Autophagy

yang bermain di benakku

Archive for Julai 2008

Malaysia vs Chelsea : Barisan

without comments

Tak perlu nak kecoh lagi pasal isu orang Israel nak datang sini. Ketua jurulatih yang lama, Avram Grant pun dah tidak lagi bertugas, dan Tal Ben-Haim pun ada masalah kecederaan. Padam sahaja isu ini dari merosakkan rencana bolasepak negara. Walaupun aku setuju tentang larangan masuk terhadap warga Israel ini, tapi sukacitanya aku tegaskan, tiada warga Yahudi dalam skuad Chelsea.

Mana barisan pemain Malaysia? Minggu depan dah nak lawan, takkan tak pilih lagi? Salah merekakah atau salah media kita ni. Tak mengapalah. Mungkin ada sidang akhbar sehari dua lagi. Sementara itu, aku boleh tunggu sahaja siapa yang bakal beraksi.

Written by syarat

Julai 22, 2008 at 3:56 am

Dikirim dalam bolasepak

Ergonomik untuk komputer riba

without comments

Untuk entri komputer ergonomik, aku lebih tekankan tip-tip ergonomik untuk sebuah komputer peribadi meja. Tak boleh tidak aku harus akui komuniti pemilik komputer riba juga merupakan salah satu golongan yang acapkali tertekan dengan komputer riba milik mereka. Apa tidaknya, memang aku sendiri kurang gemar menggunakan komputer riba, atas alasan yang sama. Walaupun komputer riba ini mudah alih, namun ada banyak aspek yang menunjukkan betapa komputer riba juga ada kelemahannya.

Umum melihat sebuah laptop sebagai keperluan, dan sebagai seorang rakyat Malaysia memang menjadi tabiat kita untuk mencari sebuah laptop mampu milik. Tak salah untuk memilih sebuah laptop sederhana. Dalam lingkungan RM2000, sebuah laptop mampu dimiliki. Dan memang antara laptop terlaris, adalah laptop dikalangan harga RM2000. Dan dalam entri aku ini juga aku akan ulas kelemahan laptop sederhana ini. Baca baki entri ini »

Written by syarat

Julai 17, 2008 at 3:09 am

Dikirim dalam Computer

16

with 2 comments

Enam belas unit untuk semester penghabisan aku disini. Contoh tajuk penulisan bila otak kemarau idea.

Mari, aku bawakan semua yang peduli. Tiga tahun, cukup bererti untuk hidupku. (Cubaan berbahasa baku, dalam nada berima). Ah, aku.. aku tak ada angin untuk itu semua. Bukan masanya untuk retorik berjela-jela. Tapi dalam tak sedar tu, sebenarnya dah lama aku berjaga. Dua parap penulisan, untuk dihadiahkan kepada jiwa yang kesepian. Oh jiwa yang sepi, sepiku ini bukan kerana mendahagakan kasih. Tapi sengaja berlebih-lebih. Setengah jam yang lalu aku mula tulis, setengah jam itu juga aku tekan kekunci backspace.

Senyum sekejap tengok gambar kekasih. Maaf semua, layan perasaan kejap boleh?

Pagi tadi dalam perjalanan ke kelas, dia merungut tentang blog aku ini yang jarang sekali bercerita tentang dia. Hatiku tertanya-tanya, apa itu cinta dan perasaan. Tak boleh nak jelaskan. Kalau aku dapat geran, memang aku buat satu kajian. Dapatkan satu produk yang boleh ceritakan apa yang aku rasa ini pada dia. Aku mabuk cinta? Mengaku sahaja. Tiada siapa dapat lari dari perasaan ini. Dan aku bersyukur perasaan aku ini berbalas. Syukur ini harus aku panjatkan ke atas, kerana yang mengatur pertemuan kami ini adalah di luar jurisdiksi kami. Hanya aku dan dia sahaja yang tau betapa peritnya permulaan kisah kami. Dan semoga dengan syukur ini, kami beroleh keberkatan.

Dah jadi lain pula. Tadi asalnya tak tahu nak tulis apa. Sekarang macam-macam nak tulis. Aku terpaksa tekan backspace banyak kali. Itulah, susah juga nak menulis kalau emosi mengawal diri. Tak kisah la emosi yang negatif atau positif. Mungkin ini beza penulis professional dan amatur. Tapi kalau begitulah jurang perbezaan antara dua darjat penulis, aku rasa aku lebih bahagia menjadi penulis amatur. Hey, sejak bila aku bercita-cita nak jadi penulis? “aku menulis bukan kerana nama” satu petikan lagu lama. Taklah, aku cakap macam tu sebab nak tunjukkan rasa ruginya seseorang professional yang mengabaikan emosi dalam kerjaya mereka. Maaf, apa yang aku cakapkan ini mungkin tak dipersetujui oleh ramai orang. Apa salahnya biarkan emosi menguasai diri sekali sekala. Bukan yang melampau-lampau tu.

Senyum sendiri.

Written by syarat

Julai 16, 2008 at 4:03 am

Dikirim dalam Blog

Malaysia vs Chelsea : Lakaran Tempat Duduk

with 5 comments


Gambar dari Ticketpro.com

Untuk pengetahuan semua yang masih tak ketahuan atau buat tak tahu perlawanan ini akan berlangsung di stadium Shah Alam. Dan tempat kegemaran aku ialah kawasan berwarna jingga, sepanjang aku menonton Selangor beraksi. Tapi untuk pertemuan Malaysia dan Chelsea ni, aku terpaksa beralih ke tempat berwarna hijau maklumlah poket seluar aku mungkin labuh, cuma tak ada isi.

Di mana anda pada malam itu?

Written by syarat

Julai 14, 2008 at 6:05 am

Dikirim dalam bolasepak