Masih lagi dengan isu “bukan bolasepak” tempatan
makin naik meluat pulak aku dengan diri sendiri. itulah yang jadi kalau sekali aku membebel pasal bola. sampai dah tak ada benda lain nak diborakkan. tulisan aku sejurus selepas kekalahan Malaysia dengan UAE mendapat hit yang agak tinggi, dan sangkaan aku masih ramai lagi yang sayangkan sukan bolasepak di negara ini. Sangkaan aku juga, karangan kali ini tidak mendapat perhatian sangat. Tapi nak jugak ditulis.
Dua soalan yang membuatkan aku berfikir.. dan harap-harap kau yang membaca juga berfikir sama..
1. Malaysia belum lagi dapat melahirkan pemain bolasepak bertaraf dunia. Setuju? Mungkin, tapi kita menuju ke arah itu.
2. Bolasepak di Malaysia bukanlah bolasepak. Setuju? Tentulah tidak! Kalau bukan bolasepak, nak panggil apa? Baling selipar? Konda kondi? Teng-teng?
Rasa sedikit marah dengan komen sebegitu sebagai alasan mempertahankan jawatan. Itu satu hal. Lagi satu, cukup bengang dengan media tak beretika ( blog-blog ) yang suka sangat membandingkan pemain-pemain Malaysia dengan pemain-pemain dari Liga Perdana Inggeris. Biasalah yang itu sahaja yang mereka tahu. Sebab itulah ramai yang mengaku mereka tak berapa arif tentang bolasepak tempatan. Memang betul. Habis tu.. Buat apa bandingkan dengan pemain tempatan? Tau tak pada masa yang sama Malaysia dibelasah, Deportivo turut dibelasah dengan Barcelona 5 gol berbalas kosong? Apa jadi dengan mereka selepas itu? Tukar jurulatih ke? Tak pun. Malahan mereka berjaya mengekang Real Madrid daripada menang besar. Mereka kalah 1-0 dengan R. Madrid seminggu selepas itu.
Ranking Malaysia oleh FIFA. Penting sangatkah?? Setakat turun naik 20 anak tangga tu. Tak payahlah bercerita pun. Tak payah nak berlagak, dan tak payah nak memuji seorang pun. Seorang pun belum tentu lagi layak ambil kredit daripada ranking bolasepak Malaysia. Sebab apa aku cakap ni, tak perlulah aku terangkan. Rasanya orang akan faham sendiri, kalau mereka selidik selok belok turun naik ranking dunia. hmmm…Kalaulah peningkatan itu dari 50 tempat teratas ke 46 tempat teratas, ya. itu satu perubahan besar, walaupun dari segi kedudukan tak banyak beza. Tapi dari 170 ke 150 buat apa nak bangga, nak cerita. Entah-entah julat antara 170 ke 150 tu hanyalah beberapa mata sahaja. Tak main pun boleh naik rank. Haha.
Rasanya cukup dulu buat masa ni. Lantaklah nak pakai awang import ke tak nak pakai ke. Suka ati mak lalang diorang lah. Kejap kanan kejap kiri. Tunggu la keputusan mesyuarat yang sentiasa tak ada kata putus tu, nanti aku tulis lagi.





rilek din..rilek..senang2 jom kite maen bola kt padang..ley wat skill sape2 pon..aha
s.h.a.m
Januari 29, 2009 at 3:35 pm
hmmm,org yg mengkritik bolasepak m’sia bukan penah tgk pun liga m’sia.dorg beranak kat overseas kot..kalo dorg teror nape xnk men utk m’sia..byk ckp je ..meluat aku dgn pengkritik yg xtau pasal bolasepak..
kokon
Januari 29, 2009 at 4:41 pm
marah nampak
jarri
Januari 30, 2009 at 4:38 pm
sorry to say….aku dari kecik tgk n support bola malaysia, sampai skrang masih ambik tahu sket2…sorila dah terlampau byk peluang diberi…kalu deportivo kalah ngan barca pastu improve mase lwn real, maksudnya peluang utk pulih diberi dan mereka terus ambik peluang tu pulihkan team, tapi malaysia xmcm tu. aku paham maksud ko, beri malaysia peluang, tapi berapa byk, dah terlampau byk mase dan wang, peluang, sokongan, branded jersey dan mcm2 dah bagi….skrang ni sori dah xnak bagi lagi dah, aku percaye ramai peminat yg mcm ni…derang dah sakit ati sebab keep on menaruh harapan dari tahun ke tahun ke tahun sampai skrang ni aku dah berjanggut pun ximprove jgak, aku mmg dah xnak peduli lagi….dulu aku minat skrang aku dah benci…jgn salahkan peminat je tapi diri sendiri xnak improve…and jgn kate kalu hebat kamu sendiri gi main bola lwn tgk, itu penyata yg salah, kalu kamu dah xmampu nape kamu gi selection bola ??(tah-tah xde pun selection), kalu kamu dah xmampu nape ambik gaji sebagai pemain bola tu??
cis…aku nekad utk waktu ini…kalu sape2 tanye aku pasal bolasepak malaysia aku jwb mcm ni “BOLASEPAK MALAYSIA??? PTUIHHHHHHHH…….” aku ludah je……
anon
Mac 6, 2009 at 2:42 pm
untuk bro anon. aku rase. kalau sekarang ni tak ade siapa yang tak angin ngan bolasepak malaysia. ye lah kalau dari PM sampai kan ke Pembantu Am pun bercerita.. aku assume sume orang angin la tu.
entri ini lebih kepada provokasi kepada blog-blog orang yang tak tengok bolasepak malaysia, dan lepas malaysia kalah teruk aritu, hentam macam tau semua cerita. dan dari situ lah aku selitkan cerita Deportivo tu. sebab selalunya orang-orang macam ni hanya peduli BPL sahaja. bila tak tau nak cakap apa, cakap pasal ranking. Ptuih ranking!
cakap macam mana pun, entri ini dah basi la. Malaysia pun belum ada jurulatih baru lagi. Kejohanan seterusnya pun masih lambat lagi. Banyak lagi isu bolasepak yang belum dirungkai.
apapun, walau teruk sekali pun Malaysia, kita juga yang tanggung malu. Tak mengapa kalau ada antara kita tak mahu tanggung malu, mudah-mudahan bila prestasi kita meningkat nanti, mereka jangan malu-malu pula nak tumpang bangga.
syarat
Mac 6, 2009 at 2:59 pm
sudah jemu menaruh harapan pada FAM n pasukan malaysia…hati sudah merajuk…susah di pujuk…
cinta dan harapanku terhadap bola sepak hanya pada SELANGOR the REd GIANT
chewe
Mac 14, 2009 at 11:03 pm
malaysia punya bola sepak suda ada peningkatan sejak ada coach baru tuu…
naimkinarut
Oktober 7, 2009 at 1:07 pm
boleh la. baru nk bernafas. malas nak usik. kita tunggu dan lihat. insya Allah ok la.
syarat
Oktober 10, 2009 at 1:46 am