kita ke muka hadapan. Apa yang kurang enak untuk dibaca ialah, kandungannya bukan yang anda harapkan dari sesuatu perlawanan bolasepak. Daripada semangat kesukanan menjadi semangat vandalisme yang tak tahu dari mana puncanya, dan gagal pula untuk diatasi. Tak lama dahulu aku pergi menonton Selangor menentang Kelantan dan senang cakap, keghairahan penyokong-penyokong Kelantan ini haruslah dibendung oleh pihak berkuasa.
Apa sebenarnya yang terjadi baru-baru ini? Amaran! Panjang.
Polis buru suspek terlibat rusuhan bola sepak
Peminat bola sepak Kelantan terima hukuman awal
Sudahlah prestasi pasukan kebangsaan tak tentu hala sementara menunggu jurulatih baru, Eropah sibuk dengan Liga Juara-Juara dan Piala Eropah, kita liga kecil ni pun nak tunjuk hebat. Kalau hebat bermain pun, terimalah kekalahan itu dengan baik. Aku khususkan kepada pemain dahulu. Penggantungan oleh KAFA terhadap Halim Napi itu belum cukup lagi. Tindakan KAFA itu seolah-olah menghukum pemain terlebih dahulu sebelum FAM menjatuhkan hukuman yang biasanya jauh lebih teruk. FAM seharusnya mengenakan lagi tindakan displin terhadap pemain bermasalah panas baran ini. Yang peliknya, dia boleh mengawal emosi ketika perlawanan berlangsung. Untuk menunggu sehingga wisel penamat, pasti memerlukan kesabaran dan semangat professional yang sangat tinggi. Tapi kenapa tidak ditahankan sahaja amarah tu?
Peranan kapten pasukan. Dalam insiden-insiden yang melibatkan pergeseran kedua-dua pasukan, ketua pasukan seharusnya menegah pemain-pemain lain daripada menokok tambah. seelok-eloknya mereka berdiri di belakang ketua, dan kedua-dua ketua berbincang dengan pengadil perlawanan untuk sebarang keputusan oleh pengadil. Tak ada guna datang kerumun ramai-ramai. Masa itu penting. Ingatlah kalau membazir masa perlawanan sampai 5 minit, belum tentu akan dapat tambah masa kecederaan sampai 5 minit. Kalaulah ada budaya ini, memang tak akan berlaku pergaduhan besar. Hanya yang terlibat, dan beberapa pegawai perlawanan. Ini tidak, acapkali ketua pasukan yang lebih-lebih. Mau anak buah tak naik angin. Lepas tu, kalau dapat kad merah ke kuning ke, tak guna bantah. Macam mana pun kad dah dilayangkan. Tak boleh tarik balik. Tolong keluar padang cepat. Kami (penyokong) dah tak nak tengok muka kau.
Penyokong. Tepat sangatlah kalau tanpa penyokong siapalah kita. Penyokong mengganas sebab pemain main tak elok. Sebaiknya tenaga untuk mengganas ini disalurkan dengan baik terhadap sokongan moral. Sebaliknya pula yang berlaku dengan penyokong Kelantan. Macam tak takut langsung dengan undang-undang. Dunia mahupun Akhirat. Sungguhpun tuan punya kereta yang dirosakkan itu harus menerima takdir yang keretanya menjadi mangsa, namun balasan Yang Maha Adil itu ada. Disebabkan perkara seperti ini, walaupun FAM dah ubah venue Kelantan menentang Selangor sabtu ini ke Stadium Bukit Jalil, maaflah aku tak sanggup berdepan dengan petaka kereta kena pecah. Mainlah kat mana-mana pun, penyokong Kelantan tetap akan datang punya. Tindakan yang paling sesuai, seperti yang aku pernah tulis dahulu ialah larangan ke stadium. Maknanya biarlah venue itu di Stadium Sultan Muhammad IV, tapi penyokong Kelantan tidak dibenarkan menghadiri kawasan stadium.
