Archive for Ogos 30th, 2008
lupakan semua masalah
dengan segera. aku pun mengikut kata hati aku untuk turun padang petang tadi. dah lama tak turun. memang berat memandangkan minyak kereta yang tak dituang-tuang sesudah beberapa hari. Tapi dengan kehadiran helmet percuma dari Shoun, aku pakai untuk dibonceng kapten ke UKM.
Memang riang rasa hati aku petang tadi. Walaupun hati aku banyak susah, tapi sepanjang aku di atas padang kesusahan itu hilang. Hilang sekejap pun sudah mencukupi. Menjelang Ramadhan lagi dua hari. Rasanya aku dah tak berpeluang lagi untuk bermain bolasepak selepas ini. Selepas Ramadhan, akan tiba peperiksaan akhir. Oh, masa. Aku tak mampu berlari sederasmu.
Baru hari itu aku niat menggantung joystick aku, kini tiba pula masa untuk aku menggantung but bolasepak aku. Sedih juga untuk meninggalkan hobi yang tampak jelas dimuka aku sepanjang belajar di UKM. Tapi aku bukan ikon bolasepak macam kapten. Kalau tak, orang tak panggil dia kapten.
entri ini terpaksa ditamatkan untuk memberi laluan kepada mata aku berehat.




