Autophagy

yang bermain di benakku

Archive for September 2008

Syawal menjelma lagi

with 2 comments

Menjadi satu kebiasaan orang kita sebelum musim perayaan, akan mengemas rumah untuk menambah seri di pagi raya. Tak kurang juga ada orang yang suka berkemas setelah beberapa hari raya, dengan alasan berkemas semasa berpuasa sangat meletihkan. Masing-masing pun ada justifikasi sendiri tentang bila masa yang sesuai untuk berkemas, terpulanglah kepada anda semua.

Tak pelik juga andai ada antara orang kita yang tak berkemas sebagai persiapan hari raya. Alah, apa yang nak dirisaukan, mungkin rumah mereka dah tiap-tiap hari dikemaskan. Jadi bila nak raya tu, mereka hanya perlu pasang pelita (rumah kampung) atau pasang lampu kelip-kelip ( rumah bandar) sahaja.

Ini senario persiapan hari raya yang biasa. Kelakar juga apabila membayangkan semua yang aku tulis diatas satu pun tidak aku sentuh. Tahun ini aku diberi tugasan oleh keluarga yang agak tak berapa sesuai dengan persiapan hari raya.

Hari Raya tahun ini, aku perlu mengurus kabel LAN di dalam rumah yang nampak semak di mata mak aku. Kalau ikutkan hati, nak sahaja aku biarkan begitu sahaja. Kabel-kabel ini memang tak berapa baik untuk disimpul sesuka hati. Sebab kalau salah simpul, takut nanti stres pula dan boleh mengehadkan prestasi kabel itu. Lebih baik aku korban sedikit masa aku untuk selesaikan masalah kabel yang berjuntaian itu, kalau aku tak buat, takut nanti orang lain pula yang buatkan. Tak boleh nak salahkan sesiapa bila benda rosak.

Panjang membebel. Di kesempatan ini, moleklah juga untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Lebaran 2008 M / Syawal 1429 H. Maaf Zahir dan Batin.

Written by syarat

September 30, 2008 at 7:18 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with , , ,

nilai sepuluh sen

with 4 comments

sepuluh sen pertama yang aku terima, aku tak ingat aku belanjakannya untuk apa. waktu itu, aku masih kecil dan entah, rasanya aku belum boleh membaca. tak pernah menyangka bahawa sekeping logam itu mampu ditukarkan untuk sesuatu. jauh juga aku merenung masa belakang aku untuk tulis entri ini. bukan untuk renungan, tapi cukuplah sekadar mengulit kembali memori sedekad dua yang berlalu.

paling awal yang aku ingat, aku selalu meminta mak bapak aku syiling sepuluh sen untuk membeli aiskrim malaysia. Pada zaman aku kecil, banyak rumah-rumah di kejiranan aku yang ada jual aiskrim malaysia ini. Kalau tak silap aku, ada empat rumah. Aiskrim ini pun mengikut peredaran zaman. Makin aku membesar, makin pendek aiskrim ini. Harga aiskrim ini sekarang, aku pun tak tahu la. Tapi yang pasti, susah la nak jumpa orang jual aiskrim ni.

lagi satu item popular di era yang sama dengan era aiskrim malaysia, aiskrim pop juga ditawarkan kepada kanak-kanak. harga aiskrim pop adalah lebih murah iaitu 5sen sebatang, dan mungkin kerana aiskrim ni dibuat di kilang, maka saiznya tak dapat nak dikecilkan sesuka hati. Beberapa ketika kemudian, aiskrim pop pun dinaikkan harganya. 10sen, dan entah berapa sekarang. Tapi yang pasti, tentu dah terkeluar dari kategori nilai sepuluh sen.

Bebola ikan, ataupun lebih dikenali sebagai “satay katak” oleh beberapa kawan semasa kecilku. Entah siapa yang mula-mula panggil. Saja nak takutkan budak-budak kecik. Takkan la pakcik yang jual tu susah-susah nak tangkap katak, pastu jual kat budak-budak. Dahla katak tu kecik, berapa ekor agaknya katak yang perlu ditangkap untuk buat satay sampai cukup satu tong. Tak tau la kalau pakcik tu ada kolam ternak katak pula. Hui, ngeri kalau dengar beribu-ribu katak buat bunyi.

Haa, ini satu yang best pasal duit sepuluh sen. Ada satu ‘vending machine’ yang akan mengeluarkan kacang, gula-gula ataupun bola telur yang berisi hadiah. Ini memang popular dulu. Boleh kata beratur la budak-budak kalau nak beli benda alah tu.

Kuaci, asam, jeruk dan banyak lagi jenis makanan-makanan junk yang dijual di lori/van di depan sekolah rendah. Banyak sangat yang dijual didalam lori tu sampai susah juga nak buat senarai.

Ini mungkin yang terakhir, pemadam. Pemadam?? Aah. kira-kira 15 tahun dulu, kami memang suka beli pemadam untuk dimain semasa guru tidak hadir mengajar. Macam mana cara nak main, aku tak ingat la, tapi lebih kurang kalau pemadam siapa yang kena tindih, dia la kalah. Alah, pemadam yang ada bendera negara itu. Sekarang mesti dah tak ada. Sebab sekarang pemadam semua kena patuhi piawai peperiksaan. Haha.

Yang diatas adalah pengalaman sendiri. kalau dibandingkan dengan perspektif kanak-kanak kini, aku rasa mereka kalau ada sepuluh sen pun tak boleh beli apa-apa. Kasihan mereka.

Apapun, aku bersyukur minyak turun lagi sepuluh sen. Mudah-mudahan dengan syukur ini, dimurahkan lagi rezeki aku sehingga tak terasa bebannya dengan tekanan daripada tenaga yang tak boleh diperbaharui ni.

Written by syarat

September 26, 2008 at 6:57 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with , ,

Peraduan Namakan MPV Proton

with 10 comments

Terlanjur membaca pasal proton untuk entri yang lepas, jumpa pautan ke peraduan ini. Aku pun terus hantar nama yang aku rasa sesuai. Mungkin nama itu tidak akan terpilih, kerana tak berapa komersil. Tapi aku hantar jugak. Cuba bayangkan kalau nama yang aku hantar ini terpilih, mesti ramai orang gelak kepada pembeli kereta MPV ni. Kat bawah ni aku dah upload borang yang aku telah hantar. Sila teruskan pembacaan dengan amaran, “Jangan ketawa lebih-lebih, siapa tahu nama yang aku hantar ni berjaya memenangi sebuah MPV” ?

Baca baki entri ini »

Written by syarat

September 20, 2008 at 11:53 am

Dikirim dalam Blog

Tagged with , ,

PROTON dan Drift

with 4 comments

Satu tanda soal besar atas kepala masing-masing. Tahan tak? Kalau tengok keadaan kereta sekarang ni, macam tak berapa sesuai la. Dan mungkin sukan ini tak mampu diceburi atas alasan kewangan. Perlukan pengubahsuaian yang jitu mengikut keselesaan dan ketepatan pemandu. Sebenarnya, memang semua kereta boleh dipandu secara drift, terutama yang diubahsuai mengikut spesifikasi drift. Tapi Proton yang baru keluar kedai, plastik balut kerusi tak koyak lagi, bolehkah ia terus beraksi? Baca baki entri ini »

Written by syarat

September 18, 2008 at 2:11 am

Dikirim dalam reviu

Tagged with , , ,