Autophagy

yang bermain di benakku

Ini Pro Evolution Soccer 2009

with 3 comments

pes09Tengok betul-betul. Kat atas ni, gambar PES2009 yang dikeluarkan oleh Konami. Kalau versi lain, mungkin gambar yang berbeza, tapi perkataan PES 2009 takkan hilang ataupun diganti dengan apa sahaja perkataan lain.  Mungkin ini satu entri untuk melepaskan geram terhadap pertandingan yang aku baru masuk. Haha. Kalah teruk. Rasa macam nak maki sana, nak maki sini. Tapi apakan daya, daripada aku menyalak lebih-lebih, baik simpan saja. Kalau bising-bising orang pun tak suka. Jadi, kesudahannya aku dah takkan masuk lagi pertandingan-pertandingan PES. Kalau masuk percuma, mungkin boleh la kot. mungkin.

Banyak sangat masa yang dihabiskan, bukan untuk perlawanan tapi lebih kepada mengatur jadual itu ini. Dan yang paling aku bengang, atur punya lama lepas tu suka-suka potong nama orang. Alasan, takut nak jumpa member. Sedap-sedap engkau je. Apasal tak aturkan Malaysia terus masuk final untuk World Cup akan datang? Tak adil la. Isu masa ni, memang tak boleh nak dikomen dengan banyak. sebab utama masa dibazirkan ialah peserta-peserta yang main lebih dari satu slot. Mane taknye, dah main lebih satu penyertaan mestilah tanak jumpa dalam satu kumpulan. Pastu kena la dibahagikan kepada kumpulan lain. Perlawanan kat kumpulan lain perlu ditangguhkan sebab peserta ni tengah main untuk kumpulan lain. Lepas main, nak rehat sekejap pulak. Tapi macam aku cakap la, nak komen banyak-banyak tak boleh. Penganjur mesti lah nak belahkan dorang. Duit punya pasal beb.

Salah aku jugak la tak tengok T & C. Tapi nak buat macam mana. Kalau ada syarat dalam T & C yang berbunyi “sebarang keputusan penganjur adalah muktamad” tak guna juga.

Member aku cakap, PES2009 mana ada keluar kat PS2. Tapi aku cek kat internet ada. Tapi yang masa pertandingan haritu bukan PES2009 ye. itu pun bukan PES2008. Rasa aku, PES6. Tapi ditampal dengan bermacam-macam imej nk jadikan ianya konon-konon baru. Jahanam, perpindahan pemain buat ikut suka hati. Mana yang ada, adalah. ubah statistik pun, tak adil.

Teruk betul kesan kekalahan di pertandingan hari itu. Tak sama macam masa aku masuk pertandingan bulan 8 tahun lepas. Aku sampaikan rasa nak main kat komputer sendiri pun tak sedap. Terbayang-bayang lagi. Mungkin dah sampai masa aku berhenti bermain. kat bawah ni senarai keputusan yang aku dapat daripada 3 perlawanan.

Syarat 0-6 Yuhaifizan

Syarat 0-6 Khairil

(Dengar cerita Khairil ni dapat tempat 4 teratas. Tahniah la kat lu bro),

Syarat 2-2 Hafiz.

Written by syarat

Januari 20, 2009 pada 11:21 pm

Dikirim dalam Blog, Rencam

Tagged with ,

3 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. im the first.kesian dia.tu la,aku dah pesan.hehe..gurau je.aku pun terlibat tgk ko kalah,bukan cikit beb.aku dah agak kekelahan pasti milik ko.kalo dah bese men PES6 senang la nk control game n leh la menang.mane taknye, trainning PES9 tournament PES6 .bg yg xbese men PES6 mmg susah la.kalah xmest kene gantung joystick.lgpun kalah bersebab.

    pistonring

    Januari 21, 2009 at 2:45 am

  2. tengok la kalau dah pindah rumah nnt, tak main pes la gamaknye.. mane ade membe. main ngn pc senang sangat.

    syarat

    Januari 21, 2009 at 2:57 am

  3. ai..duduk sebelah2 pon berkomen2..keboringan terserlah~ ehehe

    s.h.a.m

    Januari 22, 2009 at 10:24 pm


Tinggalkan jawapan