Autophagy

yang bermain di benakku

Harimau Malaya 0 – 5 UAE

with 9 comments

Di mana nak bermula. Aku rasa karangan malam ni akan meleret menjadi panjang. Dalam usaha menjimatkan masa kau orang daripada membaca, aku simpulkan ‘ kalau kalah 0-1, boleh la nak salahkan seorang. Tapi kalah 0-5, semua sekali dari pengurusan sampai lah ke pembancuh air bermasalah’ . Jadi untuk sesiapa yang rasa nak baca juga rumusan aku pasal perlawanan tadi, boleh la sambung. Tak nak tak apa, tak ada sesiapa yang rugi. Tapi serius. Memang panjang.Ok. aku bermula dengan bagaimana susahnya aku nak membeli tiket. Rasakan sendiri apabila tak ada orang beratur dan tiket masih dalam proses pencetakan. Apalagi setiap seorang menjerit pekik lengkap dengan segala maki hamun. Dah macam orang pelarian berebut catuan makanan daripada pasukan pengaman PBB. Sampai berpeluh jugalah aku dibuatnya. Masa aku dapat tiket, UAE dah berjaya memboloskan gawang negara. Aku pun telan air liur sahaja.

Aku tak dapat tempat duduk yang sempurna, tapi kalau masa menyerang di separuh masa pertama, memang ada usaha-usaha yang bernas juga. Tapi satu pun belum boleh menelurkan hasil. Perlawanan berubah menjadi lebih buruk selepas kedua-dua pasukan dah memaparkan corak agresif. Tolak, takik, bidas, tarik baju semua cukup. Kelalaian pertahanan kita membantu pemain UAE berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan berbahaya, dan secara tidak bijaknya pertahanan kita menjatuhkan pemain UAE  untuk memudahkan pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Sempurna. 2 gol berbalas 0. Beberapa ketika selepas itu, serangan balas oleh Malaysia dihentikan oleh pengadil perlawanan dengan alasan masa tambahan sudah pun habis. Zaquan Adha memperoleh kad kuning dengan tindakannya mempersoalkan keputusan pengadil. Hai.. pengadil ni pun satu, tak payah la sampai nak kasi kad. Bagi nasihat sudahla.

Separuh masa kedua bermula dengan sangat teruk. Harimau Malaya memang dah tak dapat nak kawal rentak permainan. Hanya boleh buang bola sahaja. Dan kesilapan-kesilapan semakin banyak berlaku. Kad kuning pun banyak juga sampai aku tak ingat berapa. Pertahanan UAE nampak macam makin seronok menjatuhkan diri di kawasan mereka untuk mendapatkan sepakan percuma. Terlampau mudah jatuhnya. Kalau dibandingkan dengan saiz badan, yang jatuh-jatuh tu semua berlakon. Tapi itu sahaja dah cukup untuk membuatkan pasukan kebangsaan makin malas nak hantar bola kepada penyerang, sebab nyata semuanya hampa. Kita cuba main dengan hantaran jauh, tapi tak berkesan. Tak paham aku. Padahal ruang memang banyak, tapi sebab kita tak kawal tempo mudah sahaja ruang-ruang yang dibuka ditutup semula oleh pertahanan lawan. Hmm. ada sesuatu yang aku puji dengan UAE. Mereka mengambil peluang terhadap pemain Malaysia yang suka main fancy. Datang, apit..kemudian datang seorang lagi untuk curi bola. Salah siapa?

Ada satu percubaan berbahaya oleh Hardi Jaafar. Rembatan (perlahan sahaja) jauh yang terkena kaki pemain UAE hampir menjadi tetapi diselamatkan oleh penjaga gol. Penjaga gol UAE, memang betul-betul buat peminat Malaysia hangin. Masa dalam separuh masa pertama, boleh pulak dia lambai-lambai dan senyum-senyum sinis kat penonton. Tak guna. Bercakap pasal tak guna. Penjaga gol kedua Malaysia, Syed Adney mungkin bagus, (pandangan beberapa orang la kot?) tapi malam ni haram tak buat apa. Seolah-olah dia tak ada digawang. Oh. terlupa pula. Syamsuri Mustafa, selaku penjaga gol pertama telah tercedera dan, sampai kena naik ambulans. Sebab itulah kita nak tak nak terpaksa la pakai Syed. Dah macam pasukan England pula. Asyik ada masalah dengan penjaga gol kebelakangan ni. Rasanya semua orang masih laku terluka atas apa yang berlaku kepada Malaysia disebabkan Helmi beberapa bulan yang lalu. Tapi luka tu, makin dirobek oleh Syed Adney. Tak ada langsung yang boleh dibanggakan. Safee Sali. Satu overhead kick hantaran siapa aku tak ingat. Abaikan yang lain. Pasal pemain lain.. pergi tengok di blog Sulihin.

