Autophagy

yang bermain di benakku

Selangor 3 – 0 N9

with 4 comments

penyokong membanjiri stadium

penyokong membanjiri stadium

kemenangan ketiga berturut-turut buat Selangor FC. memang puas hati. rasa tak rugi aku datang seawal jam 6 ptg. Datang dengan dhiya membuatkan aku rasa macam seronok sangat. Fan pun dah mula ramai yang turun. aku menjangkakan akan lagi byk yang turun sekiranya prestasi Selangor mendaki semula. Dah berapa lama tak tengok ombak penyokong selangor. Kali ni menjadi juga. Tak nak cerita lebih-lebih pasal permainan Selangor. Siapa nak tau lebih, baca kat utusan sahaja. Kalau tak puas hati jugak, datang stadium lain kali tengok sendiri.

Asyik puji Selangor sahaja, kali ni aku nak puji Perak la. Baru dua perlawanan yang berlangsung di Shah Alam, tapi lain dua ragam pasukan yang aku lihat. Negeri Sembilan yang gah dengan dua kemenangan berturut-turut sebelum dihentikan oleh Selangor, masa main dengan Selangor, sangatlah tak ada stamina. Minit ke 60 camtu pemain dah mula hilang tumpuan gara-gara kepenatan. Tak sama seperti Perak yang menentang Selangor habis-habisan. Mungkin inilah kesan latihan yang dititikberatkan oleh M. Karathu ketua jurulatih pasukan Perak. Sampaikan, menurut member aku, rata-rata yang keluar dari Perak bukan kerana masalah duit. Tapi, kerana banyak antara mereka yang sudah lanjut usianya dan tak tahan dengan latihan oleh M. Karathu yang dahagakan kecergasan pemain. Apalagi keluar la.

Minggu depan, Selangor ke Pasir Gudang menentang Johor FC.

Written by syarat

Januari 12, 2009 pada 10:53 am

Dikirim dalam bolasepak

Tagged with ,

4 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. mane ko dpt tau dorang blah g selangor bkn sbb gaji…de rumours or andaian je…kalo de sumber2 dari selangor fc g tau gak…

    chewe

    Januari 14, 2009 at 7:36 pm

    • taklah. perak bukan tak ade duit nak bayor. tp kene tunggu sikit la. tp rata2 yang blah tu sume takut dekan karathu punye rejim latihan fitness die

      syarat

      Januari 14, 2009 at 7:47 pm

  2. aslkm,helo..nice blog dude..im chelsea fans,so i hope u will go to my chelsea blog at http://kelabbolasepakchelsea.blogspot.com ..ok thanks n bye

    Umar

    Januari 20, 2009 at 10:19 pm

    • wsalam. hope chelsea will succeed.

      syarat

      Januari 20, 2009 at 11:27 pm


Tinggalkan jawapan