Marah Sangat?
Apa yang ada pada marah itu, sampaikan boleh kita permainkan sesuatu? Sesuatu itu yang nyata asing buat kamu, layakkah kamu?
Jelas sekali semua orang marah harga minyak naik. Tapi kemana marah itu terarah, ke arah kebaikan atau kemudaratan? Lantang sangat bersuara, seolah-olah nak tunjuk kat orang kononnya diri sendiri ada kuasa. Kuasa dari pembaca. Sedarlah hai bloggers semua. Walaupun semua orang baca, walaupun seluruh Malaysia ni baca, tidak semua berpandangan sama. Malah makin ramai yang memendam rasa.
Muzakarah itu mulia. Tapi aku tak rasa zakar itu sesuatu yang sama. Aku belajar Bahasa Arab sampai tingkatan lima. Tapi sekarang, mata sepet seperti dia yang lebih petah berbicara. Siapa dia? Layakkah dia?
Macam yang pernah aku khabarkan, lepas minyak naik ramai orang sibuk nak belajar tekan-tekan. Tekan-tekan kekunci di papan. Nah, dah siap sahaja satu karangan, lantas kau terbitkan. Karangan untuk meluahkan semua kemarahan. Hari ini kau main satu perkataan, esok lusa pasti kau pusing lagi sana sini.
Mungkin ada benarnya tulisanmu itu, mungkin juga ramai yang ambil tahu. Tapi habiskan cukup setakat itu. Tak perlu ada tajuk kiriman dengan carutan. Kelak maruah diri yang kita gadaikan.









