Selangor v Kedah : nukilan sesudah wisel penamat
masih di takuk lama. Itu sahaja pandangan aku untuk perlawanan kelmarin. Aku tak nafikan strategi bertahan yang berkesan itu bagus, malahan aku sendiri peminat setia permainan bertahan dalam dunia bolasepak. Manakan tidak, aku pun selesa berada di bahagian pertahanan.
Yang membuatkan berang itu ialah, melengah-lengahkan masa permainan. Asal dah mendahului jaringan, dah buat kepala. Haduih sakitnya hati aku. Tengok. Nak buat balingan ke dalam pun masih lagi jalan terkedek-kedek. Setiap saat itu sangat berharga. Kalau nak sangat buang masa, buat la dalam permainan. Tolak bola, main ayam ke, monyet ke, hantar silang ke. Buang masa macam itu la baru professional.
Pengadil FAM patut dah boleh bertegas dengan perkara macam ni. Tak nak bagi kad pun, boleh sahaja bagi amaran. Sekurang-kurangnya, dapat juga permainan diteruskan.
Tak mengapalah. Buat apa aku bising-bising lagi, bukan boleh dapat piala pun. Beraraklah satu negeri dengan piala tu, tahun depan belum pasti milik kamu. Aku pun malas nak ambil peduli. Tengoklah macam mana nanti, boleh menang tak kalau tiada pemain luar negeri.










You know im no fan of Malaysian football… will not say anything in that regards… but wont miss the chance to annoy you either… stop being a sore loser hahahahah
Napek
Ogos 27, 2008 at 1:53 pm