Ada daripada kalangan rakan aku bersungguh-sungguh mahukan Kelantan di gam daripada menyertai Liga Super, namun pada aku itu adalah sangat merugikan kedua-dua pihak FAM dan pembangunan bolasepak negeri itu sendiri. Pasukan itu secara sendirinya masih bertahap professional, namun penyokong-penyokongnya yang perlu dididik untuk berfikir secara rasional dan tidak bertindak mengikut emosi. Kalau mahu disenaraikan, banyak lagi langkah yang boleh diambil untuk mencegah semangat fanatik yang membahayakan keselamatan awam ini. Antara yang menarik dalam fikiran aku ialah menaikkan harga tiket, harga parking, dan pelaksanaan tempat duduk bernombor. Selalunya yang bertindak agresif hanyalah segelintir sahaja, namun sekumpulan besar yang membiarkan sahaja inilah menjadi punca membesarnya api kemarahan ini. Dengan menaikkan harga tiket, dapatlah dilihat perbezaan orang yang datang semata-mata menonton bolasepak, dan yang mana selama ini datang sebab nak tunjuk taring. Naikkan harga parking? Sengaja. Sama kesan macam naikkan harga tiket. Tempat duduk bernombor. Alasan aku ialah, senang nak tahan orang yang buat hal masa perlawanan berlangsung. Susah sikit nak lari.
Perlunya polis dari cawangan luar.. Ini aku tak tau la berlaku ke tak. Tapi rata-rata orang mengaku ini satu kenyataan, cuma tak nak sebut sahaja. Polis negeri tuan rumah kurang tegas terhadap penyokong tuan rumah. Pendapat anda? Sendiri makan cili sendiri la rasa pijarnya. Tapi pelik la, kalau tak makan cili pun kadang-kadang terasa pedasnya. Ah. Dah panjang aku menulis. Sebelum aku habiskan, ada satu faktor yang dapat membendung emosi penyokong. Kehadiran VVIP yang pastinya membuatkan penonton jadi beradap sedikit. Hmm. Aku pun tak berapa perasan sangat, tapi memang terasa la. Negeri-negeri yang Menteri Besarnya atau Sultannya selalu datang tengok, takde buat hal. Entah kenapa, malu kot nak tunjuk perangai huduh depan Sultan. Yang selalu aku tengok…Fan Selangor, baling air dan kerusi, mercun dan maki ref. Fan Kedah, mercun dan semangat susah nak kosongkan stadium lepas menang. Fan Perak, mercun ada sikit-sikit, air sikit-sikit.. semua sikit-sikit. Fan N9, bagus tak ada masalah. Kalah terus balik. minit ke 70 pun dah balik. senang orang nak keluar parking nanti. Fan Perlis, lebih kurang dengan Fan Kedah juga. Fan Johor, tak ramai sangat kot sebab tu wat kecoh. Fan Kelantan, bakar trak polis? Mak aih.
Tamat dahulu untuk kali ini. 11 April ini penamaan jurulatih kebangsaan. Marilah sama-sama kita nantikan.





nudin,bagi email.aku nk privatekn blog.ASAP.tq
kdee
April 9, 2009 at 8:15 am
panjangnye entri ko ni.fan kelantan kan died(mati,mampus,kojol,)hard fan kat malaysia. kalo fan luar bakar dalam tong je, tak la merebak.ni bakar truck polis, takde kayu api ke.team baru naik ke liga super setelah beberapa abad dan ketika di persada liga perdana.fan dah buata hal.nak salahkan ref,ref pun manusia. kalo salah pun apela sgt.aku pun g gak tgk bola kat stadium. ref wat mistake gak, tp maki je.harap fan yg terbabit dpt emnguasi ilmu agama dan moral utk pegi ke stadium.hahaha…sekian.red warrior konon(poyo la)…
kokon
April 10, 2009 at 5:17 pm
alhamdulillah x de pape yg berlaku time main kt bukit jalil ari 2…sepatutnya tindakan yg sesuai adalah main kt stadium sultan mohamad ke-4 tp penonton dilarang masuk…
gantang
April 14, 2009 at 12:50 am
tapi lebih menarik kalau ade lagi sebijik je gol. taik pun jadilah. haha.
syarat
April 14, 2009 at 1:01 am