Apa yang skuad Malaysia patut buat? Cadangan yang agak mencabar aku bagi kepada FAM. Apakata…Tahun ni negara kita patut tarik diri daripada semua penyertaan. Rebuild and Rebrand. Sathianathan? Dia dah membuktikan dia tak mampu. Nak buang Hairudin Omar, daripada skuad kebangsaan pun tak boleh. Ok. satu peringatan. Pemain kita dulu mintak macam-macam. Kata inilah barisan terbaik lah, tolong jangan tukar jurulatih lah. FAM pun tunduk dengan pemain. Hmm. dulu ada desas desus yang nak jadikan Azraai Khor, tapi lepas permulaan yang hampeh dalam liga super, siapa yang nak calonkan dia pun tak berani angkat tangan. Jersi Malaysia, tukarlah kepada jenama lain. Tak payah pakai Nike. Main tak hebat pun. Lagipun Nike tu kan produk zionis. Amacam FAM berani ke nak tarik diri untuk setahun. Bukan ape, fan dah sakit hati la nak datang stadium dan dikecewakan. berkali-kali. Sekurang-kurangnya, kalau dah lama tak main, bermakne dah lame tak kalah, semangat berkobar-kobar untuk menang tu menebal semula. Memang la, nak tambah pengalaman kena la main. Tapi aku rasa pemain Malaysia perlu diberi latihan intensif dari segi taktikal. Mungkin 3-6 bulan.. untuk bagi lekat dalam minda diorang, walaupun dalam keadaan stamina dah tak ada. Ini penting beb, sebab kita orang Asia memang tak ada banyak stamina. Sedangkan yang muda pun tercungap, inikan pula yang da sezen macam Hairudin tu.

Sekian dahulu buat kali ini. Panjang. Aku tahu. Terima kasih kerana sudi membaca (kepada yang membaca).

Written by syarat

Januari 22, 2009 pada 4:28 am

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with , , ,

9 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. panjangnye..esei ke ni..hehe..nasib 5 -0 je kalo 6-0 dah mcm ko men PES..heheh

    kokon

    Januari 22, 2009 at 4:57 am

  2. perghh sedihnya 5-0. even mama pun terkejot pd ni adek kasi tau.trok aaa . keeper pun x training ke sampai tak boleh baca game uae. amek je la jamsari main balek. huahuahua.

    adek

    Januari 22, 2009 at 7:05 am

  3. ak x kesah ke panjang ke x din,ak akn tetap bc…psni MALAYSIA x yh la nk main bola dh…dh btul2 siapkn diri dr fizikal n mental,br lh leh main lek…ini player yg btul2 cergas pn 3 org,pe nk jd…2 yg kne kitai cm 2 je…

    gantang

    Januari 22, 2009 at 2:23 pm

  4. aku tak tau nak komen ape din.
    aku tak tau macam mana nak buat. kena tukar coach ke?

    jarri

    Januari 22, 2009 at 2:55 pm

  5. tarik diri la terbaik. kita biarkan angin kekalahan ni reda dulu. pada masa yang sama kita biarkan senarai pemain kosong dulu. biar semua orang tahu mereka ada peluang untuk dipanggil. biar mereka yang dalam pasukan sebelum ni, tau mereka ada pertandingan untuk memenangi bukan sahaja hati coach, tapi peminat bolasepak tanah air.

    syarat

    Januari 22, 2009 at 7:02 pm

  6. Aku berada di tempat kejadian bersama penulis.Tahniah kerana penterjemahan perlawanan bola ini.Sangat memberangsangkan.Tidak hairan jika selepas ini sang penulis ini ditawarkan untuk menterjemahkan perlawanan dalam bentuk teks seperti soccernet gamecast.Setidak2nye berada di sebelah shebby singh.heh~

    tiada apa yg boleh dibanggakan dari segi permainan.Hanya dengan design jersey baru beli ketika itu sebagai pengubat duka.haha~

    s.h.a.m

    Januari 22, 2009 at 10:19 pm

  7. permulaan yang baik untuk tahun ni 5-0

    kalau pasukan malaysia dengan kepakaran jurulatih dan pemain bertaraf selebriti liga kita dapat mengekalkan rentak macam ni sepanjang tahun..

    mungkin kita akan menyertai pasukan ‘gergasi’ seperti Maldives dan Timor Leste, yang selalu bolos 12 – 0

    adiospunk

    Januari 24, 2009 at 10:32 am

  8. nasib baik dok arab. hehe. *bangga*

    kacang lupekan kulit

    Januari 27, 2009 at 10:18 pm

  9. [...] pasal bola. sampai dah tak ada benda lain nak diborakkan. tulisan aku sejurus selepas kekalahan Malaysia dengan UAE mendapat hit yang agak tinggi, dan sangkaan aku masih ramai lagi yang sayangkan sukan bolasepak di [...]


Tinggalkan jawapan