Autophagy

yang bermain di benakku

produk tenusu rendah lemak

Komen anda »

milk

gambar dari google

produk tenusu rendah lemak yang terlampau banyak  jenama menyebabkan aku terfikir entah apa rasanya susu lebih lemak. kenapa orang tak nak jual susu lebih lemak? sekarang susu, keju yang 0% lemak pun boleh cari kat pasaraya tapi kalau ada susu dalam kotak yang tulis ekstra lemak,ekstra kalsium kan bagus juga. tak bagus sangat ke susu tinggi lemak ni?

dari segi kesihatan, kalsium dan lemak memang diperlukan dalam badan. kalsium berlebihan tak apa tapi lebihan lemak boleh berkumpul di bawah kulit dan kalau terlampau tinggi boleh berkumpul di dalam saluran darah dan menyempitkan saluran tersebut. Tapi selagi kita mengamalkan gaya hidup yang sihat, lemak tersebut akan terbakar sebagai tenaga dan tak adalah pengumpulan lemak tu. Kenapa orang takut sangat dengan makanan sampaikan nak makan pun kena berkira. Tak ada masa nak bersenam la, sibuk sangat dengan kerja la dan macam-macam lagi alasan munasabah yang boleh diberi. Nah, dari sini peluang diambil oleh syarikat-syarikat pengeluar produk tenusu untuk berlumba-lumba keluarkan susu yang sedap, tapi lebih kalsium sampai 4 kali ganda dan lemak sampai tak ada. Tapi entah betul atau tak sukar la untuk dipastikan, sebab aku bukannya ada makmal sendiri nak buat satu kajian.

Bunyi macam tulisan tabloid pulak. Bukan apa, semuanya berpunca daripada cubaan aku masak kari dengan susu tanpa lemak untuk menggantikan santan. Peliknya, rasa berlemak tu masih ada dan tebal juga dalam masakan tu. Jadi aku fikir dari mana datangnya lemak tu kalau bukan dari susu. Kalau tak ada susu, dah tentulah tak jadi kari kot.

Agaknya susu yang ada 100% lemak tu, susu yang diperah segar dari lembu kot? Zaman dulu-dulu orang dok minum susu tu la, tak ada masalah pun. Badan pun padat dan keras, tulang pun sihat. Sekarang teknologi semakin berkembang, lebih-lebih lagi industri makanan. Maggi pun ada keluarkan makanan untuk kanak-kanak. Tastylite. Kurang lemak juga. Hahaha. Jangan terkejut la satu masa nanti, beras bebas karbohidrat ataupun jagung kurang kanji pun ada. Memang perlu benda-benda macam ni, terutama untuk orang yang sakit macam diabetes. Tapi berapa ramai sangat orang yang diabetes nak beli benda-benda macam ni. Aku rasa tujuan utama pengeluar produk camni ialah kosmetik la. Sebab perempuan zaman sekarang kan nak kurus macam lidi, jadi sumber-sumber diet dah tentulah kena versatil menepati kandungan lemak mereka. Harga pun lebih la kan. Jadi boleh la kaut untung lebih.

Oh, aku rindu teh tarik susu lembu. Dan aku nak makan masakan lemak tempoyak dan masakan lemak cili padi. Sedapnya. Sungguh berlemak. Apa nak takut.

Written by syarat

Disember 14, 2008 pada 9:19 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with ,

Tinggalkan jawapan