Selangor 3 – 1 Perak
sengaja aku tak karang untuk perlawanan Selangor menentang Kedah beberapa hari lalu. Maklumlah, kemenangan yang terlampau besar boleh menyebabkan media bukak mata. Tengoklah sendiri impaknya di muka surat belakang suratkhabar tempatan.
Malam ini aku ke Stadium Shah Alam. Persiapan aku ialah mengecas kamera untuk dipaparkan disini. Nanti dah balik aku akan sambung menulis lagi.
*********************************

pemain simpanan memanaskan badan

masih belum ramai orang membanjiri stadium
masalah tiket. memang betul-betul buat orang marah. perlawanan punyalah penting macam ni, takkan bukak 2 kaunter je. Jenuh orang berbaris sampai buat huruf S. Bila dah sepak mula, makin ramai orang dah tak peduli pasal barisan dah. Sudahnya, aku che we dan che a masuk stadium pukul 9 malam. hampeh, kurang terasa sedikit bahang perlawanan. Permainan semakin menarik apabila cubaan luar kotak penalti oleh Razali Umar gagal diselamatkan oleh Hamsani. Perak mendahului. Seketika kemudian, Selangor menyerap momentum dan membalas segera dengan jaringan oleh Safee Sali. Cun gila macam gol dalam Pro Evo Soccer. Makin lama makin kasar dua-dua pasukan. Tapi pengadil perlawanan agak tegas dan sukar menghentikan perlawanan. Banyak juga serangan balas oleh Perak namun berjaya digagalkan hasil persembahan cemerlang oleh Hardi Jaafar dan Khairul Anuar Baharom.
Dekat-dekat nak hujung perlawanan, makin banyak sepakan percuma berbahaya yang Perak dapat. Pemain yang mendapat perhatian aku pada perlawanan malam tadi ialah Razman Roslan di sebelah kanan, pandai betul dia ambik bola dan hantar bola walaupun ada juga kadangkala ‘caples’. Safee Sali tak payah cakap la, memang sentiasa nak menjadi hero. Boleh shooting curl ala-ala Del Piero, Thierry Henry. Tak perlu deras-deras, hanya hantar ke tempat yang betul sahaja dah cukup. Kalaulah masuk gol tu.. fuh.
Perak? Set piece memang berbahaya. Makin lincah daripada dahulu. Seorang pemain no 11 Perak (tak kenal la) bermain dengan bagus, sama standard macam pemain no 5 Kedah, Afif .
Sekian dahulu, bersambung lagi sabtu ini, Selangor menentang N. Sembilan yang mengalahkan Kedah malam tadi.





player Selangor no 27 yg gntikan zameer zainun 2 x leh pkai la,bnyk kesilapan yg die wt…sepatutnya bnyk ag gol yg dpt djaringkan smlm pleh Selangor,tp x de luck la…anyway,3 biji 2 pn dh ok dh,jnji mnang…
gantang
Januari 7, 2009 at 8:47 pm
pintu 10 aras bawah row 8 right side,nmpak?haha
che bad
Januari 11, 2009 at 11:01 am