ZTE MF600 aku telah ditukar, tetapi..
Maxis broadband buat sesuatu yang tak disangka-sangka. Selama empat hari aku tak boleh bersambung ke internet, aku suruh sulihin sahaja telefon buat repot. Macam biasa la, bole teka apa yang dia nak suruh kite kat sini buat. Nak kene tutup suis, tunggu sepuluh minit, pastu hidupkan balik. Dah sampai hari keempat, terpaksa la aku buat repot. Aku pun bertegas juga dalam nada perlahan, sambil berkata “saya rasa modem ni memang dah rosak, bukan saya tak pernah troubleshoot, tapi memang tak menunjukkan apa-apa efek pun, takkan cik nak saya bukak pulak, nanti waranti tak sah.” Dan tanpa banyak bercakap, talian ditangguhkan sementara kemudian disambut dengan nada perlahan menyetujui pendapat aku. “Esok technician kita akan call, dan buat appointment untuk cek modem tu. Kalau betul rosak, kita akan tukar baru.”
Memang aku gembira mendengar jawapan itu.
Dan tengahari tadi, sulihin bagitau aku modem dah ditukar. Cepat kan? Dah boleh sambung internet, segera aku pulang ke rumah. Sesampai aku ke rumah, aku sedikit kecewa dengan modem ni. Jelas sekali maxis bagi aku modem yang di’softmod’kan. Menyebabkan aku tak boleh tukar apa-apalagi dari modem ni. Lepas ni kalau ada masalah, mesti kene on dan off balik sahaja. Kalau telefon hotline, macam mana pun dia x boleh tolong.
Kat bawah ni skrin yang aku dah potong. Sila ambil perhatian sepatutnya ada logo maxis disebelah kiri dan ZTE di sebelah kanan. Menu disebelah kiri, bawah juga sepatutnya ada. Dan sepatutnya ada status sambungan dan kadar penggunaan internet. Haih. Apa nak jadi.

Tapi tak mengapa, aku mintak tolong napek, dan aku dapatkan link yang sepatutnya ada pada menu itu. Sesiapa yang berkongsi masalah yang sama, boleh copy pautan ini.
http://192.168.0.1/cgi-bin/mainweb?optype=0002 ni untuk Network Connect
http://192.168.0.1/cgi-bin/mainweb?optype=0003 ni untuk Network Select
http://192.168.0.1/cgi-bin/mainweb?optype=0004 ni untuk set APN
http://192.168.0.1/cgi-bin/mainweb?optype=0005 ni untuk reset
sekian dahulu, harap membantu.





owh.
aku nak pinjam dvd vista. nak format laptop aku ni. kalu x pun, aku bagi ko dvd kosong nanti. ko tolong burn kan. eh?
kalu ko free lah.
jarri
Ogos 22, 2008 at 3:24 pm
Salam, Sebenarnya aku pon da kena mende cam ni. Memula modem aku tu kalau tak salah software dia ada RESET. Tapi bila da dpt yg baru ( lepas rosak secara automatik..ada hantu kot ) software dia takde RESET. Bila aku belek2 balik modem ni. rupanya product 2006. Lama da tu. Kotak pon lain..takde gambar orang terbang hehe..Ape nak buat ek?
Akulamat
Oktober 13, 2008 at 11:13 pm