Merdeka Winning Eleven Tournament : keputusan
Full result:
Champion: Allen
2nd Place: Effy
3rd Place: Vutsi
4th Place: Vutsi
Best 8 (Semi Finalist vs. ICCG Top 4): Pai, Grey, Fitri, Khairil
5th – 8th Place: Exelariuth, Grey, Akimoto & Nomey
9th – 16th Place: Nomey, Azmir (x2),Allen, Jiro, Khairil, Shige, Syarat
rasanya modem maxis broadband aku dah jahanam, sampai aku tak boleh nak masuk internet selama 2 hari. Tertekan juga aku dibuatnya. Tapi tak mengapalah, malam nnt aku akan telefon lagi sampai hotline dia panas. Bagi jelah kitorang pakai modem baru. Dah memang terang lagi bersuluh modem ZTE tu dah uzur. Tak guna troubleshoot lagi.
Kembali kepada tajuk. Aku berjaya membawa pulang sekeping not RM50 bersama Installer Winning Eleven 2008 PC DVD ROM yang original. Bila bercerita tentang ini, rasa seronok juga maklumlah aku sendiri tak pernah seberjaya ini dalam setiap pertandingan yang aku masuk. Agaknya sebab yuran penyertaan yang agak mahal, aku paksakan jugak diri aku untuk menang. Tapi selebihnya aku panjatkan rasa syukur pada Allah juga yang memudahkan segala sesuatu.
Terus terang aku cakap, tiada siapa yang tak ingin menang. Tapi fizikal dan mental aku dah kulup sangat pada pusingan kalah mati. Aku sebenarnya rasa macam dah nak quit masa pusingan kedua, sebab badan dah letih sangat. Cubaan untuk tidur di bangku kat luar kedai tu dihalang oleh pak guard. Pusingan kedua, aku dah ketinggalan 2-0, dengan gol yang kedua, (gol ayam,taik,fucking shot dsb) betul-betul membangkitkan rasa marah aku. Dengan rasa marah, aku menang 4-2. Kesan rasa marah ini, nampak jelas dalam perlawanan berikutnya. Siapa sangka, aku boleh dapat 3 kad merah. Tak pernah selama ini main aku dapat sampai 3 kad merah. Tak percaya, tanya kapten. Dah memang rezeki aku, aku menang 1-0. Dapat layak ke pusigan kalah mati. Baki satu lagi perlawanan, aku main secara bosan dan tak bersemangat.
Pusingan kalah mati, aku ditakdirkan bertemu dengan seorang player yang pelik. Dan nyata, aku tak mampu nak berfikir panjang. Tekanan masa,(menang bermakna aku akan balik lambat) dan kelesuan menyebabkan aku telah menyerah tanpa sedar. Format pusingan ini juga, tak sesuai dengan cara permainan aku. 5min, siapa menang 2 perlawanan berturut-turut akan dapat mara. Perlawanan pertama, aku menang menerusi sepakan penalti, kedua aku kalah. Yang ketiga, aku kalah juga. Tapi yang aku kesali, permainan aku yang tidak berkembang. Alasan aku, kegagalan minda kreatif aku yang terlalu lesu. Mungkin lainkali aku akan masuk dengan rehat yang secukupnya.
Aku mintak hadiah dan beredar. Semoga jumpa lagi di pertandingan Pro Evolution Soccer dan Winning Eleven. Aku nak gantung sementara joystick aku sampai aku grad. Terima kasih kepada Napek, Kapten dan Keng yang bersama-sama berjuang dalam tournament kali ini.





haha..xkan nk gantung sampai grad ko?busnnye. aku pun kena cari hobi baru la nampaknye..huhu.tahniah !!!walaupun best 16..
pistonring
Ogos 19, 2008 at 2:55 pm
16. sesuai lah dengan nombor besday. kene curse lah tu. >:)
adekyanglagisatuoh!sangatcomel
Ogos 20, 2008 at 12:53 pm
ala..ok la tu..aku lg sedey coz kalah mati jumpa allen.
dia tauke kedai ps.hari2 main ps3.aku lak hari tu br first time sentuh ps3.mmg kalah ar.tp aku berjaya bg fight sampai extra time.huhu
januari 09 aku buat tourney.kali ni guna ps2.join la nti..
khairil
Disember 9, 2008 at 3:18 am
alamak. ni pakai pes 09 ke pes 08? cam menarik je.
syarat
Disember 9, 2008 at 3:53 pm