Autophagy

yang bermain di benakku

jangka hayat kipas

with 4 comments

sesudah 3 tahun berpusing tanpa henti. akhirnya kipas 120mm yang disertakan sekali semasa aku membeli Cooler Master Centurion 5, berhenti daripada berpusing. Kesannya? Casing komputer aku jadi panas melampau. Itupun aku tak perasan lagi sehinggalah komputer aku sangkut masa aku tengah main PES 2009. Terbantut jugalah masa aku nak berseronok. Nak buat macam mana. Aku kena carik duit lebih untuk beli kipas baru. Dalam pautan ini Cooler Master menjangkakan jangka hayat kipas aku ialah selama 30 000 jam. Ditukarkan kepada unit tahun, adalah lebih kurang 3 tahun lebih. Memang dah dekat sampai masa pun.

Apa kriteria yang perlu diperhatikan semasa memilih sesebuah kipas?

1. tahap kebisingan – diukur dengan unit desibel (dB)
2. halaju udara – diukur dengan unit cubic feet per min ( cfm )
3. warna? lantak la. aku suka hitam.
4. led? tak payah la.
5. anggaran jangka hayat – tak berapa tepat, tapi boleh la jadi panduan.

Aku pun belum ada idea nak beli kipas apa. Tunggulah dahulu. Apa pun, kriteria di atas juga boleh digunakan sebagai panduan nak beli kipas komputer riba anda.

Written by syarat

Mac 9, 2009 pada 8:21 pm

Dikirim dalam Computer

Tagged with , , , ,

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. 1. aku tak tgk sangat

    2. ini yang aku pentingkan.. aku slalu rasa gune tangan kat display2 yang ada.. kalu rasa angin kuat, beli..

    3. warna? sesuai la dengan peredaran zaman

    4. LED? hmm.. canteek gak malam2 sbnrnya.. ble tutup lampoo..

    5. ok la tu.. mmg la x accurate.. nasib baik nk dkt 30000 jam.. kalu tulis 30000 jam, tapi pusing 3 jam je lagi hampeh..

    Demikian adalah jawapan ku..

    Khairuddin

    Mac 10, 2009 at 2:42 pm

    • haha.sebab itu aku letak nombor satu. aku amat mementingkan kesenyapan. btw thanks encik Bilik Sebelah sebab singgah.

      syarat

      Mac 11, 2009 at 12:51 am

  2. kipas KDK la ok. dah lebih tujuh tahun aku pakai.

    jarri

    Mac 13, 2009 at 5:27 pm

  3. heheeh…boleh ceburi bidang fatigue failure nih…kegagalan selepas ___cycles to failure

    chewe

    Mac 14, 2009 at 10:54 pm


Tinggalkan jawapan