Autophagy

yang bermain di benakku

Cara membina keyakinan diri seorang perempuan

Komen anda »

Bersiar-siar di toko buku agak seronok juga bagi seseorang yang tiada bebanan kerja. Lebih-lebih lagi kalau toko buku tu besar.. dan dalam kunjungan aku ke MPH beberapa hari lepas, aku jumpa lah satu buku ni. Agak menarik sebab cara penulisannya. Dan aku pun bercerita la dengan member aku. Dia, pada dasarnya aku tak pasti setuju ataupun tak dengan tanggapan aku tu. Tapi, dia tanya aku balik “nak tau tak buku apa yang paling menarik gaya penulisannya?” (lebih kurang camtu la aku paraphrase kan, dan jelas sekali bila orang tanya camtu tanda dia tak setuju).

Buku itu bertajuk “How to build confidence in women” (sekali lagi, bukan nama sebenar). Dan bila kita buka buku tu, hanyalah helaian kosong ??? Penulis tu sebenarnya nak membuktikan bahawa perempuan ni kebanyakannya akan memilih buku-buku ikut tajuk yang menarik minat sahaja. Tidak siasat lebih lanjut. Bagi aku la..Bila dengar cerita member aku ni, sangkaan aku mula-mula.. buku kosong tu menandakan tak ada apa yang boleh menambahkan keyakinan perempuan. Tapi tanggapan seksis aku ni salah. haii..Dahlah dapat ‘bestseller’ plak tu, terang-terang la tunjuk perempuan ni tak cukup keyakinan diri. Hahaha. Tapi jangan marah, lelaki pun banyak juga yang kurang berkeyakinan diri, cuma lagak sahaja macam tak.

Jadi kepada sesiapa yang baca ni.. harap maaf la kalau rasa tertipu. Aku bukannya arif sangat pasal perempuan ni. Macam mana aku nak tulis pasal motivasi orang perempuan. :L

Kredit untuk member aku Hanafee kerana bagitau aku benda ni. mintak izin jugak.

Written by syarat

Februari 7, 2009 pada 8:50 am

Dikirim dalam Blog, Rencam

Tinggalkan jawapan